Posts Tagged ‘Info’

[QuickPress] 15 Ribu Penduduk Britain Memeluk ISLAM Dalam Masa 2 Tahun

Monday, February 6th, 2012

Pada tahun 2001-2010 sebanyak 6 ribu penduduk Britain telah memeluk Islam setengah daripada jumlah tersebut adalah wanita.

Pada tahun 2011 sebanyak 5200 orang.

Perkembangan Islam di Britain adalah disebabkan budaya hidup Islam yang memberi kebahagiaan dalam kehidupan keluarga serta dengan memeluk Islam mereka berjaya meninggalkan tabiat tidak baik seperti minum arak dan merokok.

Nota :

SubhanAllah, Indahnya kehidupan dalam agama Islam.

** Sumber :  www.awda-dawa.com

Terjemahan Google :

Kajian British bangsal cahaya pada kadar yang tinggi British, yang memeluk agama Islam di United Kingdom, mendedahkan bahawa lebih daripada separuh daripada wanita.

Kajian itu, yang disediakan oleh Universiti, “Swansea”: “bilangan orang-orang yang memeluk agama Islam di Britain telah meningkat daripada 6.000 pada tahun 2001 kepada kira-kira sepuluh ribu pada tahun 2010 dan bahawa 62% dari mereka adalah gadis.”

Bilangan orang yang memeluk agama Islam pada tahun lepas sahaja, 5200 orang, walaupun “Islam fobia” dan wacana politik dan media yang memusuhi Islam.

Kisah seorang gadis British yang memeluk agama Islam

Menurut ke “Al Jazeera bersih,” kata Alex Mani (16 tahun) dari London: “keakraban Islam tidak adalah baru, saya berasa gembira apabila saya telah melawat rakan Bushra Islam saya, 1 Bengali asal, di rumahnya, saya merasakan keluarga bahagia di mana mereka tinggal, dan saya adalah sentiasa Saya tertanya-tanya tentang rahsia semua hal ini, yang membawa bersama ahli keluarganya. “

Beliau menambah: “Dalam sekolah saya saya bertemu iman 1 Muslim asal Mesir, dan saya selalu melawat beliau di rumahnya di London timur, dan meminta ibu saya di rumah” suci “selama dua hari dan bersetuju bahawa bulan Ramadan dan saya ialah semasa saya tinggal saya melihat bapa sebagai dia berdoa dan telah berjaya oleh seluruh keluarga” .

Dia dirujuk kepadanya sepanjang bulan Ramadan, keluarga Arab dilihat melawat rumah iman, dan ia kekal selama dua minggu di rumah keluarga, dan menerima panggilan daripada ibunya dan bertanya jika mereka mahu untuk pergi rumah atau tinggal dengan iman kajian.

Yang ibu terkejut muda, berkata: “Saya telah memeluk Islam percaya saya, ibu saya, dan kemudian membentuk penukaran saya kepada Islam 1 kejutan kepada keluarga dan saya keluarga iman dalam kedua-dua, tetapi ini bertemu dengan galakan yang besar dari keluarga saya selepas mengetahui bahawa saya masuk Islam menjadikan hidup saya sepenuhnya selepas mereka berhenti merokok dan minum arak.

*** Allah Hu Akbar :love:

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] Salam Maulidur Rasul

Sunday, February 5th, 2012

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, bertahlil, ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita kepada nabi junjungan besar kita ? Tentu tidak bukan.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Kita adalah Umat yang terbaik ! Jadi, kita ambil sedikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang kita adakan pada setiap tahun. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.

* Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
** Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Popularity: 1% [?]

0

Biodata Tuan Guru DATO’ DR. HARON DIN

Thursday, January 19th, 2012

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 ( Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer ) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN.

Pendidikan.

• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej – Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah – University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan – ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah – Universiti Darul – Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya.

• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik.

• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Sumber : www.darussyifa.org

Popularity: 2% [?]

0

Punca-Punca Ketenangan Jiwa

Thursday, January 19th, 2012

1.Mentauhidkan Allah SWT secara sempurna.
2.Surah Az-Zumar Ayat : 22. Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya) ? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
3.Surah Al-Anam ayat : 125. Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya [503], nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
4. Orang yang telah diterangi hatinya dengan cahaya Allah SWT.

Popularity: 2% [?]

0

[Video] Imam Al-Mahdi Akan Muncul Apabila Berlaku 2 kali Gerhana Bulan Dalam Sebulan

Tuesday, January 17th, 2012

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] 7 Perkara Menyebabkan Hati Mati

Sunday, January 15th, 2012

Saidina Umar telah berkata :

1. Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2. Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3. Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4. Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5. Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6. Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7. Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 208.

Popularity: 2% [?]

2

[Video] Tentera Amerika Kencing Ke Atas Mayat Taliban

Saturday, January 14th, 2012

Memang laknat tentera2 Amerika ni. Tunggu di Padang Masyar nanti. Sakit hati tengok.

Popularity: 2% [?]

0

[QuickPress] 7 Kerugian Mereka Yang Bakhil

Friday, January 13th, 2012

Abu Bakar As-Siddiq berkata ” Orang yang bakhil atau kedekut tidak dapat terlepas dari salah satu dari tujuh perkara berikut :

1. Ketika mati hartanya akan dihabiskan oleh pewarisnya ke jalan yang tidak diperintah oleh Allah SWT.

2. Allah SWT akan mengutus penguasa yang zalim untuk menyeksanya dan akan merampas hartanya.

3. Allah SWT akan menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta yang dimilikinya.

4. Allah SWT akan mencampak idea pada diri untuk membina bangunan ditempat bencana dan semua harta simpanannya akan musnah.

5. Diantara musibah yang Allah SWT akan timpakan kepadanya adalah banjir, kebakaran, kecurian dan sebagainya.

6. Allah SWT akan menimpakan kepadanya penyakit yang kronik sehingga hartanya dihabiskan untuk merawat penyakit tersebut.

7. Allah SWT akan menjadikan dirinya seorang pelupa sehingga dia lupa pada tempat  yang disimpam hartanya.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 207.

Popularity: 1% [?]

0