Posts Tagged ‘Malam’

[QuickPress] 7 Perkara Menyebabkan Hati Mati

Sunday, January 15th, 2012

Saidina Umar telah berkata :

1. Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2. Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3. Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4. Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5. Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6. Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7. Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 208.

Popularity: 2% [?]

2

[QuickPress] 3 Jenis Jihad Mengikut Imam Al-Ghazali

Sunday, January 8th, 2012

1- Jihad Zahir adalah jihad melawan orang yang tidak menyembah Allah SWT.

Surah Al-Maidah, ayat :

54. Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

2- Jihad menghadapi orang yang menyebarkan ilmu dan hujjah yang batil.

Surah An-Nahl, ayat :

125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

[845] Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil.

3- Berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyeret manusia ke arah kejahatan .

Surah Al-Ankabut, ayat :

69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Kitab Penenang Jiwa, Imam Al-Ghazali. M/S: 19.

Popularity: 2% [?]

0

Kisah Nabi Yusuf Daripada Al-Quran

Friday, December 30th, 2011

Dua pelajaran diperolehi daripada kisah Nabi Yusuf. Pertama, mengenai makna sepatah perkataan Arab di dalam al-Qur’an. Perkataan itu ialah “rasul” yang lazimnya diguna untuk “Rasul Allah”, atau “Utusan Allah”. Akan tetapi, pada sebuah ayat dalam surah Yusuf perkataan itu digunakan oleh Allah untuk seorang utusan atau pembawa berita kepada seorang raja. Inilah ayatnya :


“Raja berkata, ‘Datangkanlah dia (Yusuf) kepadaku.’ Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia (Yusuf) berkata, ‘Kembalilah kepada pemelihara (raja) kamu, dan tanyalah dia, ‘Bagaimanakah dengan wanita-wanita yang memotong tangan mereka?’ Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka.’” (Qur’an 12:50).

Maka perkataan rasul bukan sahaja diguna untuk Rasul Allah, malah ia boleh digunakan untuk orang yang tugasnya seperti utusan atau pembawa berita bagi orang lain.

Rasul di dalam ayat tadi adalah orang suruhan bagi seorang raja yang dihantar, atau diutus, untuk berjumpa dan membawa Nabi Yusuf dari penjara ke istana. Begitulah sedikit kisah Nabi Yusuf yang menarik disebut di sini.

Dengan itu, membawa kepada pelajaran kedua dalam kisah Nabi Yusuf dengan adik-beradik, ibu dan bapanya. Cerita-cerita mereka merupakan suatu pelajaran juga, seperti kata Allah:

“Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda” (12:111).

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur’an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur’an. Firman-Nya :

“Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur’an ini” (12:3).

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

“Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, ‘Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya” (12:4).

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi,

“Seorang daripada mereka berkata, ‘Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan’” (12:10).

Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapa mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka-suka dan bermain-main pada keesokan hari.

Pada mulanya bapa mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata “Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya” (12:13).

“Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, ‘Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari’” (12:15).

Mereka balik kepada bapa mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, “Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar.”

Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapanya berkata, “Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.”

Tidak lama kemudian, pengembara-pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, “Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda.”

Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak menghargainya.

Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, “Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri.”

Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.

Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.

Perempuan itu menutup pintu-pintu seraya berkata, “Marilah kepadaku !” Yusuf menjawab, “Pada Allah berlindung ! Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik ”

Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua-duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang.

Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih ?”

Yusuf berkata, “Dia yang menggoda saya”. Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, “Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan  Yusuf orang yang benar.”

Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, “Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah.”

Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, “Isteri Gabenor menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta !”

(more…)

Popularity: 1% [?]

0

Wordless Wednesday #9 : Happy Eid Al-Adha 1432 H

Wednesday, November 9th, 2011


Eid al-Adha is an Islamic festival to commemorate the willingness of Ibrahim (also known as Abraham) to follow Allah’s (God’s) command to sacrifice his son Ishmael. Muslims around the world observe this event. At the end of the Hajj (annual pilgrimage to Mecca), Muslims throughout the world celebrate the holiday of Eid al-Adha (Festival of Sacrifice). - Eid Al – Adha

Popularity: 2% [?]

2

Kelebihan – Kelebihan Agama Islam

Monday, November 7th, 2011

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM.

Firman Allah Taala, maksudnya : ” .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).
10 – Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang itu memeluk Islam,  lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) – tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya.”

(Bukhari).

Hadis yang ke-sepuluh ini mengandungi :

  1. Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
  2. Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.
  3. Balasan orang yang berdosa,  terserah kepada Allah.

Huraiannya :

Pertama – Soal orang kafir masuk Islam :

Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii’tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.

Kedua – Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam :

Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya.

Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya – jika dikehendaki Allah – dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.

(more…)

Popularity: 2% [?]

0

Cabaran Kepada Orang Yang Bersabar

Sunday, November 6th, 2011

Saya baca nih ( ambil dari blog PeribadiRasullulah ) untuk diri saya renungkan sebab tahun lepas banyak juga dugaan dari Allah kepada keluarga saya. Memang banyak. Malas nak cerita kat sini. Kalau buat list memang banyak. Tapi yang pasti hidup ini hanya sementara. Setiap kejadian ada hikmah dari- Nya dan setiap manusia semua ada dugaan. Kalau takde dugaan tu, tu yang takut ( kemungkinan akan lalai : contoh – saya ).

Beberapa faktor yang boleh mengilang dan mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut :

1. Sikap isti’jal, ingin cepat gopoh. Biasanya tindakan ingin cepat gopoh di sebut sebagai tidak sabar. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan salah satu sifat manusia ialah suka cepat. Firman Allah S.W.T : al-Anbia’:37

Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

* Kerana itulah orang beriman perlu mujahadah untuk melawan sifat isti’jal dan bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.

Firman Allah S.W.T: al-Ahqaf :35

.Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari Rasul-Rasul telah bersabar

Sabda Rasulullah S.A.W :

Berhati-hati itu daripada Allah dan tergesa-gesa itu daripada Syaitan.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengahwinkan anak perawan, membayar, hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa

2. Marah.

Apabila seseorang marah maka hilang sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.

Firman Allah S.W.T :

Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya) al-Qalam:48)

3. Putus Asa.

Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139).

* Selamat menyambut Hari Raya Adiladha 1432 Hijrah.

Popularity: 2% [?]

2

3 Golongan Yang Menikmati Ketenangan Di Padang Mahsyar

Monday, October 31st, 2011

Masa tengah  blogwalking dan google tadi, terjumpa entri nih, banyak, seronok bila saya baca, even pendek, tapi amat bermakna buat saya. Padat dan ringkas, salah satu faktor mungkin sebab saya masih jahil dalam bab2 agama. Banyak lagi yang harus saya belajar.

Hadis Riwayat Tarmizi :

Tiga golongan yang mendiami tempat tinggi dan mencium keharuman Kasturi Hitam, mereka tidak risau tentang pengiraan amalan atau hisab , mereka tidak merasai kebimbangan walaupun sedikit pada Qiamat pada hari tersebut, mereka ialah :

1. Lelaki yang membaca Al-Quran kerana mengharap keredhaan Allah dan menjadi Imam dalam solat serta mendapat keredhaan daripada para jemaah.

2. Lelaki yang mendapat kemewahan rezeki di dunia, tetapi rezeki dan kemewahan tersebut tidak menghalang kepadanya untuk beribadat kepada Allah SWT, malah rezeki dan kemewahan tersebut turut memberi serta menambah ketenangan kepadanya untuk berberibadat kepada Allah.

3. Lelaki yang melaungkan azan di masjid dengan ikhlas dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T dengan hati yang penuh ikhlas.

Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah memuliakan orang-orang beriman, rebutlah peluang ini wahai ikhwah semua.

* Saya tetap bersyukur, kerana Allah bagi kehidupan yang sederhana dan bahagia sekarang. Tak la sempurna seperti orang lain, tapi kena la bersyukur.  Sebab yang pasti setiap orang ada dugaan & ujian masing2 dari- Nya. Di sebalik kejadian, mesti ada hikmah kan.

Popularity: 2% [?]

0

Berkebajikan Sebagai Aset Menghadapi Akhirat

Tuesday, July 5th, 2011

1. Mengikut ajaran Al-Quran, dalam surah al-Mulk bererti Kerajaan. Semua Kerajaan hendaklah mengamalkan sistem yang sama dengan kehendak Kerajaan Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah (Al-Quran surah al-Mulk ayat 1) :

Bermaksud: “Maha Berkat ( serta Maha Tinggilah kelebihan ) Tuhan yang menguasai Kerajaan /pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

2. Allah Subhanahu wa Taala berkuasa buat dunia maka Dia juga penuh berkuasa membuat akhirat.

3. KPI dan standard adalah mengikut ukuran hukum Allah Subhanahu wa Taala, standard teramat baik (ahsan) harus sama dengan Islam, kalau tidak ia akan menjadi teramat jahat (aswauu).

4. Hikmah bersolat jamaah ialah ibadat dan dapat bertanya khabar hal ehwal kehidupan dengan masyarakat sekeliling.

5. Segala amalan dan pahala adalah saham (asset) dan pelaburan akhirat.

6. Namun kerana jarak kita dan Nabi Sallallahu alaihi wasallam adalah jauh, maka banyaklah rintangan serta halangan yang perlu kita tempuhi. Segala-galanya dapat dihadapi dengan kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam kepada kita.

7. Suci air hujan yang turun di puncak bukit biasanya akan berubah bila sampai di kuala sungai. Selalunya air itu akan keruh dan ada macam-macam di dalamnya kerana laluan airnya sepanjang sungai sejauh ribuan kilometer. Untuk minum perlulah ditapis.

8. Maka bila kita hendak terima atau menilai sesuatu agar benar-benar diterima Allah, gunalah tapisan bersandarkan Al-Quran dan as-Sunnah.

9. Sadaqah bermaksud benar, maka dengan memberi sedekah adalah satu manifestasi dan terjemahan iman seorang Muslim yang beribadat kepada Allah Subhanahu wa Taala.

10.  Surah Al-Fatihah itu adalah ikrar dan bai’ah harian orang Mukmin atas lafaz syahadahnya.

11. Perintah pertama berkait Iqra’ adalah mula membaca ‘dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pengasih,’ yang mencipta segala-galanya,

12. Manusia akan mati––berakhir riwayat dengan kematian––pengakhirnya adalah sama ada syurga atau neraka.

13. Di dalam surah Al-Hadid, disebut Iman dan Infaq secara beregu dan pakej. Firman Allah (Al-Quran surah al-Hadid ayat 7) :

Bermaksud: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.”

(more…)

Popularity: 2% [?]

0