Posts Tagged ‘Islam Itu Benar’

[QuickPress] 11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

Wednesday, March 14th, 2012

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Popularity: 2% [?]

0

Wordless Wednesday #19 : Sultan Qaboos Grand Mosque Oman

Wednesday, March 14th, 2012

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.Answers.com

Popularity: 2% [?]

0

[Video] Bukti Al-Quran Mendahului Segala Kemajuan Sains

Tuesday, March 13th, 2012


 
Betapa besarnya pahala bagi mereka yang sudi menterjemah video ini, semoga Allah SWT menjadikan usaha tersebut sebagai Amal Jariah buatnya di Akhirat nanti. Insya Allah.

Popularity: 2% [?]

0

Menyumbang Ke Arah Kebangkitan Islam

Tuesday, March 13th, 2012

Sebagai manusia yang bergelar muslim mempunyai peranannya di atas muka bumi ini, apakah peranan itu ? Peranannya adalah memakmurkan bumi ini dengan syariat Allah. Kita lihat bagaimana pada zaman kita pada hari ini, jauhnya kita telah tersesat meninggalkan suruhan Allah dalam kehidupan kita.

Semakin jauh kita melangkah meninggalkan Allah dalam kehidupan kita, semakin jauh kita dengan kebenaran. Memang tidak dapat dinafikan, islam itu agama yang syumul dan menyeluruh serta lengkap daripada semua aspek kehidupan kita, tetapi bagaimana pula apabila kita berbicara tentang muslim, yakni penganutnya.

Itulah tanggungjawab kita.

Mengembalikan muslim kepada kehidupan islam sebenar, itulah tanggungjawab kita semua, tetapi bagaimana ? Apabila berbincang perkara ini, iaitu perkara untuk mengembalikan islam supaya ianya tertegak di atas muka bumi ini, ramai di kalangan manusia merasakan, kita perlu mendirikan sebuah Negara, mempunyai perlembagaan islam, menjalankan hukum qisas, hudud, takzir, baru boleh menjalankan syariat Allah dalam kehidupan kita. Begitu kompleknya pemikiran Tidak semestinya begitu.

Menyumbang ke arah kebangkitan islam.

Menyumbang ke arah itu, tidaklah serumit yang selalu orang fikirkan, kadang – kadang hanya dengan mengutip sampah, juga boleh menyumbang ke arah kebangkitan islam, Hanya dengan menjaga lidah, percakapan , pergaulan juga meyumbang kearah yang sama, Nampak ? hanya dengan mengikut perintah Allah yang sudah terkandung dalam al –quran, serta mengamalkan sunnah nabi-Nya sangat – sangat menyumbang ke arah kebangkitan islam.

Islam itu tetap akan bangkit.

Itulah janji nabi dalam hadisnya, ruginya kita sebagai seorang islam apabila tidak menjadi penyumbang kepada islam, jikalau kita menjatuhkan agama islam sekalipun, itulah adalah janji nabi, islam tetap akan naik, sesiapakah yang paling untung dalam hal ini ? Dan siapakah yang rugi dalam hal ini? Kemenangannya sudah ada didepan mata, tetapi siapakah yang mahu mengejarnya ? Kitalah yang patut menggapainya.

Popularity: 2% [?]

0

Tenang Sentiasa Baca Al-Quran

Monday, March 12th, 2012

Daripada al-Barra r.a katanya : ” Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : ” Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi).

Daripada al-Barra r.a katanya : ” Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : ” Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.

Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Popularity: 2% [?]

0

Bagaimana Menambah Nikmat Allah

Sunday, March 11th, 2012

Nikmat itu terbahagi tiga :

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.

Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata :

“Wahai Amirul Mu’minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya.”

-Ibnul Qayyim al-Jauzi

Popularity: 1% [?]

0

Ujian Bukan Sekadar Menguji

Saturday, March 3rd, 2012

Selalu orang cakap hidup bagaikan roda. Tak selalunya kita di atas. Mungkin esok lusa kita di bawah. Tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah ?

Cuba fikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak ? Bukankah hidup ini mudah dan seronok bagi kita ? Semuanya adalah mungkin, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan.

Tapi dalam kita membesar, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan. Kenapa ya ?
Mungkinkah kita telah dewasa dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara ?

Ujian Untuk Menguji.

Ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku.

Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka sabar dan senyumlah. Lain orang lain ujiannya.
Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk.

” Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai kita gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita, lebih baik daripada perancangan manusia untuk diri sendiri.

Namun, kita hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, kita terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga kita mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.

Sesungguhnya, jalan menuju syurga itu adalah dengan kesabaran. Sebab itu, Nabi telah bersabda : “Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa.”

Ya Allah, bila membacanya entah mengapa hati rasa berbunga-bunga. Para sahabat sahabiah dulu, mereka sangat risau bila diri diuji. Mungkin ada yang mahu diuji dan ada yang takut bila diuji.

Namun dengan segenggam kepercayaan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu pikul. Dan ya, kehidupan sememangnya mengajar erti redha, sabar, tawakal, berharap pergantungan sepenuhnya kepada Allah dan bermacam-macam lagi.

Banyak saja cara Allah nak didik kita. Nak tarbiyyah kita. Semoga Allah akan terus mendidik kita ketika iman masih menebal. Mudahan perasaan cinta kita kepada sang Khaliq akan semakin bertambah.

Popularity: 2% [?]

2

3 Perkara Membina Hati Yang Benar Kepada Allah SWT

Friday, March 2nd, 2012

1. Benar kepada Allah SWT :

* Lidah tidak bertutur kecuali pada perkara yang benar.

* Dalam pergaulan atau bermuamalah tidak menambah-nambah  atau tidak berpura-pura.

* Dalam perbuatan hendaklah Ikhlas serta memenuhi ciri yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2. Benar kepada diri sendiri :

* Apa yang dilakukan adalah demi kepentingan menjaga kesucian hati.

* Menasihati hatinya agar  tidak cenderung kepada maksiat.

3. Benar kepada manusia :

* Apa yang dilakukan untuk Allah SWT adalah sama apa yang dilakukan untuk manusia semua adalah Ikhlas kerana Allah SWT ( Tidak bersifat munafiq terhadap Allah SWT dan manusia ).

Popularity: 2% [?]

0

side digi award 120 Banner