Archive for the ‘Motivasi’ Category

[QuickPress] 7 Perkara Yang Wajib Kita Tinggalkan

Saturday, February 25th, 2012

7 Perkara yang wajib kita tinggalkan :

  1. Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.
  2. Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.
  3. Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.
  4. Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.
  5. Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.
  6. Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.
  7. Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.
  8. Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.
  9. Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.
  10. Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.
  11. Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.
  12. Tinggalkan da’wi akan dapat tawadduk. (da’wi iaitu mengaku diri  kita terbaik).

Rujukan :

http://schooloftots.blogspot.com/search/label/Tazkirah

Popularity: 2% [?]

3

5 Rahsia Besar Qiamullail Di Waktu Malam

Thursday, February 23rd, 2012

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim)

Hebatnya Malam.

Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT : “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWTberdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )

  • Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
  • Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
  • Dapat muhasabah kekuatan diri
  • Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
  • Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Popularity: 2% [?]

0

Kelebihan Solat Berjemaah

Tuesday, February 21st, 2012

Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, merekodkan Nabi Muhammad (S.A.W) telah berkata; ”Solat berjemaah kelebihannya mengatasi solat bersendirian sebanyak 27 darjat”.

Melalui pengamalan solat berjemaah seorang insan itu akan mendapat :
1. setiap langkah ke masjiddiberi pahala.
2. menguruskan waktu dengan tepat.
3. bermuamalat dengan masyarakat setempat.
4. menyihatkan tubuh badan.

Tidak ada lagi alasan untuk umat memandang sepi ibadat solat jemaah ini. Ia adalah asas membentuk akhlak mulia, membaiki kebejatan akhlak; paling penting solat berjemaah adalah tiang kekuatan ummah.

Hasil akhirnya, insan yang bersolat jemaah akan merasai peningkatan iman yang mendadak kerana melaksanakan tiang agama ini dengan sempurna.

Popularity: 2% [?]

0

[QuickPress] 4 Perkara Membuktikan Allah SWT Amat Mencintai Kita Semua

Tuesday, February 21st, 2012

Abu Yazid Al-Bustami berkata ” Aku telah keliru pada permulaan fikiran tentang empat perkara ” :

1. Aku mengira aku mengingatiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengingatiku.

2. Aku mengira aku mengenaliNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mengenaliku.

3. Aku mengira aku mencintaiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh mencintaiku.

4. Aku mengira aku menghendakiNya, kemudian aku sedar bahawa Dia lebih jauh menhendakiku.

* Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf. M/S : 800.

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] 5 Perkara Penawar Hati

Sunday, February 19th, 2012

1. Membaca Al-Quran berserta tadabbur.

2. Mengosongkan perut ( buang tabiat suka makan tanpa mengira masa ).

3. Menunaikan solat sunat  pada waktu malam.

4.  Berdoa ketika bersahur.

5. Menghadirkan diri dalam Majlis yang berkaitan dengan kuliah para ulamak.

Popularity: 2% [?]

0

[QuickPress] 3 Perkara Membina Hati Yang Benar Kepada Allah SWT

Saturday, February 11th, 2012

1. Benar kepada Allah SWT :

* Lidah tidak bertutur kecuali pada perkara yang benar.

* Dalam pergaulan atau bermuamalah tidak menambah-nambah  atau tidak berpura-pura.

* Dalam perbuatan hendaklah Ikhlas serta memenuhi ciri yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

2. Benar kepada diri sendiri :

* Apa yang dilakukan adalah demi kepentingan mennjaga kesucian hati.

* Menasihati hatinya agar  tidak cenderung kepada maksiat.

3. Benar kepada manusia :

* Apa yang dilakukan untuk Allah SWT adalah sama apa yang dilakukan untuk manusia semua adalah Ikhlas kerana Allah SWT ( Tidak bersifat munafiq terhadap Allah SWT dan manusia ).

Popularity: 2% [?]

0

[QuickPress] 7 Perkara Menyebabkan Hati Mati

Sunday, January 15th, 2012

Saidina Umar telah berkata :

1. Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2. Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3. Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4. Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5. Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6. Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7. Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 208.

Popularity: 2% [?]

2

[QuickPress] Sejuta Rahmat Allah SWT Bersama Anda Ketika Sakit

Monday, January 9th, 2012

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman,

” Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

* Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.

Popularity: 2% [?]

0

side digi award 120 Banner