Posts Tagged ‘Keajaiban Bulan Ramadhan’

Kelebihan Bulan Ramadhan

Saturday, August 28th, 2010

Nak merapu jap, maaf, aku tak sempat reply komen2 lagi dan juga blogwalking buat sementara waktu nih. Dugaan baru datang pulak, dugaan di bulan puasa, screen lappy aku kadang2 flickering lagi, tapi tak selalu jadi dan tak teruk sangat. Masih ok. Baru semalam jer jadi (on9 tak sampai 1 jam pun). Hari tu dah hantar kedai , dah ok, nih jadi pulak. Tak berapa nak best bila on9, sebab kadang2 screen luppp blank terus. Nih, kadang2 aku guna pc. Takpe, nanti aku akan hantar kedai. Kasi ok balik. Yang pasti aku tak pi dah kat kedai “hanya aku nak install software saja, tiba2 macamana webcam boleh hilang tanpa sebab, aiyakkk“. Sabar itu separuh daripada Iman, Dengki itu sifat Syaitan :) Artikel nih aku google, n jumpa. Duk cari dari semalam lagi,  pasal keajaiban bulan Ramadhan. Jumpa, tapi dalam Bahasa Indon. Takpe dapat yang nih pun ok, janji boleh update walaupun copy n artikel agak panjang, ketagih beb. Hehe. Suka pasal keyword sama la nih. Cheywahh.

Sebelum tu apa kata anda layan dulu,  video awek  hilang sabar. Bila emosi terganggu macam2 perkataan keluar. Kesian2, tapi kalau sabar n diam dulu lagi ok kut.

Sempat Buat Typo

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu – pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. – Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi -

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi -

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik, Ahmad dan Baihaqi -

(more…)

Popularity: 5% [?]