Posts Tagged ‘Blog’

[Video] Tentera Amerika Kencing Ke Atas Mayat Taliban

Saturday, January 14th, 2012

Memang laknat tentera2 Amerika ni. Tunggu di Padang Masyar nanti. Sakit hati tengok.

Popularity: 2% [?]

0

Subwoofer Sonic Gear Pilihan Ku

Friday, August 12th, 2011

Salam.

Yayy dapat gaji. Ada bonus sikit bulan nih. Alhamdullilah. Tadi lepas solat jumaat , saya sambar lagi satu subwoofer untuk lappy saya. Hari tu beli untuk PC. Subwoofer PC dah jual kat Mudah.My. Brand Edifier M1310. Ada orang beli. COD jer kat tempat saya. Yang Lappy sebelum nih guna Altec Lansing BXR1121. Lama dah beli, tahun 2008. Tak jual, sebab guna untuk iPod saya.

Sonic Gear Armageddon A5 ( PC )

Saya suka bab2 speaker nih. Sebab rajin dengan lagu / MP3 bila online. Pilihan saya kali nih, saya ambik brand Sonic Gear pulak. Saja nak try rasa dentuman dia. Memang best dan terbaik. PC saya pakai soundcard Creative Sound Blaster. Lappy memang tak boleh letak soundcard. Tapi kira ok sebab Subwoofer bass kuat.

Agak puas hati dan memang tak tukar dah sampai rosak. Memang akan jaga elok2.

Sonic Gear Armageddon A3 ( Lappy )

Tempat saya barang2 komputer agak mahal sikit dari KL. Kalau kat Lowyat memang boleh dapat murah. A5 saya beli RM269, A3 saya dapat RM180 saja.

Tapi yang best bila dengar kat OS Ubuntu. memang masyukk bunyi. Bass, Treble boleh control. Then ada remote. Remote untuk volume.

Pendapat saya, memang tak rugi dengan barang Sonic Gear nih. Memang terbaik. Dulu saya minat Altec Lansing, tapi sekarang dah bertukar. Lagipun design dia pun cantik.

Tahan memang tahan. Nampak kukuh. Warna pun ok. Tapi Sonic Gear keluar berbagai jenis. Yang EVO pun cantik. Boleh Google tengok. Macam2 jenis ada. Saya suka Armageddon lagi :)

(more…)

Popularity: 9% [?]

Mumble Less Monday #1 : I Love Photos

Monday, July 25th, 2011

Saya selalu bertanya pada diri sendiri ketika dahulu, mengapa ramai orang suka bergambar ? Salah satu sebabnya ialah gambar itu akan menjadi kenangan yang indah dan juga tidak dapat di lupakan. Mengingatkan kita kembali pada zaman itu. Sebab itu pentingnya bergambar ini, dan zamn sekarang ini, camera bukan lagi benda yang mewah, tetapi benda yang wajib ada pada setiap orang. Rasanya lah.

Pendek jer =(

Popularity: 2% [?]

0

Wordless Wednesday #3 : Awan Biru

Wednesday, June 8th, 2011

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘ wordless ’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Read more: wiki.answers.com

Popularity: 2% [?]

Kehidupan Hamba Zaman Sekarang

Wednesday, June 1st, 2011

Asslamualaikum.

Apa khabar anda semua ? Didoakan agar kita semua sihat sejahtera dan dapat terus teguh untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang hamba kepada Allah.

Sesungguhnya martabat sebagai seorang hamba ini adalah suatu pangkat dan kedudukan yang tertinggi bagi seorang makhluk Allah.

Maknanya perkara yang terbaik untuk kita lakukan dalam kehidupan ini adalah bergantung kepada sejauh mana kita mempersiapkan amalan itu untuk disembahkan kepada Tuhan manusia iaitu Allah.

Semakin tinggi pengharapan kita kepada Allah di dalam sesuatu amalan, semakin baiklah amalan tersebut. Begitulah sebaliknya jika semakin jauh kita daripada mengharapkan pandangan Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin buruk dan kosong amalan-amalan itu.

Walaupun amalan tersebut kita memandangnya sebagai sangat sedikit dan ringan, boleh jadi itu hanyalah ringan pada pandangan kita yang memandang. Bukan pandangan Allah yang akan membalas.

Cubalah anda semak kitab-kitab hadis yang muktabar, bukankah di sana ada menceritakan tentang ganjaran-ganjaran yang hebat walaupun dengan melakukan kebaikan yang kita pandang sangat ringan. Ada kan ? Cuma kita yang jarang belajar.

Kuncinya adalah ikhlas kerana Allah.

Tetapi jika anda masih mahu melakukan sesuatu amalan supaya dilihat oleh manusia, maka itu terserahlah kepada diri anda sendiri. Cuma anda beringatlah, untuk apa sebenarnya anda hidup ini.

Hidup kita di dunia ini akan berakhir. Hidup di akhirat itu kekal. Semoga kita beringat selalu dengan perkara ini.

* Dua syarat untuk amalan diterima adalah diniatkan kerana Allah dan amalan tersebut diamalkan mengikut cara yang diajar oleh agama.

Popularity: 2% [?]

0

Terima Kasih @ZiccoTees | Social Network Tees

Monday, May 23rd, 2011

Salam hormat kepada rakan2 blogger. Harap semuanya sihat2 belaka.

#FollowFriday & Tweet @carnine9 Tees

Nak update entri personal.  Lama tak update pasal personal. Suka gak blog2 yang entri personal. Nanti bila2 dah tua, boleh baca balik. Cuma hari nih keadaan dan mood saya agak stress dengan kerja. Kerja syif maaa, memang Ubuntu sikit otak jadi nya. Kilang lak tu. Buat camner, rezeki kat sini. Terima dan bersyukur je lah kan.

Ok, berbalik kepada entri ni, saya cuma nak upload pic T-Shirt kegemaran saya yang saya order di website ZiccoTees. Ada dua helai T-Shirt Twitter dan juga sehelai T-Sirt Ubuntu.

Kain memang superb. Tak rugi dan takkan nyesal rasanya jika anda order. Harga pun cukup murah, cuma RM39.90 sahaja. Postage asing. Tapi kira ok kan. Contoh order hari Isnin, maybe akan sampai hari Rabu @pun Khamis.

Ubuntu Tees ( Depan )

 

Kalau masih tak paham nak add to cart T-Shirt to, boleh jer email kat ija@zicco.com.my, lagipun bila kita order, memang akan automatic invoice send kat email kita. Tapi nak senang , register dulu kat website Zicco tu. Phone diorang pun boleh. Ada kat bahagian contact di website ZiccoTees. Bank In diorang guna account Maybank. Senang jer. Lepas Bank In , email jer Ija cakap dah Bank In. Saya buat macam tu.

Ubuntu Tees ( Belakang )

Yang Ubuntu Tees nih , custome made. Hantar design sendiri yang kita mahu. Boleh juga macam tu. Yang penting hantar pic yang High Resolution dan font apa yang kita mahu. Boleh jer bagitahu dan send kat invoice email selepas buat order. Diorang akan print ikut kehendak kita. Memang puas hati. Sebab tu best dan saya suka. Harap2 ZiccoTees nanti buat T-Shirt warna hitam pula. Warna Hitam bagi saya lawa. Tak mudah kotor salah satu faktor saya suka.

#Tweeter Meet Up 23 Oct Twitter Tees. Belakang Ada Peta Foursquare.

Yang ni pula, T-Shirt pertama saya order kat Zicco. Duk tengok ramai blogger pakai. Saya jadi berkenan pulak. Cantik, dan belakang ada peta Foursquare. Masa nih, saya tak tahu lagi pasal laman web Design Tees. Tanya Lizarazak & Ieyra kat Twitter. Then diaorang tweet @ZiccoTees. Baru saya tahu. Hehe.

Setakat sekarang, baru ada 3 helai jer T-Shirt Social Network nih. InsyaAllah kalau ada rezeki saya nak order Facebook Tees lak. Suka kumpul T-Shirt macam nih pulak sekarang. Keluar pakai dengan short pants jer malam2 best. Lagipun saya kumpul duit Nuffnang untuk T-Shirt nih.

BDW, Thanks sangat2 kepada pihak Zicco sebab buat & jual T-Shirt2 macam nih. I LIKE !! :)

Pos Laju Dari Pihak @ZiccoTees :)

 

Update personal, entri ringkas jer. Kalau ada typo entri nih bagitau, sebab dalam keadaan kalut taip. Thanks &  Salam.

Popularity: 3% [?]

8

Segmen Khas Ar-Rifke | Jom Review Blog Bersama Aried !

Tuesday, May 17th, 2011

Contest Review Blog Aried 2011

 

Update untuk contest blog 2011 dari saudara Aried. Seorang tenaga pengajar yang suka mengajar dalam bidang pelajaran untuk pelajar – pelajar. Hehe. Di anugerahkan  Cikgu terbaik dan cemerlang Malaysia tahun 2011. Kali nih beliau telah menganjurkan contest semudah a,b,c sahaja. Hadiah pun lumayan. 3 tiket penerbangan ke Disneyland, Hong Kong selama seminggu dan wang tunai berjumlah RM5000 kepada setiap penyertaan contest blog beliau ( nih saya melawak ja noo ) :o: .3 pemenang bertuah akan di pilih secara rawak. Just copy ayat di blog beliau. Tak percaya ? Boleh rujuk di sini. Tarikh tutup beliau akan umumkan kemudian.

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini ! Sama – sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger – blogger lain juga.

 

* Ni ja yang nak update. Ringkas. Moga2 saya bertuah dalam contest nih. Amin 8)

Popularity: 2% [?]

5

Cara Kumpul Subcriber Menggunakan Feedburner

Tuesday, May 3rd, 2011

RSS Feedburner Icon

 

Mungkin ada yang masih belum menggunakan feedburner dan mungkin ada yang tidak tahu apa kegunaannya.

Kalau pada kebiasaan, IM biasanya menggunakan autoresponder untuk emel update-update terbaru mengenai produk manakala dengan blog kita menggunakan Feedburner sebagai medium untuk memberitahu kepada subcriber blog kita mengenai update terbaru diblog kita.

Just Another Blog

Di sini saya akan berikan beberapa tips untuk menarik minat pembaca blog untuk subcribe :

1. Pastinya anda sendiri tidak akan lama untuk berada diblog yang tidak kemas dan berserabut. Jadi 1 impression kena baik dan blog perlu nampak menarik dan mudah untuk dibaca.

2. Pastikan artikel-artikel blog anda, apabila pembaca datang rasa blog anda mempunyai tip yang menarik untuk mereka datang lagi untuk membaca.

3. Jangan mengharapkan blog anda untuk mendapat ramai subcriber jika hanya mempunyai beberapa blogpost. Jadi perbanyakkan blogpost dahulu.

4. Pastikan anda ruangan subcribe berada ditempat yang mudah untuk dilihat. Contoh letak di bahagian kanan paling atas.

5. Jika blog anda masih baru, cari rakan-rakan yang juga baru berblog dengan cara bertukar-tukar subcribe. Ini bukan apa, pembaca biasanya lebih mudah untuk subcribe blog yang mereka nampak jumlah subcriber sudah ramai. Jadi, untuk mula-mula ni suh aja la sapa-sapa untuk subcribe blog anda untuk memulakan langkah pertama.

6. Jika subcriber belum cukup banyak contohnya bawah dari 50, tak perlu lah untuk anda letakkan reader counter sebab macam tak menarik je kan ? Ini terpulang kepada anda.

7. Jika blog anda masih baru, jangan terlalu banyak dengan iklan yang perlbagai bentuk dan pelik-pelik. Sebab untuk blog baru misi utama adalah untuk mencari subcriber dan apabila subcriber semakin ramai barulah jumlah pelawat akan bertambah.

Pelawat = Traffic = Duit .

8. Memberi tawaran kepada subcriber blog anda sesuatu. Sebagai contoh jika blog anda mengenai buat duit di internet anda boleh tawarkan ebook percuma mengenai website – website yang boleh menjana pendapat di internet. Tetapi untuk cara ini anda perlu emel satu persatu kerana feedburner bukanlah autoresponder.

** Tips dari RahsiaBlogger.

Popularity: 2% [?]

5