Posts Tagged ‘Hadiah Lelaki’

Benarkah Hadiah Paling Diminati Kaum Perempuan ?

Wednesday, July 21st, 2010

Aku tak taulah samada anda, lelaki di luar sana telah ada yang punya, sedang cari untuk dipunya atau tak ada siapa yang sudi untuk dipunya. Tetapi untuk mereka – mereka yang sudah berpunya (isteri, tunang, awekss atau sedang mengayat / ekjas), pernah tak anda terfikir untuk memberi hadiah buat pasangan anda. Tidak kiralah untuk sambutan apa hadiah tersebut. Selalunya, buat yang sedang bercinta, waktu ini lah kaum lelaki rajin memberi hadiah. Sanggup makan maggie selama setengah sebulan semata – mata untuk membelikan hadiah yang “grand” @ erti kata lain barang yang agak mahal buat si dia.

Tetapi bila dah berumah tangga, jangan kan hadiah, tarikh lahir isteri pun silap2  haribulan boleh terlupa, buat kaum Adam / lelaki jangan marah, tapi ni kenyataan yang perlu diakui, tapi tak la semua, ada juga yang baik sampai tak terkira, hingga isteri @ awek sendiri pun tak tau hadiah yang diberi tu sempena apa, sebab setahun sampai 14 kali beri hadiah (ayat nak jaga hati ni) Hikss..

Ok, bercakap tentang memberi hadiah buat gadis / wanita / isteri / awekss yang tersayang, selalunya si lelaki ni kurang peka apa hadiah yang patut diberi. Lelaki selalu beranggapan hadiah yang mahal merupakan pilihan si dia, betul ke ?Aku rasa tak.

Kita cuba lihat, kalau soalan ini ditanya pada lelaki dan wanita, apa jawapan mereka (ni aku kutip dari sebuah forum).

Aku buat kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan.

* Soalannya : Apakah hadiah dari pasangan anda yang paling anda impikan ?

Jawapan dari kebanyakkan perempuan :

1. Barang kemas atau bunga, terutamanya bunya rose.
2. Novel cinta.
3. Ciuman, pelukan, cinta, pendengar yang terbaik, dapat berbual dengan selesa, bunga dan coklat atau pun rantai leher.
4. Barang kemaslah..!!
5. Bunga.
6. Jangan anggap semua gadis atau wanita itu suka dengan bunga atau coklat, bagi saya lebih baik barang kemas melainkan wanita yang dikenali tu memang tak suka barang kemas, pelik sikit nih :)
7. Semuanya bergantung pada seseorang gadis atau wanita itu tapi saya belum pernah jumpa gadis yang menolak bila diberi barang kemas. Haha.
8. Kredit kad yang saya tak perlu fikir tentang nak bayar balik.
9. Kad ATM pun tak saya tak kisah.
10. Frame gambar, lilin yang diukir, losyen atau apa – apa barang untuk gadis.
11. Tiket konsert pun ok kan.
12. Shopping tanpa had.

* Soalannya : Pada pendapat anda apakah hadiah kepada pasangan anda yang paling sedia impikan ?

Ni jawapan bagi kebanyakkan lelaki pula :

1. Bagi hadiah kereta, mesti dia suka. Hehe.
2. Aku hantar bunga setengah kedai pada dia.
3. Saya takkan membelanjakan lebih dari RM20.00 untuk membelikannya hadiah.
4. Teddy Bear atau keychain.
5. Saya belikan apa yang saya mampu pada waktu itu,  saya tak mahu sebab nak berlebih, kemudian saya nampak macam papa kedana dan makan maggie jer.
6. Saya belikan barangan Gucci, Guess, DKNY atau apa – apa saja lah.
7. Bagi bunga yang masih fresh dan wangi.
8. Aku pernah belikan makwe aku kucing sebab dia suka kucing.
9. Tak mahu belikan apa – apa yang bernyawa atau mahal.
10. Ipod, mp3 pun boleh juga..
11. DVD @ CD kot.
12. Kenapa mesti nak beri hadiah, dia tak pernah bagi kat aku hadiah pun..(yang nih memang tak tolak ansur langsung, baik tak payah kapel, hehe)

** Ok, sekarang boleh tak anda bayangkan, yang mana satu jawapan di atas tu sesuai dengan anda atau pasangan anda ? Atau mungkin ada yang lain. Haha  gila ah entri cam nih 1st time dalam blog aku. Aku tak pandai bercinta & aku memang tak romantik. Sebab tu susah awek nak kat aku kadang2. Tapi aku tak kisah pun. Haha.

*** Siyes aku tak reti nak reply komen bab2 nih.

Popularity: 26% [?]