Posts Tagged ‘Blog’

Manfaatkan Penulisan Blog Untuk Perjuangan Islam

Saturday, April 2nd, 2011

Manfaatkan Penulisan Blog Untuk / Dalam Perjuangan Islam

Salam. Nih cuma petikan saya ambik dari salah satu suratkhabar di Malaysia. Ada betulnya juga bila baca, tapi harap kepada blogger2 jangan pulak  terasa, sebab saya mahu berkongsi sahaja. Sebab saya pun bukannya baik sangat dan arif pasal agama. Just untuk renungan kita bersama sahaja yer.  Sebab entri2 saya pun banyak juga yang merapu – merapan.

Pada hari ini,kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar pembaca dan rakyat yang ada disekitar kita.

Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun. Hehe, macam saya juga, sebab saya pun jarang update selalu.

“Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog,” tegas beliau.

Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah – kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa. Nota :  Jangan terasa yang ini yer, sebab bukan pendapat saya tetapi pendapat seorang ustaz. Macam saya kata tadi cuma untuk renungan sahaja.

Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.

“ Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing – masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini. ”

Nabi Muhammad S.A.W dahulu, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda.

Ini adalah pendapat dari Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

* Siggy Typo tu silap ayat – dalam, actually – untuk, malas nak alter lain, terlupa buatkan dalam bentuk psd tadi. Kalau nak siggy / business card PSD tu boleh download di sini.

Popularity: 2% [?]

2

Apa Itu Tumblr Dan Sejarah Tumblr

Saturday, March 19th, 2011

Saja google pasal Tumblr sebab sekarang nih asyik duk reblog saja. Jadi addict pulak saya dengan Tumblr sekarang nih.

Apa Itu Tumblr.

Tumblr adalah sebuah layanan tumblelog yang mengizinkan penggunanya untuk memposting tidak hanya tulisan, tetapi juga mengizinkan penggunanya untuk memposting foto, quote, video, chat, audio, dan link. Feature Tumblr yang memperbolehkan para pengguna untuk memposting foto biasa digunakan oleh para pengguna tumblr untuk membuat sebuah photoblog. Terdapat feature khusus yang ada pada Tumblr iaitu, pengguna tumblr dapat membuat blog yang bersifat peribadi. Postingan tersebut hanya boleh dilihat oleh pengguna itu sendiri atau pengguna lain yang ditunjuk atau dipilih oleh pengguna yang memiliki account tersebut untuk dapat melihat blog peribadi ini. Pengguna dapat melihat kiriman tulisan, foto, quote, video, chat, audio, dan link melalui website tumblr.com.

Sejarah Tumblr.

Pada tahun 2007, seorang pengusaha internet muda yang bernama David Karp telah menciptakan Tumblr. Dia menciptakan tumblr di Jepun ketika berumur 19 tahun. Kemudian setelah menciptakan tumblr tersebut, dia juga menemukan sebuah kata baru yang akan digunakan pada layanan tumblr iaitu “Tumblelog”. Tumblelog memiliki erti iaitu bentuk pendek dari blogging atau mengarah ke dalam bentuk miniblog. Pada tumblelog, layanan ini hanya dapat mengirimkan satu perkataan pendek saja, berbeza dengan blog – blog yang ada. David Karp kagum dengan bentuk baru blogging ini, kemudian dia berkata akan menunggu untuk salah satu platform blog yang sudah siap agar para pengguna dapat mengatur sebuah platform. Tetapi, setelah satu tahun lamanya hal tersebut tidak terjadi juga. kemudian David karp sendirilah yang akhirnya turun tangan untuk menyelesaikan platform blog tersebut. Tumblr dilancarkan pada 1 November dan versi beta telah dilancarkan beberapa bulan sebelumnya.

David Karp : Pengasas Tumblr

 

Hendak tahu lebih lanjut pasal Tumblr boleh rujuk di Wikipedia Tumblr.

* Tumblr saya carnine9.tumblr.com. Meh la follow2, kita pakat2 re-blog.

Popularity: 6% [?]

[CONTEST] Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Monday, February 21st, 2011

Assalammualaikum.

Contest 2011 : Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Pada tahun nih iaitu 2011, inilah contest pertama saya join. Sahaja cuba nasib & rezeki untuk tahun nih. Mana tahu kan rezeki, sebelum ni ada juga join beberapa contest dari rakan2 blogger yang lain, saya cuma bertuah sekali sahaja. Hehe. Seronok juga bila rasa menang contest. Hmmm  contest nih di beri nama Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 yang di anjurkan oleh saudara pemilik blog 2dayblogger.com.  1st time bagi saya join contest bab2 design. Sebab kepakaran mengedit, berphotoshop kurang mahir lagi. Tapi tak pe saja cuba try test 8)

Mengapa saya join contest ini ?

(more…)

Popularity: 5% [?]

[PERSONAL] Terima Kasih Nuffnang

Tuesday, December 7th, 2010

Gambar Bagi Gelap & Jauh Sebab Malu : 1st Time Terima Cek Nuff

Alhamdullilah. Terima kasih Nuffnang :)   1st time terima  cek. So saya rasa happy jugak. Walaupun tak banyak, saya bersyukur. Ye la kan, lagipun saya tak pandai sangat berblog. Tapi bila dapat cek nih saya rasa memang tak sia2 on9. Berblogging satu kepuasan bila dapat update then kalau ada rezeki dapat pula duit.  Kira ok banyak la tu kan ? betul tak. Huhu.

(more…)

Popularity: 3% [?]

[CONTEST] GiveAway Domain From Melromeo.Com

Tuesday, November 2nd, 2010

Contest 2010 GiveAway Domain Dari Melromeo.Com

Salam. Yeeahhh contest menarik kembali lagi, kali nih saudara MelRomeo pula menganjurkan sebuah contest yang amat menarik buat saya. Terus hati tertambat dengan contest ini setelah saya di tag oleh rakan blogger dari utara juga iaitu saudara SyahrilHafiz. Tq bro.  Contest ini memang amat mudah, padat dan penuh bergaya. Yang paling bestnya cara pemenang di pilih secara rawak iaitu meggunakan Random.Org. Macam kira luck juga lah contest nih.

Hadiah memang menarik. Satu domain .com/ .net/ .org kepada seorang bakal pemenang.

Kalau yang sudah ada domain tu boleh tambah lagi satu domain kan, buat koleksi ker, bagi kat awek ker, adik ker. Kalau yang belum mempunyai domain lagi, boleh letak kat blogspot ker kan. Nak pakai WordPress ? Haaaa, kalau ada rezeki lebih sikit, cuma perlu beli hosting saja. Terus leh guna WordPress.  Ada domain sendiri nih syok. Bukan kita nak menunjuk – nunjuk, tapi kepuasan tu. Lagi satu trademark. Betul tak ?

GiveAway Domain Dari MelRomeo.Com.

Menang 1 Domain .Com/ .Net / .Org

Tag 5 orang kawan BLOGGERS :

1. Wazy84.Com

2. AzizanKadir.Com

3. Cybernetic88.Com

4. AyieBlog.Com

5. SeniAku.Com

* Syarat2 boleh lihat di blog beliau, Melromeo.Com. Tarikh tutup penyertaan pula pada 30 November 2010. Jum kita sama2 meriahkan contest nih. Gudluck juga kepada sesiapa yang join.

** Tuah ayam nampak di KFC, tuah manusia sapa yang tahu kan ? Tapi bukan Hang Tuah yer.. hehe.

Popularity: 5% [?]

WordPress Plugin All In One SEO Pro Version Percuma

Thursday, October 7th, 2010

Salam. Quick update. Lappy pun tak siap lagi. Agak susah update dengan PC nih. Agak slow bila update blog WordPress. Tapi saya bersyukur sebab dapat online juga.

Hmm baiklah, anda berminat dengan SEO ? ataupun dikenali sebagai Search Engine Optimization. Saya pun tak berapa tahu sangat pasal SEO. Tapi bagi saya ia amat penting juga untuk keyword sesebuah blog. Sebab apa yang saya tahu, blogging memang perlukan keyword untuk dapatkan traffic. Ingin mendapat keterangan lebih lanjut tentang SEO boleh lawati blog saudara MohdIsa.Com. Rakan baik saya, cuma tak pernah tidor sekali jer. Hehe.

Ok, di sini saya ingin kongsi kan Plugin WordPress All In One SEO pack Pro Version. Kalau yang selalu kita guna Version biasa sahaja. Bagi sesiapa yang belum ada plugin nih lagi, boleh muat turun secara percuma di sini. Sebab apa yang saya tahu, plugin pro version nih bukan percuma. Memang kena bayaran. Kalau tak silap harganya mengikut matawang Dollar $39.  Mahal bukan ?

Boleh muat turun secara percuma di last entri. Saya sediakan link download MediaFire.

Antara2 ciri plugin all In One SEO Pro Version nih ialah ( English ), agak malas nak translate sedikit sebab takut salah translate nanti hehe :

Custom Taxonomy support :

  • Advertisement-free
  • Ideal for Developers and Firms using the plugin on client sites
  • Support Forum
  • Advanced notice of new features, updates, functionality

The All in One SEO Pack – Pro Version has been a vital tool in managing the search engine optimization strategy for our websites, utilizing the automated tools in it has saved us countless hours and headaches in performing the necessary SEO functions of our sites. - Dan Milward, Instinct CEO, creator of WP e-Commerce.

Additional Features :

  • Canonical URL.
  • Fine tune Page Navigational Links.
  • Built-in API so other plugins/themes can access and extend functionality , ONLY plugin to provide full SEO Integration for WP e-Commerce site.
  • Nonce Security.
  • Support for CMS-style WordPress installations.
  • Automatically optimizes your titles for search engines.
  • Generates META tags automatically.
  • Avoids the typical duplicate content found on WordPress blogs.
  • For beginners, you don’t even have to look at the options, it works out-of-the-box. Just install.
  • For advanced users, you can fine-tune everything.
  • You can override any title and set any META description and any META keywords you want.
  • Backward-Compatibility with many other plugins, like Auto Meta, Ultimate Tag Warrior and others.

Banyakkan function2 plugin ni. Plugin nih hanya untuk pengguna WordPress sahaja. Cara2 install plugin rasanya semua dah tahu. WP Content > Plugin then upload ke situ, activate kan plugin.

Boleh muat turun Plugin All In One SEO Pack Pro Version secara percuma di sini.

Download :

All In One SEO Pro Version WordPress Plugin

Popularity: 7% [?]

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 1st, 2010

Assalammualaikum.

Nak try ayat skema. Aku nak try belajar penulisan bagi better skit dari hari ke hari.  Entri ringkas, tapi tak menarik.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin (E-card Raya Tak Seberapa Dari Aku Untuk Semua Kenalan)

Mungkin entri nih terlalu awal untuk aku publish. Salah satunya aku update awal2 nih, sebab pada tahun lepas, sebelum Raya, kalau tak silap aku,  aku tak buat pun @ malas nak buat entri berkaitan dengan ucapan Selamat Hari Raya. Rasa tak best plak. So pada tahun nih, aku buat awal. Takut bila duk biar lama2, jadi malas plak nanti. Then terbantut nak update. Sebab nih lah aku buat awal2. Prob lappy satu hal.

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10hb nih (10hb September 2010), jatuh pada hari Jumaat. So di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf  Zahir Dan Batin buat semua rakan2 yang aku kenali tak kira samada di alam maya, luar mahupun dalam. Aikk, apa yang dalam tu Nine? Ntah aku pun tak tau nak jawab. Aku sentiasa happy dengan anda semua. Sentiasa buat aku tersenyum selalu. Kadang2 aku duk berangan sebelum tido, kita ramai2 duk lepak sekali dalam bilik. Duk sembang2 sekali. Pelik dak aku berangan  :) ?sebab aku dah tak macam dulu, aku dah jarang keluar lepak2. Asyik terperap jer. Umur aku dah semakin meningkat tua. Aku harap  semoga anda semua berada dalam situasi yang menggembirakan gak. Tak kira di mana korang berada. Terima kasih aku ucapkan. Selamat Hari Raya lah buat semua. Kalau ada salah silap, terkasar bahasa, termengurat ka,  maafkan daku. Kadang2 ada jugak aku melawak kasar dengan anda semua.

(more…)

Popularity: 6% [?]

[CONTEST] Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Sunday, August 29th, 2010

Salam. Hehe. Gelak dulu sebelum mulakan ayat. Saja nak buat style baru.

Contest 2010 : Menang Duit Raya Sehingga RM200 Dari Cdiqlife

Nih saja2 join contest dari saudara cdiqlife.com. Nickname beliau di alam maya, Haru. Saja2 cuba nasib lagi. Banyak gak la aku join contest dari blogger2 lain sebelum nih. Contest nih di namakan  contest menang duit raya sehingga rm200. Kalau dalam cheque, dia tulis  ” dua ratus ringgit  sahaja “. Bab2 duit free nih memang aku pulun sikit. Sapa yang tak mau duit. Ada duit semua jalan. La nih benda semua bukan free. Nak pi kencing kat toilet pun kena 3 kupang dah la nih.

Saudara cdiq nih dari Unimap Perlis. Student situ. Aku kenal pun kat alam maya jer walaupun aku nih orang Perlis gak. Tak nah jumpa lagi. Harap2 suatu nanti akan jumpa beliau jugak,  sebab contest yang beliau anjurkan nih, aku lah bakal pemenangnya itewww, dapat nombor 1, lagi  senang beliau nak bagi duit raya tu hand by hand siap ngan sampul duit raya yang cun. Baru la nampak kemeriahan raya sikit. Hehe. Melawak ja yang nih.

Sebenarnya, contest yang beliau anjurkan nih sempena pemindahan “rumah baru” beliau sebagai blogger tegar, dari platform Blogspot ker WordPress. Tahniah.

Ok la, tak nah celoteh panjang dah , terus ke contest cdiq kenapa dia perlu bagi duit raya kat aku.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com sebab raya tahun nih saya dapat anak saudara sorang lagi. Jadi saya ada dua orang anak saudara tahun nih. Saya jer masih takde anak, sebab acuan takde lagi. So kalau saya dapat duit raya dari saudara cdiq nih, saya nak belikan baju raya dan kasut crocs untuk diaorang. Sebab masa raya time saya kecik2 dulu, parents yang tolong belikan untuk saya, tak silap saya brand abibas dan poma (Made in Thailand). Sekarang saya dah besar panjang tapi rendah, so giliran saya pulak untuk belikan kat diorang. Tapi kalau diorang kata takpe lak pakcik Nine (panggilan saya dari diorang), kami tak perlukan duit raya buat masa sekarang sebab kami masih kecik lagi dan kesian kat pakcik Nine sama, pakcik Nine guna lah duit tu dulu yer. Buat beli hosting ker, domain ker, kami tahu pakcik Nine minat semua tu kan. Sebab kami tengok pakcik duk mengadap pc jer hari2. Buat benda yang sama. Kalau tak buka belog, buka redtube youtube. Teruk jugak pakcik kami sorang nih yer, nasib baik pakcik tak kawen lagi  (kata diorang kepada saya, tapi dalam hati je, sebab diorang tahu saya garang). Haa, nampak tak  ? anak saudara saya pun boleh tahu mengapa saya memang perlukan duit contest nih, paham2 jer la noo. Merapu giler slogan aku =( =(

Hadiah Idea Kreatif :

  • Tempat pertama : RM100.
  • Tempat kedua : RM30.
  • Tempat ketiga : RM20.
  • 2 hadiah saguhati : RM10.

Hadiah Blog Referral Terbanyak :

  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10.

Tarikh Tutup Penyertaan :

  • 19/09/2020 iaitu seminggu selepas raya.

* Kalau nak tahu lebih lanjut syarat2 anjuran contest beliau kat sini.

** Banner contest ini yang  bersaiz 125px X 125px (Cdiqlife contest, warna kuning) ada di bawah bahagian comment form. Click jer senang, kalau tak click anda tak menang  :) .

*** Nih mungkin penyertaan pertama contest dari cdiq di blog gapura . IsyaAllah kalau berkesempatan, aku nak try di blog satu lagi.

**** Aku  perlu mendapatkan rawatan Medula Oblaganta dan Serebrum secepat mungkin .

Popularity: 7% [?]


side digi award 120 Banner