Video nie saya ambik dari youtube yang mana Ustaz Dr.Haron Din berkongsi pengalamannya mimpi bertemu junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Subhanallah.
Popularity: 5% [?]
Video nie saya ambik dari youtube yang mana Ustaz Dr.Haron Din berkongsi pengalamannya mimpi bertemu junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Subhanallah.
Popularity: 5% [?]
Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman,
” Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.
Rasulullah SAW bersabda :
” Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.
Rasulullah SAW bersabda :
” Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.
* Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.
Popularity: 1% [?]
10 Mayat Tetap Segar Bersemadi.

Disebutkan oleh Hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
Allah Hu Akbar.
Popularity: 2% [?]
* Semoga kita semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah Amin.
Popularity: 2% [?]
Ali R.A. telah berkata - Akhlak mulia terdapat pada 10 perkara :
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 199.
Popularity: 2% [?]
Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya :
“ Siapakah Tuhanmu ? ”.
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti :
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.
Popularity: 2% [?]
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi Sains.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas – Aktiviti Otot.
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“ Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok – Isyarat Otak.
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“ Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
Popularity: 2% [?]