Betapa besarnya pahala bagi mereka yang sudi menterjemah video ini, semoga Allah SWT menjadikan usaha tersebut sebagai Amal Jariah buatnya di Akhirat nanti. Insya Allah.
Popularity: 2% [?]
Popularity: 2% [?]
Sebagai manusia yang bergelar muslim mempunyai peranannya di atas muka bumi ini, apakah peranan itu ? Peranannya adalah memakmurkan bumi ini dengan syariat Allah. Kita lihat bagaimana pada zaman kita pada hari ini, jauhnya kita telah tersesat meninggalkan suruhan Allah dalam kehidupan kita.
Semakin jauh kita melangkah meninggalkan Allah dalam kehidupan kita, semakin jauh kita dengan kebenaran. Memang tidak dapat dinafikan, islam itu agama yang syumul dan menyeluruh serta lengkap daripada semua aspek kehidupan kita, tetapi bagaimana pula apabila kita berbicara tentang muslim, yakni penganutnya.
Itulah tanggungjawab kita.
Mengembalikan muslim kepada kehidupan islam sebenar, itulah tanggungjawab kita semua, tetapi bagaimana ? Apabila berbincang perkara ini, iaitu perkara untuk mengembalikan islam supaya ianya tertegak di atas muka bumi ini, ramai di kalangan manusia merasakan, kita perlu mendirikan sebuah Negara, mempunyai perlembagaan islam, menjalankan hukum qisas, hudud, takzir, baru boleh menjalankan syariat Allah dalam kehidupan kita. Begitu kompleknya pemikiran Tidak semestinya begitu.
Menyumbang ke arah kebangkitan islam.
Menyumbang ke arah itu, tidaklah serumit yang selalu orang fikirkan, kadang – kadang hanya dengan mengutip sampah, juga boleh menyumbang ke arah kebangkitan islam, Hanya dengan menjaga lidah, percakapan , pergaulan juga meyumbang kearah yang sama, Nampak ? hanya dengan mengikut perintah Allah yang sudah terkandung dalam al –quran, serta mengamalkan sunnah nabi-Nya sangat – sangat menyumbang ke arah kebangkitan islam.
Islam itu tetap akan bangkit.
Itulah janji nabi dalam hadisnya, ruginya kita sebagai seorang islam apabila tidak menjadi penyumbang kepada islam, jikalau kita menjatuhkan agama islam sekalipun, itulah adalah janji nabi, islam tetap akan naik, sesiapakah yang paling untung dalam hal ini ? Dan siapakah yang rugi dalam hal ini? Kemenangannya sudah ada didepan mata, tetapi siapakah yang mahu mengejarnya ? Kitalah yang patut menggapainya.
Popularity: 2% [?]
Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. AllahuAkbar !
Namun, Menurut Arabic newspaper yang disiarkan di Saudi Arabia, Kurt Westergaard telah mati dalam keadaan terbakar di dalam biliknya sendiri.
Tetapi terdapat spekulasi bahawa berita yang diterbitkan oleh laman web zimbio.com sedikit mencurigakan kerana post yang diterbitkan adalah pada tahun 2010 bertarikh 7 March. Timbul tanda tanya mengenai berita ini sahih atau sebenarnya pihak tertentu tidak mahu berita ini tersebar luas. Terpulang kepada readers untuk menguraikan teka – teki ini namun yang pasti azab Allah tersangatlah berat.
Itulah Kekuasaan Allah, walau pelbagai perisai dan bala tentera yang kuat digunakan, jika Allah memberi pembalasan, tiada apa yang dapat terlepas daripadanya.
Popularity: 4% [?]
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia , dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
Popularity: 2% [?]
Islam agama syariat, yang menjadi panduan hidup untuk seluruh umat. Syariat menunjukkan, bagaimana untuk kita menjalani tatih hayat di atas dunia, apa yang perlu dilakukan, apa yang wajib ditinggalkan, apa yang mendatangkan mudarat dan apa yang menimbulkan nikmat. Syariat menentukan kaitan antara dunia dan akhirat.
Dalam kepelbagaian aturan Allah SWT yang dinamakan syariat itu, kita wajar memahami bahawa salah satu perkara yang sangat penting ialah tatacara perhubungan sesama manusia. Dalam hal ini, Allah SWT telah mensyariatkan kepada kita apa yang dinamakan sebagai zakat.
Zakat adalah syariat yang bersangkutan di antara hubungan sesama manusia (hablumminannas). Zakat tujuannya tidak lain dan tidak bukan, ialah demi menjamin keseimbangan hidup. Ini kerana, orang-orang miskin dan kaya, akan sentiasa ada sampailah dunia ini menuju ke penghujungnya.
Golongan miskin ini hanya akan terhapus, apabila semboyan kiamat hampir ditiup oleh malaikat Israfil. Selagi itu belum terjadi, manusia kaya dan miskin akan terus wujud dan beriringan. Samalah seperti adanya malam dan siang, laut dan daratan, lelaki dan perempuan.
Dalam Islam, harta hendaklah diagihkan atau diedarkan secara saksama sesama manusia. Untuk itulah, maka Allah SWT menegah jika harta kekayaan itu hanya berlingkaran dalam kalangan orang-orang kaya sahaja.
Ia demi mengelak daripada berlakunya manipulasi ke atas golongan yang lemah, sama seperti mana yang pernah berlaku lewat sebelum kedatangan Islam ke Kota Mekah. Kala itu, orang miskin terjerat dalam sistem pengumpulan harta oleh orang kaya, sehingga ada yang terpaksa menjadi hamba demi melunaskan hutangnya.
Allah menyatakan: “Apa sahaja harta rampasan (fa’i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu,” (al-Hasyr, 59: 7)
Zakat memastikan harta dapat dikongsi secara saksama. Setiap orang mempunyai hak, sama ada hak untuk memberi dan hak untuk menerima. Tiada sesiapa boleh menghalang seseorang daripada memberikan hartanya kepada orang lain. Begitu juga, tiada sesiapa boleh mendabik dada menegah hartanya daripada diambil demi kebaikan orang lain. Ini semua mampu terlaksana dengan adanya syariat zakat.
Popularity: 2% [?]
Ibrahim bin Adham berkata,
Enam Rintangan ke arah menjadi orang yang soleh :
Tazkiah Nufus.m/s: 53.
Popularity: 2% [?]
Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, merekodkan Nabi Muhammad (S.A.W) telah berkata; ”Solat berjemaah kelebihannya mengatasi solat bersendirian sebanyak 27 darjat”.
Melalui pengamalan solat berjemaah seorang insan itu akan mendapat :
1. setiap langkah ke masjiddiberi pahala.
2. menguruskan waktu dengan tepat.
3. bermuamalat dengan masyarakat setempat.
4. menyihatkan tubuh badan.
Tidak ada lagi alasan untuk umat memandang sepi ibadat solat jemaah ini. Ia adalah asas membentuk akhlak mulia, membaiki kebejatan akhlak; paling penting solat berjemaah adalah tiang kekuatan ummah.
Hasil akhirnya, insan yang bersolat jemaah akan merasai peningkatan iman yang mendadak kerana melaksanakan tiang agama ini dengan sempurna.
Popularity: 2% [?]