Posts Tagged ‘Photoghraphy’

Aktiviti Berbasikal

Thursday, May 5th, 2011

Sekarang time free selepas balik dari kerja, ni lah aktiviti baru saya. Kayuh basikal. Yang jadi minat pasal basikal nih, sebab sahabat sekolah dahulu ajak senaman. Dia pun tiap2 hari kayuh basikal. Mula2 saya pikir tak nak beli, takut nanti hangat2 tahi ayam jer saya nih. Mungkin lama2 takkan kayuh. Duk pikir negatif. Tapi lain pulak jadinya selepas kayuh, makin seronok pula.

Giant ATX

Dulu masa duk berjogging, memang sekerat jalan jer. Saya cepat jemu dengan berjogging.  Kayuh basikal lain rasanya, sebab sambil kayuh boleh tengok tempat2 baru. Boleh pergi mana2 tempat pun. Tu yang jadi seronok. Tak duduk setempat jer macam berjogging. Kayuh basikal lain, kita kayuh ke tempat yang mana kita suka. Betul tak ?

Mula2 beli basikal nih dulu, saya kayuh dalam 30 minit pun semput dah. Lama tak bersenam, dah la merokok pulak tu, jadi camtu lah. Sekarang Alhamdullilah makin banyak minit saya kayuh. Ada sekali sampai 3 jam. Ikut mana larat jer. Tapi berhenti rehat2 jugak. Saya selalu kayuh time free lepas balik kerja. Merata tempat saya kayuh. Pergi kedai beli rokok ataupun makanan / minuman, kadang2 kayuh basikal jer. Jadi seronok pula.

Basikal nih kalau baru memang agak mahal. Saya beli secondhand jer. Tak sampai RM1000. Standard, malas nak modified yang bukan2. Beli hari tu cuma dapat helmet ngan stand.

(more…)

Popularity: 20% [?]

Gambar : Family Di Kota London

Saturday, January 29th, 2011

Saja update kat blog nih. Family saya pergi England pada 23hb November hingga 7 December 2010 tahun lepas. Selama 2 minggu sahaja. Yang pergi cuma Abah, Emak & adik saya Jannah & Zakhwan. Sebelum tuh diorang singgah ke Bahrain selama 3 hari sebab nak jumpa anak saudara Abah / Emak yang menetap di sana. Waktu diorang sampai kat London, pada masa tu ribut salji tak teruk sangat. Lepas diorang balik, sampai Malaysia ,baru teruk kejadian tu. Masuk tv rasanya hari tu, yang banyak flight delayed penerbangannya lepas kejadian tu.

Saya tak tau nak cerita sebab saya tak pergi, tapi diorang cakap best cuma barang di sana memang mahal sangat. Tak beli apa sangat cuma gi jalan2 jer. Ok, layan gambar jer.

Abah, Emak & Zakhwan Dekat Tower London Shop

Area Hotel

Jannah Depan London Bus Harry Potter

(more…)

Popularity: 4% [?]

Saya Panggil Dia Gaban

Wednesday, December 8th, 2010

Salam, quick update & entri serius + ringkas, dah tengah free terus update je. Booking sebelum bulan Ramadhan hari tu, sampai tepat pada 1 December 2010 baru2 nih.. Plat amik Perlis jugak. Booking plat RM250. Masih lagi standard dan akan standard sampai bila2. Maybe akan tinted cermin je, yang lain tak. Saya panggil ye gaban sebab depan yer macam Transformer.

(more…)

Popularity: 6% [?]

[PERSONAL] Nine’s On Lomography

Tuesday, June 15th, 2010

About Lomography :

(Copy Paste). It was in the early 1990s when two students in Vienna, Austria, discovered a small enigmatic Russian camera, the Lomo Kompakt Automat, and started a new style of artistic experimental photography of unorthodox snapshots. In the blink of an eye the Lomographic message spread around the planet and people from North to South were screaming for Lomo LC-A’s. So they hopped on a plane, flew to St. Petersburg and negotiated a contract for the worldwide distribution of this fantastic little camera. Then everything happened quickly for Lomography.

We set up the 10 golden rules as our guiding principals, held numerous exhibitions, world congresses, parties and events. Mounted groundbreaking collaborations and projects, installed lomography.com as our communication hub, developed new products, films and accessories all while opening up Lomography Gallery Stores in metropolises worldwide.

What started out spontaneously as an artistic approach to photography in the Vienna underground scene developed into Lomography becoming an international socio-cultural movement using photography as a creative approach to communicating, absorb and capturing the world. Today we are a globally active organization dedicated to experimental and creative visual expression, a playful combination of lo-tech and hi-tech and the amalgamation of a cultural institution with a commercial photographic and design company focussing entirely on the unique imagery, style and approach of analogue photography and its further development.

(more…)

Popularity: 14% [?]

Zoom Image Dengan WordPress Plugin Fancy Zoom

Wednesday, June 2nd, 2010

Memasukkan gambar ke dalam post sememangnya menarik tapi selalunya kita perlu linkkan gambar tersebut kepada url/direct link gambar tadi jika pelawat blog kita mahu melihat gambar yang lebih besar.

Kemungkinan juga kita akan kehilangan pelawat  dan juga menyusahkan pelawat blog kita untuk melihat gambar – gambar/ image yang kita post di blog (terutama blog yang bercirikan photoblog, jika image tu adalah sangat banyak dan kita kecilkan semasa upload ke blog). Inilah perkara yang pernah berlaku kepada aku sebelum ini.

Sekarang aku  boleh la menyusun gambar – gambar/ image di blog dengan format 400px x 400px (mengikut page post theme aku) atau lebih kecil seperti 125px, dan aku sememangnya suka masukkan/uploadkan gambar banyak – banyak pada setiap entri blog. Addict letak gambar setiap kali post. Hehe. Tak kisah jika gambar dalam blog kalau yang berukuran 125px×125px (contoh je) ini mungkin tidak jelas kerana apabila pelawat blog berkemugkinan akan klik pada image tersebut dan gambar penuh akan keluar di tengah – tengah monitor.

*Anda boleh mencuba plugin WP-fancyzoom ini jikalau berminat.

Nak tengok bagaimana ia berfungsi, sila klik image di bawah @ di setiap post pada blog ini :

Klik Image Ini ( Geavity.com)

(more…)

Popularity: 6% [?]

Honda Civic Sepupu Kena Curi

Tuesday, May 25th, 2010

1st sekali aku sgt terkejut dgn perkara nih. Aku baru tahu semalam jer daripada sepupu aku. Tanya dia kat Facebook. Aku simpati sangat dengan dia. Apa punya pencuri sanggup buat macam nih. Siap curi kat rumah plak tu. Berani sungguh. Tak kesian kat orang ker ? Aishh pencuri mana ada sifat kesian. Huhu. Beli kereta bukan dengan air liur. Duit titik peluh sendiri. Harap dia bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Setahu aku, sepupu aku beli Honda nih pada tahun 2006. No plat pun WFM 2006. Kereta nih lama dah keluaran dia. Tapi beliau convert kepada model 99′ EG.

Daripada warna standard, beliau tukar ke warna putih. Setahu aku rim 15 inci SSR dia saja beli dalan harga RM2500. Kat kedai potong. Bodykit tukar ke Civic EG 99′ RS Type -R termasuk sunroof. Tak silap aku dia abis dalam RM40k untuk modifikasi sahaja termasuk tukar enjin ( V-Tec ). Banyak tu. Kalo aku jadi dia , dah lama aku nangis siang malam. Buat apa pun takde mood. Mesti duk pikiaq.

(more…)

Popularity: 8% [?]

[PERSONAL] Kronologi Afrina Safiya 2006 – 2010

Tuesday, May 18th, 2010

Salam. Buat apa tu kawan2 ? Dah makan ke ? Kalo belum jum layan entri nih dulu. Hehe.

Idea nak taip takde dan malas sama hehe. Layan gambar, tentang anak saudara aku ( Nur Afrina Safiya Binti Zulfikar ) yang sekarang nih dah berumur nak masuk 4 tahun. Lahir pada 07 – 09 – 2006 kat Alor Setar, Kedah. Ni pun aku jumpa gambar yang ada kat pc. So aku teringat nak update pasal dia ( Afrina Safiya ). Lagipun aku memang suka dengan budak2 nih.

Setahun ( Baru Duk Merangkak )

Owh gambar anak saudara aku masa baby ada kat ayah ngan mak dia. Malas nak mintak plak.

Hampir 2 tahun ( Boleh Berjalan Dah Kut Masa Nih/ Macam Gangster Cina )

(more…)

Popularity: 5% [?]

Teknik LOMO Dan Vintage Action Untuk Photoshop

Thursday, April 22nd, 2010

Salam…

Hmm pada entri kali nih, aku ingin berkongsi action photoshop yang agak menarik bagi aku. Apa itu action ps yer ?? Lu pikir la sendiri !! Hehe. Lawak jer. Ala benda nih kebanyakkan semua orang dah tahu. Ok, aku sebenarnya suka download action ps nih banyak2. Salah satu sebab dia mudah di gunakan. Mudah buat effect pada gambar. Sebab dia auto play. Takyah duk pening2 pasal main filter. Nak kata aku pandai ps tak la sangat. Aku pun baru belajar jer ps nih. Duk kayuh pelan2 nih. Tapi dah menjadi satu hobi dah bagi aku. Cuma masih lagi beginner .


* Gambar Asal *

* LOMO Effect Setelah Menggunakan Action *

(more…)

Popularity: 8% [?]


side digi award 120 Banner