Archive for the ‘Sahabat’ Category

[QuickPress] Sejuta Rahmat Allah SWT Bersama Anda Ketika Sakit

Monday, January 9th, 2012

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman,

” Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

* Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.

Popularity: 1% [?]

0

[Video] Tentera Amerika Membunuh Biri-Biri Dengan Ketukan Besi

Friday, January 6th, 2012

 
Apa nak jadi dah dengan dunia akhir zaman nih.. isk2….takut saya dibuatnya. Ada juga manusia yang tak berakal macam nih jugak yer.

Popularity: 1% [?]

0

10 Mayat Yang Tidak Akan Reput

Monday, November 21st, 2011

10 Mayat Tetap Segar Bersemadi.


Disebutkan oleh Hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

  1. Para Nabi-Nabi.
  2. Para Ahli Jihad Fi Sabilillah.
  3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
  4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
  5. Para Penghafal Al-Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
  6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
  7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
  8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak  serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
  9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
  10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Allah Hu Akbar.

Popularity: 2% [?]

0

21 Kejayaan Dunia Dan Akhirat

Sunday, November 20th, 2011

  • Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan
  • Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
  • Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
  • Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
  • Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
  • Kunci Kejayaan adalah Kesabaran.
  • Kunci Kemanjuan/kelebihan  adalah bersyukur.
  • Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
  • Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
  • Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
  • Kunci Segala kemaqbulan adalah berdoa.
  • Kunci Kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
  • Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadaNya.
  • Kunci Bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
  • Kunci Menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
  • Kunci Mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
  • Kunci Rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
  • Kunci Kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  • Kunci Kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
  • Kunci Segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
  • Kunci Segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

* Semoga kita semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah Amin.

Popularity: 2% [?]

2

7 Golongan Yang Tidak Disoal Oleh Malaikat Mungkar Dan Nangkir

Tuesday, November 15th, 2011

Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya :

“ Siapakah Tuhanmu ? ”.

Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti :

  1. Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
  2. Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
  3. Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.
  4. Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
  5. Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
  6. Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
  7. Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.

Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.

Popularity: 2% [?]

0

5 Tanda-Tanda Orang Yang Takut Kepada ALLAH SWT

Wednesday, November 9th, 2011

Osman Bin Affan berkata :

Tanda-tanda orang bertaqwa atau takut kepada Allah  SWT 5 perkara :


 

  1. Dia tidak akan duduk melainkan bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina dan dapat  menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
  2. Bila ditimpa musibah dunia,maka ia melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah  berkaitan Akhirat  maka ia berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi Allah hasil daripada musibah tersebut.
  3. Perutnya dipenuhi dengan makanan yang berkat dan halal.
  4. Dia melihat orang lain sentiasa selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah Azzawajal.
  5. Dia melihat dirinya berada dalam kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang bila-bila masa disebabkan amalannya yang  bercampur dengan dosa.

Popularity: 2% [?]

2

Cabaran Kepada Orang Yang Bersabar

Sunday, November 6th, 2011

Saya baca nih ( ambil dari blog PeribadiRasullulah ) untuk diri saya renungkan sebab tahun lepas banyak juga dugaan dari Allah kepada keluarga saya. Memang banyak. Malas nak cerita kat sini. Kalau buat list memang banyak. Tapi yang pasti hidup ini hanya sementara. Setiap kejadian ada hikmah dari- Nya dan setiap manusia semua ada dugaan. Kalau takde dugaan tu, tu yang takut ( kemungkinan akan lalai : contoh – saya ).

Beberapa faktor yang boleh mengilang dan mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut :

1. Sikap isti’jal, ingin cepat gopoh. Biasanya tindakan ingin cepat gopoh di sebut sebagai tidak sabar. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan salah satu sifat manusia ialah suka cepat. Firman Allah S.W.T : al-Anbia’:37

Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

* Kerana itulah orang beriman perlu mujahadah untuk melawan sifat isti’jal dan bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.

Firman Allah S.W.T: al-Ahqaf :35

.Maka Bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari Rasul-Rasul telah bersabar

Sabda Rasulullah S.A.W :

Berhati-hati itu daripada Allah dan tergesa-gesa itu daripada Syaitan.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengahwinkan anak perawan, membayar, hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa

2. Marah.

Apabila seseorang marah maka hilang sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.

Firman Allah S.W.T :

Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya) al-Qalam:48)

3. Putus Asa.

Apabila kita berputus asa bererti kita tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Ali-Imran:139).

* Selamat menyambut Hari Raya Adiladha 1432 Hijrah.

Popularity: 2% [?]

2

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak 1432

Sunday, July 31st, 2011

Salam.

Kepada pembaca sekalian, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan serta menjalankan ibadah2 lain di bulan yang mulia ini. Sama2lah kita perbanyakan amal dan berdoa semoga segala amalan kita diterima oleh Allah Taala.

Di bulan Ramadhan juga banyakkanlah bersedekah, menderma dan sebagainya. Bantulah mereka yang memerlukan diluar sana. Jangan segan2 atau malu untuk membantu mereka yang susah. Selain itu, amal ibadah di malam hari juga digalakkan.

Ambillah peluang ini untuk menambah amal dan pahala.

Selamat berpuasa 8)

Popularity: 2% [?]

6