Posts Tagged ‘Social Network’

Cashout Rejected Due To Click Fraud

Friday, July 22nd, 2011

Dear Nuffnanger,

It has come to our attention that your account has been involved in click fraud.

After a thorough check from our system, we are able to find sufficient evidence that you’ve been clicking on your own CPC ads on different blogs registered under your own account. This is against our Terms & Conditions which you have agreed upon signing up with us.

As such, we’re forced to remove all CPC earnings from your account, while all earnings from mCPM campaigns will be restored and added back to your Current Earnings. Should the remaining earnings exceed the minimum threshold for a cashout, it will be processed accordingly. If not, we regret that your cashout will then be denied.

We strongly advise for you not to repeat this or your blogs and account will be blacklisted and banned from our network.

Cheers,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Nuffnang – Asia Pacific’s First Blog Advertising Community

* Adesss, dapat email dari Nuffnang tadi, bila masa saya click sendiri =(

Popularity: 1% [?]

0

Menang Domain Dari Exabytes : Contest MrSays

Saturday, June 18th, 2011

Petang tadi saja online Twitter. Saya selalu Retweet timeline. Salah satu sebab , tak berapa pandai nak chat dengan orang. Kekadang jer bila rasa otak fresh, jadi ramah plak kat Twitter.

Time tengah online Twitter tu, dapat Tweet dari @MrSays :

@carnine9 Tahniah ! anda telah menangi 3nd Prize MrSAYS Opening Ceremony. Sila email anda kepada mrsays@hotmail.my.

Saya dapat 3rd prize. Hadiah berupa domain untuk setahun. Alhamdulllilah syukur dan terima kasih juga buat MrSays dan pihak Exabytes kerana anjurkan contest giveaway tu.. Jadi ler dapat 3rd pun, rezeki, hehe, domain saya tak pikir lagi nak ambik apa. Rasanya nak letak kat Tumblr saya kut. Tak tahu lagi, duk pikir dulu. Mungkin ambik dot biz. Sebab dot com dan dot net saya dah ada.

Contest dari MrSays tu boleh lihat di Opening Ceremony Giveaway – Hosting And Domain. Dan para pemenang2 contest tu petang semalam, MrSays umumkan.

Berikut adalah senarai2 pemenang Opening Ceremony Contest di blog MrSays :

  • Hasrulhiteg ( 1st Prize )
  • Anarm ( 2nd Prize )
  • Nine ( 3rd Prize )
  • Kaka1407 ( Early Bird Prize )

Tahniah buat semua pemenang. Best jugak sertai contest2 dari blogger. Selama saya berblogging nih, baru jer menang 3 contest. Jadi lah, menang sikit2 kalau ada rezeki. Tak sia2 jugak taip komen di blog MrSays :o:

Popularity: 1% [?]

2

Apa Itu Tumblr Dan Sejarah Tumblr

Saturday, March 19th, 2011

Saja google pasal Tumblr sebab sekarang nih asyik duk reblog saja. Jadi addict pulak saya dengan Tumblr sekarang nih.

Apa Itu Tumblr.

Tumblr adalah sebuah layanan tumblelog yang mengizinkan penggunanya untuk memposting tidak hanya tulisan, tetapi juga mengizinkan penggunanya untuk memposting foto, quote, video, chat, audio, dan link. Feature Tumblr yang memperbolehkan para pengguna untuk memposting foto biasa digunakan oleh para pengguna tumblr untuk membuat sebuah photoblog. Terdapat feature khusus yang ada pada Tumblr iaitu, pengguna tumblr dapat membuat blog yang bersifat peribadi. Postingan tersebut hanya boleh dilihat oleh pengguna itu sendiri atau pengguna lain yang ditunjuk atau dipilih oleh pengguna yang memiliki account tersebut untuk dapat melihat blog peribadi ini. Pengguna dapat melihat kiriman tulisan, foto, quote, video, chat, audio, dan link melalui website tumblr.com.

Sejarah Tumblr.

Pada tahun 2007, seorang pengusaha internet muda yang bernama David Karp telah menciptakan Tumblr. Dia menciptakan tumblr di Jepun ketika berumur 19 tahun. Kemudian setelah menciptakan tumblr tersebut, dia juga menemukan sebuah kata baru yang akan digunakan pada layanan tumblr iaitu “Tumblelog”. Tumblelog memiliki erti iaitu bentuk pendek dari blogging atau mengarah ke dalam bentuk miniblog. Pada tumblelog, layanan ini hanya dapat mengirimkan satu perkataan pendek saja, berbeza dengan blog – blog yang ada. David Karp kagum dengan bentuk baru blogging ini, kemudian dia berkata akan menunggu untuk salah satu platform blog yang sudah siap agar para pengguna dapat mengatur sebuah platform. Tetapi, setelah satu tahun lamanya hal tersebut tidak terjadi juga. kemudian David karp sendirilah yang akhirnya turun tangan untuk menyelesaikan platform blog tersebut. Tumblr dilancarkan pada 1 November dan versi beta telah dilancarkan beberapa bulan sebelumnya.

David Karp : Pengasas Tumblr

 

Hendak tahu lebih lanjut pasal Tumblr boleh rujuk di Wikipedia Tumblr.

* Tumblr saya carnine9.tumblr.com. Meh la follow2, kita pakat2 re-blog.

Popularity: 5% [?]

CARDEX Personal Website Template Free Download

Sunday, September 12th, 2010

Salam. Camner raya best tak ? aku biasa2 jer. Tahun nih tak meriah sangat raya aku. Aku cuma balik Kulim pada hari raya kedua dan pergi Penang rumah emak saudara aku. Korang tak datang umah aku pun, tension arrr.

Entri pendek jer Ala2 tutorial koboi lagi dari aku. kalau tak detail sangat maaf yer. Tapi sharing kira ok gak kan. Cheywahh.

Aku nak kongsi satu template website peribadi untuk di muat turun. Aku dah guna  :) .  Pendapat aku la, website nih agak cantik sebab ala2 kertas cam tu. Dan yang penting ia simple. Bagi sesiapa yang nak buat website peribadi di bahagian depan aku rasa ok jer. Ada empat bahagian, about, work, portfolio dan contact. Boleh edit semua bahagian tu. Icon2 lak aku cari kat web deviantART. Taip jer social icon. Main HTML dengan Photoshop jer template nih. Tak susah sangat. Jquery loading untuk image memang dah ada siap2. Ok kalau rasa tak paham, contoh aku sediakan. Tapi ingat, perlu ada hosting kalau nak upload template nih. Guna hosting free dulu boleh untuk test. Tapi sebelum tu, baik test di local host dulu selepas selesai editing. Nih memang  penting la.

Contoh ek. Preview dulu, download ada kat bahagian last entri.

Carnine9.Net Version 1

Preview : ( Click )

Carnine9.Net Version 1

Sedikit maklumat mengenai template cardex nih, aku copy jer dalam bahasa inggeris, senang nak tahu apa yang ada masa download template nih nanti. Agak malas nak translate dan agak panjang.

(more…)

Popularity: 8% [?]

[CONTEST] Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Sunday, August 29th, 2010

Salam. Hehe. Gelak dulu sebelum mulakan ayat. Saja nak buat style baru.

Contest 2010 : Menang Duit Raya Sehingga RM200 Dari Cdiqlife

Nih saja2 join contest dari saudara cdiqlife.com. Nickname beliau di alam maya, Haru. Saja2 cuba nasib lagi. Banyak gak la aku join contest dari blogger2 lain sebelum nih. Contest nih di namakan  contest menang duit raya sehingga rm200. Kalau dalam cheque, dia tulis  ” dua ratus ringgit  sahaja “. Bab2 duit free nih memang aku pulun sikit. Sapa yang tak mau duit. Ada duit semua jalan. La nih benda semua bukan free. Nak pi kencing kat toilet pun kena 3 kupang dah la nih.

Saudara cdiq nih dari Unimap Perlis. Student situ. Aku kenal pun kat alam maya jer walaupun aku nih orang Perlis gak. Tak nah jumpa lagi. Harap2 suatu nanti akan jumpa beliau jugak,  sebab contest yang beliau anjurkan nih, aku lah bakal pemenangnya itewww, dapat nombor 1, lagi  senang beliau nak bagi duit raya tu hand by hand siap ngan sampul duit raya yang cun. Baru la nampak kemeriahan raya sikit. Hehe. Melawak ja yang nih.

Sebenarnya, contest yang beliau anjurkan nih sempena pemindahan “rumah baru” beliau sebagai blogger tegar, dari platform Blogspot ker WordPress. Tahniah.

Ok la, tak nah celoteh panjang dah , terus ke contest cdiq kenapa dia perlu bagi duit raya kat aku.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com sebab raya tahun nih saya dapat anak saudara sorang lagi. Jadi saya ada dua orang anak saudara tahun nih. Saya jer masih takde anak, sebab acuan takde lagi. So kalau saya dapat duit raya dari saudara cdiq nih, saya nak belikan baju raya dan kasut crocs untuk diaorang. Sebab masa raya time saya kecik2 dulu, parents yang tolong belikan untuk saya, tak silap saya brand abibas dan poma (Made in Thailand). Sekarang saya dah besar panjang tapi rendah, so giliran saya pulak untuk belikan kat diorang. Tapi kalau diorang kata takpe lak pakcik Nine (panggilan saya dari diorang), kami tak perlukan duit raya buat masa sekarang sebab kami masih kecik lagi dan kesian kat pakcik Nine sama, pakcik Nine guna lah duit tu dulu yer. Buat beli hosting ker, domain ker, kami tahu pakcik Nine minat semua tu kan. Sebab kami tengok pakcik duk mengadap pc jer hari2. Buat benda yang sama. Kalau tak buka belog, buka redtube youtube. Teruk jugak pakcik kami sorang nih yer, nasib baik pakcik tak kawen lagi  (kata diorang kepada saya, tapi dalam hati je, sebab diorang tahu saya garang). Haa, nampak tak  ? anak saudara saya pun boleh tahu mengapa saya memang perlukan duit contest nih, paham2 jer la noo. Merapu giler slogan aku =( =(

Hadiah Idea Kreatif :

  • Tempat pertama : RM100.
  • Tempat kedua : RM30.
  • Tempat ketiga : RM20.
  • 2 hadiah saguhati : RM10.

Hadiah Blog Referral Terbanyak :

  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10.

Tarikh Tutup Penyertaan :

  • 19/09/2020 iaitu seminggu selepas raya.

* Kalau nak tahu lebih lanjut syarat2 anjuran contest beliau kat sini.

** Banner contest ini yang  bersaiz 125px X 125px (Cdiqlife contest, warna kuning) ada di bawah bahagian comment form. Click jer senang, kalau tak click anda tak menang  :) .

*** Nih mungkin penyertaan pertama contest dari cdiq di blog gapura . IsyaAllah kalau berkesempatan, aku nak try di blog satu lagi.

**** Aku  perlu mendapatkan rawatan Medula Oblaganta dan Serebrum secepat mungkin .

Popularity: 7% [?]

Aku Syok Sendiri Lagi

Monday, August 9th, 2010

Salam.

Nine Wanna Be ROCKSTAR or WHAT ??

Apa yang aku nak tulis nih. Camnih, sebenarnya entri nih boleh dikatakan entri syok sendiri jugak la. Bukan apa, apa yang aku duk cuba buat, aku belajar & sebab tu lama juga la aku tak belogwaking (tapi kadang2 ada juga aku sempat RT), aku bz sikit. Ada kerja aku yang perlu settlekan. Bukan berkaitan dengan kerja aku. Takde kaitan langsung. Tapi aku bz duk buat website peribadi.  Just suka2. Website newbie lagi, sebab aku pun masih duk belajar cara2 edit & juga penulisan.

Aku pun tak tau dengan diri aku nih, bila datang time boring, aku suka buat & try belajar buat website. Tak rugi bagi aku rasanya. Sebab aku minat sangat. Cuma tu la kadang2 masa aku tak sempat, erti kata lain, tak mengizinkan. Nak tulis entri berkaitan dengan blog plak, aku tak berapa pandai la sangat. Duk merangkak lagi. Tak teh tak teh. So baik baca baca blog orang jer dulu. Cari llmu & topup pengetahuan. Blog personal pun aku suka baca. Tak kisah niche apa pun blog tu. Semua layanzz. Hmm, pasal blogging plak, aku rasa bulan 11 / november nih cukup 2 tahun aku berblog . Aku start blog secara aktif (aktif biasa2) pada bulan 11 / november 2008. Tak ingat pula tarikh aku sign up. Tapi 1st blog yang aku ingat aku sign up wordpress.com (bukan yang nih) tahun 2007. Tapi berkubur jer, sebab tak godek2 lagi masa tu. Then aku sign up blogspot. 1st blog aku carnine9.blogspot.com, lepas setahun, aku beli domain sahaja. Jadi www.carnine9.com (aku simpan blog ni bila2 terdesak nanti, mungkin update juga). Susah nak handle blog banyak2. Jarang orang buat blog banyak2 sangat. Selalu satu or dua jer yang aku duk tengok.

Then pada tahun nih juga (bulan 2 / february), thanks to Fizz sebab bagi aku guna sub dan hosting beliau, aku try belajar WordPress Self Hosted pula. Rasa seronok pula dengan WordPress hosting nih. Hehe. Memang rasa tak nak tukar dah. Bukan apa, sebab aku rasa lebih senang guna WordPress dari blogspot. Tapi tak kisah mana2 pun kan, ikut citarasa masing2 kan yang nih.

Ok, berbalik pasal tajuk entri nih, sebenarnya, selepas aku tahu guna FTP & guna Cpanel hosting, aku try belajar buat website. Bukan susah sebenarnya. Sama macam upload theme or plugin macam WordPress gak. Cuma kena satu2 file jer. Masuk ikut path dia. Tapi sebelum upload tu, baik edit & test kat local host dulu. Cuma sekarang aku masih guna hosting free. Kalau hosting beli, memang best, tak nafikan, sebab time upload & loading pun laju. InsyaAllah aku akan beli juga domain dan hosting  nanti. Tapi aku takkan buat blog. Cukuplah, pakai yang nih jer dulu. Tu pun aku bukan duk update sangat. Tengok orang lain laju jer update.

Website yang aku maksud kan nih, ada yang dalam bentuk Flash, plain HTML, XHTML. Aku rasa semua orang boleh buat, kalo dia dah tahu cara2 dia. Cuma sifat sabar perlu ada. Bagi aku yang beginner nih, aku rasa kalau otai tengok, dia anggap biasa jer. Mesti kita nak komen positive dari diorang kan. Untuk improve kan lagi hasil kerja kita.

Tak lupa juga pada rakan2 yang aku kenal selama berblog, memang banyak sangat membantu, kalau aku nak sebut nama kat sini memang banyak sangat la. So thanks aku ucapkan kepada semua. Tanpa korang, takde la aku. Dan mungkin aku takkan tau semua nih.

 

Ok pasal website tu, aku ada buat tiga jer sekarang.

(more…)

Popularity: 4% [?]

Canvas Dan Postcard WordPress WooThemes Percuma

Wednesday, July 14th, 2010

Di sini aku cuma sediakan dua WordPress Themes dari Woo Themes yang aku rasa ramai jugak yang guna. Sebenarnya ada banyak lagi Woo Themes boleh di dapati secara percuma kalau kita rajin cari. Rajin la google, memang senang. Aku pulak malas nak download semua. Tak pun masuk forum, cari kat warez jer. Sure jumpa yang memang pack nyer. Ada setengah orang memang minat dengan Woo Themes.  Ramai juga blogger yang guna. Aku pernah try sekali. Best jugak la, tapi kat hosting free. Hehe. Mungkin kelebihan Woo Themes nih, sebab boleh tukar pada bahagian setting selepas install. Samaada tukar logo header, favicon dan CSS (Cascading Style Sheet) color.

Aku upload themes nih kat mediafire untuk memudahkan sesiapa yang nak download. Cuma dua themes jer buat masa sekarang. Sesiapa yang berminat boleh download. Kalo tak nak download, takpe, cuma aku rasa agak sedikit sedih & pilu.

1. Canvas Woo Themes.

Demo | Download (Free Of Charge)

Contoh blogger yang pakai themes nih boleh tengok blog saudara azmanishak.com dan  saudari azah.my. Sorry yer sebab mention nama tuan blog yang sedang guna theme nih. Theme nih 2 column. Cantik bagi aku sebab simple. CSS boleh tukar.

(more…)

Popularity: 16% [?]

[CONTEST] Hidup Untuk Memberi & Menangi Laptop Acer Aspire One Percuma

Saturday, July 3rd, 2010

Contest Denaihati : Hidup Untuk Memberi (Menangi 2 Buah Laptop Aspire One)

Salam , tanpa membuang masa aku decide jugak nak join contest Hidup Untuk Memberi dari saudara Denaihati. Contest untuk tahun 2010. 1st dapat tahu contest nih pun agak lama jugak la, dari Wazy melalui  sms. Bila dipikirkan balik, baik aku join & cuba (agak terlewat dah ni). Dan terkejut juga pada masa tu, bila diberitahu hadiah berupa Laptop. Ya, dua buah Laptop Acer Aspire One. Warna putih memang lawa bagi aku, dan spec Laptop nih pun memang gempaq (proc Intel Atom). Boleh tengok di website Acer sendiri. Dua buah Laptop ini adalah untuk pemenang bagi Top Referrer Tertinggi yang menghasilkan trafik ke blog Denaihati sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics dan bagi juga untuk pengomen terbanyak di blog Denaihati. Cuma perlu ikut syarat2 yang ditetapkan (forum, komuniti, dan website adalah tidak layak). Sebelum nih, ada jugak cuba2  sertai contest Hidup Berani Untuk Gagal (2009). Tapi ternyata aku gagal. Hehe. Takde rezeki. Contest SEO pada masa tu. Hadiah pun memang lumayan jugak (wang tunai).

Syarat2 Penyertaan Contest Ini Adalah Seperti Berikut :

Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk memenangi Acer Aspire One ini :

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog, contoh di berikan seperti  dibawah :

Saya tahu contest “Denaihati : Hidup Untuk  Memberi” ini dari blog Nine Blog, URL (http://nine.gapuranetwork.net).

  • 2. Follow @ http://twitter.com/denaihati
  • 3. Follow @ http://facebook.com/denaihati
  • 1. Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner denaihati di sidebar atau sering letakkan link denaihati.com dalam setiap entri baru. Hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiakan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Bermula Mac PENGOMEN TERBANYAK akan mendapat ruang iklan percuma selama 1 bulan.

    2. Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya.

    3. Sebagai tanda terima kasih semua blog peserta contest akan disenaraikan di BLOGROLL untuk berkongsi status PR4 yang sedang disandang oleh blog Denaihati.
    • Tarikh Tutup PenyertaanPada jam 11.59 pm, 31/12/2010.
    • Keputusan PemenangPemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

    Peraduan ini ditaja oleh :

    1. Alansarproperties.com : Sedia menjual lot banglo / banglo sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

    2. www.xztly.com : Organising or managing communications, campaigns and events.

    3. Anisha online Mall : Pemborong stokin wudhu Malaysia.

    (Kepada individu dan syarikat yang berminat untuk menjadi sponsor sila berhubung terus kepada Saudara Denaihati)

    (more…)

    Popularity: 5% [?]