Salam sejahtera. Artikel ini saya copy dari blog bro Thoha. Terima kasih bro. Saya suka kesemua entri blog beliau. Sebab penulisan beliau memang betul2 berikan motivasi untuk jadikan saya jadi ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Tidak semua orang yang lahir di dunia ini terus menjadi orang yang bijak pandai orangnya. Ada sesetengah orang yang sememangnya telah diberikan satu anugerah istimewa oleh Allah untuk menjadi orang yang sangat bijak. Namun begitu kebijaksanaan seseorang itu bergantung juga kepada apa yang mereka lakukan. Ada yang perlu berusaha sendiri dahulu barulah mereka akan menjadi orang yang bijak. Orang yang rajin belajar dan berusaha akan menjadi orang bijak. Begitulah sebaliknya jika orang itu malas belajar akan jadi orang yang jahil atau bodoh.
Diantara faktor-faktor yang membawa kepada kebijaksaan seseorang adalah mengenai apa amalan yang biasa mereka lakukan dalam kehidupan seharian mereka. Apa sahaja amalan baik yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda adalah memberi kesan kepada minda anda. Amalan itu jika anda boleh amalkan dengan baik akan dapat memberi banyak kebaikan kepada minda anda.
1) Menyedut Udara Yang Segar.
Oksigen adalah sangat penting kepada otak manusia kerana otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam tubuh badan kita. Jika berlaku pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan mengurangkan keaktifan otak. Cuba anda bayangkan bolehkah anda berfikir dengan baik jika anda berada di tempat-tempat yang kotor dan berbau busuk. Ataupun anda sedang berada ditempat yang tercemar dengan asap-asap kenderaan dan juga habuk-habuk. Pemikiran anda menjadi kurang aktif di tempat-tempat sebegini kerana otak anda tidak menerima belakan oksigen yang secukupnya.
Carilah tempat yang boleh memberikan anda ketenangan untuk mendapatkan udara yang segar. Jika boleh memilih sudah tentu anda akan lebih suka berada dikampung kerana kualiti udara dikampung adalah lebih segar berbanding dengan bandar. Suasana dikampung dapat memberikan ketenangan kepada pemikiran dan minda anda.
2) Rajin Mengambil Sarapan Pagi.
Tabiat suka mengambil sarapan pagi adalah sangat bagus kepada diri seseorang. Bagi yang ada penyakit gastrik, rajin mengambil sarapan pagi adalah salah satu cara untuk mencegah dari terkena gastrik. Rajin mengambil sarapan pagi juga adalah sangat bagus untuk minda dan pemikiran anda. Berdasarkan kepada beberapa kajian, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Oleh itu ia akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Seterusnya minda seseorang akan menjadi terlalu lemah untuk berfikir.
Tabiat suka mengambil sarapan pagi adalah sangat bagus kepada pelajar kerana ia akan membantu otak mereka untuk berfikir dengan lebih baik semasa belajar dalam kelas. Mereka juga akan dapat untuk menumpukan pelajaran dengan lebih baik lagi tanpa mengalami rasa lapar.
3) Tidak Suka Tabiat Merokok.
Kita memang sudah banyak mengetahui yang merokok adalah sangat membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Jika tabiat suka merokok ini tidak dibuang dalam diri seseorang ia boleh mendatangkan banyak kesan buruk dalam diri seseorang. Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas yang boleh mengakibatkan banyak penyakit berkaitan otak seperti alzheimer dan yang paling membahayakan lagi adalah strok.
Jika anda mempunyai orang-orang yang terdekat dengan anda yang suka merokok, bantulah mereka untuk berhenti dari merokok ini. Jika tidak anda sendiri juga yang akan terjejas kerana menjadi perokok pasif yang lebih membahayakan dari perokok aktif. Berhentilah tabiat merokok untuk kebaikan bersama.
(more…)
Popularity: 2% [?]