Posts Tagged ‘Motivasi’

[QuickPress] Salam Maulidur Rasul

Sunday, February 5th, 2012

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, bertahlil, ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita kepada nabi junjungan besar kita ? Tentu tidak bukan.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Kita adalah Umat yang terbaik ! Jadi, kita ambil sedikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang kita adakan pada setiap tahun. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.

* Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
** Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] 7 Perkara Menyebabkan Hati Mati

Sunday, January 15th, 2012

Saidina Umar telah berkata :

1. Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2. Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3. Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4. Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5. Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6. Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7. Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 208.

Popularity: 2% [?]

2

[QuickPress] 7 Kerugian Mereka Yang Bakhil

Friday, January 13th, 2012

Abu Bakar As-Siddiq berkata ” Orang yang bakhil atau kedekut tidak dapat terlepas dari salah satu dari tujuh perkara berikut :

1. Ketika mati hartanya akan dihabiskan oleh pewarisnya ke jalan yang tidak diperintah oleh Allah SWT.

2. Allah SWT akan mengutus penguasa yang zalim untuk menyeksanya dan akan merampas hartanya.

3. Allah SWT akan menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta yang dimilikinya.

4. Allah SWT akan mencampak idea pada diri untuk membina bangunan ditempat bencana dan semua harta simpanannya akan musnah.

5. Diantara musibah yang Allah SWT akan timpakan kepadanya adalah banjir, kebakaran, kecurian dan sebagainya.

6. Allah SWT akan menimpakan kepadanya penyakit yang kronik sehingga hartanya dihabiskan untuk merawat penyakit tersebut.

7. Allah SWT akan menjadikan dirinya seorang pelupa sehingga dia lupa pada tempat  yang disimpam hartanya.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 207.

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] Sejuta Rahmat Allah SWT Bersama Anda Ketika Sakit

Monday, January 9th, 2012

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman,

” Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

* Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] 3 Jenis Jihad Mengikut Imam Al-Ghazali

Sunday, January 8th, 2012

1- Jihad Zahir adalah jihad melawan orang yang tidak menyembah Allah SWT.

Surah Al-Maidah, ayat :

54. Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

2- Jihad menghadapi orang yang menyebarkan ilmu dan hujjah yang batil.

Surah An-Nahl, ayat :

125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

[845] Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil.

3- Berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyeret manusia ke arah kejahatan .

Surah Al-Ankabut, ayat :

69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Kitab Penenang Jiwa, Imam Al-Ghazali. M/S: 19.

Popularity: 1% [?]

0

Kelebihan2 Agama Islam

Sunday, January 1st, 2012

Firman Allah Taala, maksudnya: ” .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).
Hadis Kesepuluh :


10 – Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu memeluk Islam,  lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) – tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya.”

(Bukhari)

Hadis yang kesepuluh ini mengandungi :

(1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

(2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.

(3) Balasan orang yang berdosa,  terserah kepada Allah.

Huraiannya :
Pertama – Soal orang kafir masuk Islam :

Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii’tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.

(more…)

Popularity: 1% [?]

4

Kisah Nabi Yusuf Daripada Al-Quran

Friday, December 30th, 2011

Dua pelajaran diperolehi daripada kisah Nabi Yusuf. Pertama, mengenai makna sepatah perkataan Arab di dalam al-Qur’an. Perkataan itu ialah “rasul” yang lazimnya diguna untuk “Rasul Allah”, atau “Utusan Allah”. Akan tetapi, pada sebuah ayat dalam surah Yusuf perkataan itu digunakan oleh Allah untuk seorang utusan atau pembawa berita kepada seorang raja. Inilah ayatnya :


“Raja berkata, ‘Datangkanlah dia (Yusuf) kepadaku.’ Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia (Yusuf) berkata, ‘Kembalilah kepada pemelihara (raja) kamu, dan tanyalah dia, ‘Bagaimanakah dengan wanita-wanita yang memotong tangan mereka?’ Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka.’” (Qur’an 12:50).

Maka perkataan rasul bukan sahaja diguna untuk Rasul Allah, malah ia boleh digunakan untuk orang yang tugasnya seperti utusan atau pembawa berita bagi orang lain.

Rasul di dalam ayat tadi adalah orang suruhan bagi seorang raja yang dihantar, atau diutus, untuk berjumpa dan membawa Nabi Yusuf dari penjara ke istana. Begitulah sedikit kisah Nabi Yusuf yang menarik disebut di sini.

Dengan itu, membawa kepada pelajaran kedua dalam kisah Nabi Yusuf dengan adik-beradik, ibu dan bapanya. Cerita-cerita mereka merupakan suatu pelajaran juga, seperti kata Allah:

“Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda” (12:111).

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur’an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur’an. Firman-Nya :

“Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur’an ini” (12:3).

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

“Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, ‘Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya” (12:4).

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi,

“Seorang daripada mereka berkata, ‘Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan’” (12:10).

Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapa mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka-suka dan bermain-main pada keesokan hari.

Pada mulanya bapa mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata “Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya” (12:13).

“Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, ‘Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari’” (12:15).

Mereka balik kepada bapa mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, “Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar.”

Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapanya berkata, “Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.”

Tidak lama kemudian, pengembara-pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, “Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda.”

Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak menghargainya.

Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, “Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri.”

Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.

Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.

Perempuan itu menutup pintu-pintu seraya berkata, “Marilah kepadaku !” Yusuf menjawab, “Pada Allah berlindung ! Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik ”

Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua-duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang.

Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih ?”

Yusuf berkata, “Dia yang menggoda saya”. Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, “Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan  Yusuf orang yang benar.”

Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, “Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah.”

Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, “Isteri Gabenor menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta !”

(more…)

Popularity: 1% [?]

0

15 Pintu Syaitan

Wednesday, December 21st, 2011

15 Pintu Syaitan.

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :

  • pintu marah
  • cinta dunia
  • kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  • panjang angan-angan
  • rakus
  • bakhil
  • suka pada pujian
  • riak
  • ujub (merasa kagum)
  • takut dan gelisah
  • buruk sangka
  • memandang rendah pada orang lain
  • merasa suka pada dosa
  • merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
  • putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata Menghalang Syaitan.

  • Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  • Banyakkan berzikir
  • Banyakan Beris! tigfar
  • Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
  • Jangan tidur berseorangan
  • Baca doa pagi dan petang
  • Bersugi
  • Melaksanakan solat jemaah
  • Berwudhuk sebelum tidur
  • menutup aurat
  • Membaca doa masuk tandas.
  • Banyak berselawat pada hati
  • Bertaubat, beristighfar
  • Banyakan baca Al-Quran
  • Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan.

  • Rumah yang bersih
  • Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
  • Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
  • Penghuninya jujur dan memenuhi janji
  • Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
  • Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
  • Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

 

Popularity: 1% [?]

0