Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Wordless Wednesday #9 : Happy Eid Al-Adha 1432 H

Wednesday, November 9th, 2011


Eid al-Adha is an Islamic festival to commemorate the willingness of Ibrahim (also known as Abraham) to follow Allah’s (God’s) command to sacrifice his son Ishmael. Muslims around the world observe this event. At the end of the Hajj (annual pilgrimage to Mecca), Muslims throughout the world celebrate the holiday of Eid al-Adha (Festival of Sacrifice). - Eid Al – Adha

Popularity: 2% [?]

2

AC/DC : You Shook Me All Night Long

Thursday, July 7th, 2011

Members :

  • Brian Johnson
  • Angus Young
  • Malcolm Young
  • Cliff Williams
  • Phil Rudd

 

You Shook Me All Night Long Lyric

Download MP3 :

AC/DC : You Shook Me All Night Long

AC/DC Website

 

Mood : Malas buat sementara waktu :o:

Hmmm AC/DC Rock band dari Aussie tapi top di seluruh negara. Band Old Skool. Banyak lagu diorang jadi OST untuk Film2 terutama Film Iron Man.

Popularity: 2% [?]

0

Nombor Plat Kenderaan Cantik Untuk Di Jual – RC21

Sunday, March 13th, 2011

Quick update. Anda berminat untuk memiliki nombor plat kenderaan 2 angka ? Disini, saya ingin menjual nombor plat 2 angka. Nombor plat ini berdaftar bagi negeri Perlis, iaitu RC21. Nombor plat nih masih lagi nama saya. Boleh rujuk di JPJ kalau tak percaya.

Saya ingin menjual nombor plat ini sebab motor nih saya dah tak naik lama dah. Terbiar di rumah abang saya di Perlis (seperti dalam gambar). Saya pikir punya pikir baik saya jual. Saya akan jual nombor plat ini berserta motosikal sekali. Motor lama, Yamaha SS 110 cc warna biru. Motor masih boleh di gunakan lagi.

RC21 : Pandangan Belakang (Yamaha SS)

Harga nombor plat ini saya hendak jual sekali dengan motor sebanyak RM11,000. Harga boleh di runding lagi InsyaAllah. Kawan2. Ini berita tak tipu, pada tahun 2007 , ada seorang Cina dari Johor hendak beli nombor plat ini sebanyak RM8,000. Tapi masa tu saya tak pikir untuk jual lagi. Dia menghantar surat ke alamat rumah saya pada masa tu. Mungkin dia tahu alamat saya melalui JPJ kut. Semak nombor plat dan owner motor ini.

RC21: Pandangan Hadapan (Yamaha SS)

(more…)

Popularity: 24% [?]

Kelebihan Bulan Ramadhan

Saturday, August 28th, 2010

Nak merapu jap, maaf, aku tak sempat reply komen2 lagi dan juga blogwalking buat sementara waktu nih. Dugaan baru datang pulak, dugaan di bulan puasa, screen lappy aku kadang2 flickering lagi, tapi tak selalu jadi dan tak teruk sangat. Masih ok. Baru semalam jer jadi (on9 tak sampai 1 jam pun). Hari tu dah hantar kedai , dah ok, nih jadi pulak. Tak berapa nak best bila on9, sebab kadang2 screen luppp blank terus. Nih, kadang2 aku guna pc. Takpe, nanti aku akan hantar kedai. Kasi ok balik. Yang pasti aku tak pi dah kat kedai “hanya aku nak install software saja, tiba2 macamana webcam boleh hilang tanpa sebab, aiyakkk“. Sabar itu separuh daripada Iman, Dengki itu sifat Syaitan :) Artikel nih aku google, n jumpa. Duk cari dari semalam lagi,  pasal keajaiban bulan Ramadhan. Jumpa, tapi dalam Bahasa Indon. Takpe dapat yang nih pun ok, janji boleh update walaupun copy n artikel agak panjang, ketagih beb. Hehe. Suka pasal keyword sama la nih. Cheywahh.

Sebelum tu apa kata anda layan dulu,  video awek  hilang sabar. Bila emosi terganggu macam2 perkataan keluar. Kesian2, tapi kalau sabar n diam dulu lagi ok kut.

Sempat Buat Typo

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu – pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. – Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi -

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi -

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik, Ahmad dan Baihaqi -

(more…)

Popularity: 5% [?]

Benarkah Hadiah Paling Diminati Kaum Perempuan ?

Wednesday, July 21st, 2010

Aku tak taulah samada anda, lelaki di luar sana telah ada yang punya, sedang cari untuk dipunya atau tak ada siapa yang sudi untuk dipunya. Tetapi untuk mereka – mereka yang sudah berpunya (isteri, tunang, awekss atau sedang mengayat / ekjas), pernah tak anda terfikir untuk memberi hadiah buat pasangan anda. Tidak kiralah untuk sambutan apa hadiah tersebut. Selalunya, buat yang sedang bercinta, waktu ini lah kaum lelaki rajin memberi hadiah. Sanggup makan maggie selama setengah sebulan semata – mata untuk membelikan hadiah yang “grand” @ erti kata lain barang yang agak mahal buat si dia.

Tetapi bila dah berumah tangga, jangan kan hadiah, tarikh lahir isteri pun silap2  haribulan boleh terlupa, buat kaum Adam / lelaki jangan marah, tapi ni kenyataan yang perlu diakui, tapi tak la semua, ada juga yang baik sampai tak terkira, hingga isteri @ awek sendiri pun tak tau hadiah yang diberi tu sempena apa, sebab setahun sampai 14 kali beri hadiah (ayat nak jaga hati ni) Hikss..

Ok, bercakap tentang memberi hadiah buat gadis / wanita / isteri / awekss yang tersayang, selalunya si lelaki ni kurang peka apa hadiah yang patut diberi. Lelaki selalu beranggapan hadiah yang mahal merupakan pilihan si dia, betul ke ?Aku rasa tak.

Kita cuba lihat, kalau soalan ini ditanya pada lelaki dan wanita, apa jawapan mereka (ni aku kutip dari sebuah forum).

Aku buat kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan.

* Soalannya : Apakah hadiah dari pasangan anda yang paling anda impikan ?

Jawapan dari kebanyakkan perempuan :

1. Barang kemas atau bunga, terutamanya bunya rose.
2. Novel cinta.
3. Ciuman, pelukan, cinta, pendengar yang terbaik, dapat berbual dengan selesa, bunga dan coklat atau pun rantai leher.
4. Barang kemaslah..!!
5. Bunga.
6. Jangan anggap semua gadis atau wanita itu suka dengan bunga atau coklat, bagi saya lebih baik barang kemas melainkan wanita yang dikenali tu memang tak suka barang kemas, pelik sikit nih :)
7. Semuanya bergantung pada seseorang gadis atau wanita itu tapi saya belum pernah jumpa gadis yang menolak bila diberi barang kemas. Haha.
8. Kredit kad yang saya tak perlu fikir tentang nak bayar balik.
9. Kad ATM pun tak saya tak kisah.
10. Frame gambar, lilin yang diukir, losyen atau apa – apa barang untuk gadis.
11. Tiket konsert pun ok kan.
12. Shopping tanpa had.

* Soalannya : Pada pendapat anda apakah hadiah kepada pasangan anda yang paling sedia impikan ?

Ni jawapan bagi kebanyakkan lelaki pula :

1. Bagi hadiah kereta, mesti dia suka. Hehe.
2. Aku hantar bunga setengah kedai pada dia.
3. Saya takkan membelanjakan lebih dari RM20.00 untuk membelikannya hadiah.
4. Teddy Bear atau keychain.
5. Saya belikan apa yang saya mampu pada waktu itu,  saya tak mahu sebab nak berlebih, kemudian saya nampak macam papa kedana dan makan maggie jer.
6. Saya belikan barangan Gucci, Guess, DKNY atau apa – apa saja lah.
7. Bagi bunga yang masih fresh dan wangi.
8. Aku pernah belikan makwe aku kucing sebab dia suka kucing.
9. Tak mahu belikan apa – apa yang bernyawa atau mahal.
10. Ipod, mp3 pun boleh juga..
11. DVD @ CD kot.
12. Kenapa mesti nak beri hadiah, dia tak pernah bagi kat aku hadiah pun..(yang nih memang tak tolak ansur langsung, baik tak payah kapel, hehe)

** Ok, sekarang boleh tak anda bayangkan, yang mana satu jawapan di atas tu sesuai dengan anda atau pasangan anda ? Atau mungkin ada yang lain. Haha  gila ah entri cam nih 1st time dalam blog aku. Aku tak pandai bercinta & aku memang tak romantik. Sebab tu susah awek nak kat aku kadang2. Tapi aku tak kisah pun. Haha.

*** Siyes aku tak reti nak reply komen bab2 nih.

Popularity: 24% [?]

Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai

Thursday, April 8th, 2010

Kedua – dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.

Yang menyedihkan ialah kedua- duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar – gambar dua lelaki ini dilekat di merata – rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.

Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua – dua Yahudi ini ada di dalam bilik – bilik asrama mereka. Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail – fail kuliah, dilekat dihadapan kulit – kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju – baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah – wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama – nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.

Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya :woot: .

David Beckham

1.Keyahudian David Beckham.

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

(more…)

Popularity: 7% [?]