Posts Tagged ‘Nak Duit Raya Percuma Tak ?’

[CONTEST] Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Sunday, August 29th, 2010

Salam. Hehe. Gelak dulu sebelum mulakan ayat. Saja nak buat style baru.

Contest 2010 : Menang Duit Raya Sehingga RM200 Dari Cdiqlife

Nih saja2 join contest dari saudara cdiqlife.com. Nickname beliau di alam maya, Haru. Saja2 cuba nasib lagi. Banyak gak la aku join contest dari blogger2 lain sebelum nih. Contest nih di namakan  contest menang duit raya sehingga rm200. Kalau dalam cheque, dia tulis  ” dua ratus ringgit  sahaja “. Bab2 duit free nih memang aku pulun sikit. Sapa yang tak mau duit. Ada duit semua jalan. La nih benda semua bukan free. Nak pi kencing kat toilet pun kena 3 kupang dah la nih.

Saudara cdiq nih dari Unimap Perlis. Student situ. Aku kenal pun kat alam maya jer walaupun aku nih orang Perlis gak. Tak nah jumpa lagi. Harap2 suatu nanti akan jumpa beliau jugak,  sebab contest yang beliau anjurkan nih, aku lah bakal pemenangnya itewww, dapat nombor 1, lagi  senang beliau nak bagi duit raya tu hand by hand siap ngan sampul duit raya yang cun. Baru la nampak kemeriahan raya sikit. Hehe. Melawak ja yang nih.

Sebenarnya, contest yang beliau anjurkan nih sempena pemindahan “rumah baru” beliau sebagai blogger tegar, dari platform Blogspot ker WordPress. Tahniah.

Ok la, tak nah celoteh panjang dah , terus ke contest cdiq kenapa dia perlu bagi duit raya kat aku.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com sebab raya tahun nih saya dapat anak saudara sorang lagi. Jadi saya ada dua orang anak saudara tahun nih. Saya jer masih takde anak, sebab acuan takde lagi. So kalau saya dapat duit raya dari saudara cdiq nih, saya nak belikan baju raya dan kasut crocs untuk diaorang. Sebab masa raya time saya kecik2 dulu, parents yang tolong belikan untuk saya, tak silap saya brand abibas dan poma (Made in Thailand). Sekarang saya dah besar panjang tapi rendah, so giliran saya pulak untuk belikan kat diorang. Tapi kalau diorang kata takpe lak pakcik Nine (panggilan saya dari diorang), kami tak perlukan duit raya buat masa sekarang sebab kami masih kecik lagi dan kesian kat pakcik Nine sama, pakcik Nine guna lah duit tu dulu yer. Buat beli hosting ker, domain ker, kami tahu pakcik Nine minat semua tu kan. Sebab kami tengok pakcik duk mengadap pc jer hari2. Buat benda yang sama. Kalau tak buka belog, buka redtube youtube. Teruk jugak pakcik kami sorang nih yer, nasib baik pakcik tak kawen lagi  (kata diorang kepada saya, tapi dalam hati je, sebab diorang tahu saya garang). Haa, nampak tak  ? anak saudara saya pun boleh tahu mengapa saya memang perlukan duit contest nih, paham2 jer la noo. Merapu giler slogan aku =( =(

Hadiah Idea Kreatif :

  • Tempat pertama : RM100.
  • Tempat kedua : RM30.
  • Tempat ketiga : RM20.
  • 2 hadiah saguhati : RM10.

Hadiah Blog Referral Terbanyak :

  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10.

Tarikh Tutup Penyertaan :

  • 19/09/2020 iaitu seminggu selepas raya.

* Kalau nak tahu lebih lanjut syarat2 anjuran contest beliau kat sini.

** Banner contest ini yang  bersaiz 125px X 125px (Cdiqlife contest, warna kuning) ada di bawah bahagian comment form. Click jer senang, kalau tak click anda tak menang  :) .

*** Nih mungkin penyertaan pertama contest dari cdiq di blog gapura . IsyaAllah kalau berkesempatan, aku nak try di blog satu lagi.

**** Aku  perlu mendapatkan rawatan Medula Oblaganta dan Serebrum secepat mungkin .

Popularity: 7% [?]