Posts Tagged ‘Tenang’

[Video] Imam Al-Mahdi Akan Muncul Apabila Berlaku 2 kali Gerhana Bulan Dalam Sebulan

Tuesday, January 17th, 2012

Popularity: 3% [?]

0

[QuickPress] Sejuta Rahmat Allah SWT Bersama Anda Ketika Sakit

Monday, January 9th, 2012

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman,

” Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

* Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.

Popularity: 2% [?]

0

Salam Maal Hijrah 1433 / 1 Muharram

Sunday, November 27th, 2011

Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ” Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya. “

(Riwayat Muslim)

Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud : ” Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, ‘Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.’ Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 40)

Sumber : IluvIslam.

Popularity: 2% [?]

2

[TAZKIRAH] Menangis Kerana Takut Kepada Allah

Friday, November 18th, 2011

Rasulullah S.A.W telah bersabda : “ Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”


Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata :  “ Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan
bin Fulan sebab sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan. ” (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-Nabi dengan ucapan, “ Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “ Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata :  “ Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibril berkata, “ Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “ Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.”

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “ Wahai Jibril, Apakah air itu ?” Maka Jibril berkata,

“Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “ Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Wallahhu’alam.

Popularity: 3% [?]

0

[QUICKPRESS] Kajian Sains: Solat Rawat Penyakit Kritikal

Friday, November 11th, 2011

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi Sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot.

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“ Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok – Isyarat Otak.

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“ Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

(more…)

Popularity: 5% [?]

2

[QUICKPRESS] 10 Perkara Mempertingkatkan Kedudukan Anda Di Dalam Syurga

Tuesday, October 18th, 2011

Abu Laits berkata :

” Sepuluh jenis amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat orang-orang yang baik  dan darjat yang tinggi :

1. Banyak bersedekah.

2. Banyak membaca Al-Quran.

3. Duduk bersama orang-orang yang selalu mengingatkan kepada Akhirat.

4. Menghubung silatul rahim bersama kaum kerabat.

5. Menjenguk orang yang sakit.

6. Kurang bergaul dengan orang-orang kaya yang lupa kepada Akhirat.

7. Banyak berfikir tentang bagaimana keadaannya kelak.

8. Kurang angan-angannya dan banyak ingat kepada mati.

9. Banyak diam dan sedikit bercakap.

10. Bertawadhuk, memakai pakaian yang sederhana, cinta kepada orang miskin, mendekati anak-anak yatim dan mengusap kepala mereka ” .

Kitab Tanbihul Ghafilin, jilid 1 & 2 . M/S : 470.


Sumber : PeribadiRasulullah

Popularity: 9% [?]

2

Cashout Rejected Due To Click Fraud

Friday, July 22nd, 2011

Dear Nuffnanger,

It has come to our attention that your account has been involved in click fraud.

After a thorough check from our system, we are able to find sufficient evidence that you’ve been clicking on your own CPC ads on different blogs registered under your own account. This is against our Terms & Conditions which you have agreed upon signing up with us.

As such, we’re forced to remove all CPC earnings from your account, while all earnings from mCPM campaigns will be restored and added back to your Current Earnings. Should the remaining earnings exceed the minimum threshold for a cashout, it will be processed accordingly. If not, we regret that your cashout will then be denied.

We strongly advise for you not to repeat this or your blogs and account will be blacklisted and banned from our network.

Cheers,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Nuffnang – Asia Pacific’s First Blog Advertising Community

* Adesss, dapat email dari Nuffnang tadi, bila masa saya click sendiri =(

Popularity: 1% [?]

0

[Tazkirah] Mencintai Rasullulah Amalan Yang Baik Bagi Umat Islam

Friday, July 8th, 2011

Salam Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang di antara manusia yang teragung yang dikenal oleh sejarah peradaban manusia. Dari perspektif agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul utusan Allah s.w.t yang menjadi ‘pemberi peringatan’, mula-mula bagi bangsa Arab, dan kemudian bagi seluruh umat manusia.

Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda, tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan di atas jasa-jasa serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam. Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul, serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah, sehingga Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda.

Mengingati Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ini (bersamaan 26 Februari 2010) seharusnya benar-benar menjadi titik tolak kesedaran umat Islam di negara ini bagi memperkukuhkan perpaduan serta meningkatkan iman, takwa, dan amal salih. Kita imbas dan gali kembali perjuangan Rasulullah s.a.w dengan niat mencontohi dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keprihatinan Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia. Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruh alam.Perayaan yang kita sambut adalah sebagai bukti cinta, iaitu kenikmatan menyebut nama orang kita cintai.

Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai.Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi s.a.w serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada baginda dan keluarga baginda.

Keluhuran budi Nabi s.a.w bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia,” malahan diakui oleh kawan dan lawan.

Malah ketika diminta untuk mengutuk, Nabi s.a.w membalas, yang bermaksud: “Aku bukan diutus sebagai pengutuk, tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat.”

Sifat kasih sayang Nabi s.a.w terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggi rasa kasih sayangnya, lemah-lembutnya serta perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan.
Keagungan Nabi s.a.w menjadikan baginda sebagai teladan yang terbaik sekali gus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Baginda menziarahi orang-orang sakit, bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.Kesopanan dan kesantunan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjung tinggi.

Dalam kesibukan baginda memimpin, baginda sentiasa menerima sesiapa pun yang datang dengan tangan terbuka dan berlapang dada walaupun seorang Badui yang kasar sifatnya.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Popularity: 2% [?]

0

side digi award 120 Banner