Salam sejahtera, entri yang agak panjang. Mulakan dengan bismillah. Kajian ini memang sangat berguna kepada kita semua sebagai umat Islam. Takbirr !!
Dalam keadaan yang sangat terdesak tetapi sangat terahsia perancangannya, Illuminati sekali lagi cuba menjalankan program teater desperado bagi merealisasikan matlamat ‘lain’.
New World Order ( Illuminati ) So Beware !!
Situasi isu Hari Membakar Al-Quran tidak lebih kepada suatu usaha terancang untuk mempromosikan bakat kepimpinan seorang pemimpin Islam tajaan Illuminati. Dalam erti kata lain, suasana tegang ini dicetuskan untuk memberi populariti kepada seorang hero palsu umat Islam.
Hero palsu ini sudah tentulah akan dinobatkan sebagai pembawa harapan – harapan pemimpin negara Islam lain untuk diketengahkan di tengah – tengah meja rundingan pemimpin dunia. Pemimpin – pemimpin negara Islam juga berharap negara-negara barat yang degil dapat mendengar kata hero palsu ini.
Individu yang dijangka menjadi sandaran besar Illuminati bagi menjalankan dasar – dasar New World Order akan datang ialah Imam Feisal bagi Masjid Ground Zero.
Lakonan ini dilihat terlalu mudah kerana umum mengetahui bahawa cadangan pembinaan Masjid Ground Zero sudah pasti akan mengundang kemarahan rakyat Amerika yang racist.
Bukti 1 : Promosi media anti-Islam terhadap Imam Feisal.
Larry King yang terkenal sebagai rancangan anti-Arab dengan tiba-tiba menjemput Imam Feisal Abdul Rauf pada 8 September 2010 lepas bagi bersoal-jawab tentang pembinaan Masjid Ground Zero.
Selain itu, Imam Feisal adalah satu-satunya Imam yang mendapat publisiti meluas dari media-media massa Yahudi di Amerika seperti CNN, New York Times, Frontline dan lain-lain lagi.
Akhbar pro-zionis milik Yahudi, Washington Post juga melakukan sesuatu yang pelik iaitu memuji-muji Imam Feisal sebagai seorang pemimpin yang sangat toleran dan mementingkan perpaduan kaum. Ini berbeza dengan nada Washington Post sebelum ini yang selalu menyebarkan ideologi anti – Arab.
Pada 12 September 2010, Imam Feisal juga akan dijemput oleh ABC News bersama-sama dengan Austan Goolsbee, Pengerusi bagi White House Council of Economic Advisers.
Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, Imam Feisal pernah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan Amerika yang menceroboh negara-negara Islam Timur Tengah. Agak mencurigakan, kenyataan pedas ini dipromosikan media barat dengan luas malah tiada kecaman langsung dari mana – mana anggota ADL atau ahli-ahli kabinet Obama.
Ia tidak sama seperti Prof Ismail Faruqi yang tidak pernah mengecam melalui akhbar tetapi dibunuh bersama isterinya hanya kerana mengeluarkan idea ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.
Bukti 2 : Pembinaan masjid diluluskan tetapi dibiarkan menghadapi isu kemarahan rakyat.
Ground Zero Map
Seperkara yang membuktikan ia lakonan, Terry Jones sebagai revolusionist tidak pula mengutarakan bantahan ketika Islamic Centre of New York mengemukakan cadangan awal kepada majlis bandaraya New York dalam usaha membina masjid di Ground Zero.
Manakala Imam Feisal tiada langsung kelihatan berusaha untuk berjumpa Terry Jones sebaliknya peranan tersebut diambil sepenuhnya oleh Imam Muhammad Musri, Presiden Islamic Society of Central Florida.
(more…)
Popularity: 4% [?]