Archive for the ‘Motivasi’ Category

[QuickPress] 7 Perkara Menyebabkan Hati Mati

Sunday, January 15th, 2012

Saidina Umar telah berkata :

1. Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit.

2. Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain.

3. Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.

4. Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya.

5. Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu.

6. Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya.

7. Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . “.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 208.

Popularity: 2% [?]

2

[QuickPress] Sejuta Rahmat Allah SWT Bersama Anda Ketika Sakit

Monday, January 9th, 2012

Rasulullah SAW bersabda :

Allah SWT telah berfirman,

” Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh”.

Rasulullah SAW bersabda :

” Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : “Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  “Alhamdulillah “. Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata ” Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya “.

* Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.

Popularity: 1% [?]

0

Penguasaan Awal Al-Quran Pada Kanak-Kanak & Rahsia Genius Ilmuwan Islam

Sunday, December 4th, 2011

Dibelakang kebanyakkan setiap ilmuwan Islam yang terkenal adalah Ibubapa  yang melatih mereka menghafal al Quran dari umur kanak-kanak hingga mereka dapat menghafal al Quran pada umur 7 -10 tahun kemudian barulah didedahkan dengan ilmu lain.

Sekiranya kita merujuk kepada kejaayan ilmuan Islam di zaman kegemilangan Islam dahulu, majoritinya adalah penghafaz Al-Quran. Ini adalah bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W yang menggalakkan agar kita mengajar anak-anak membaca Al-Quran.

” Yang paling pokok adalah menghafal Al Quran,kerana ia adalah ilmu terpenting, bahkan para salaf tidak mengajarkan al-hadis dan fikih kecuali yang telah hafal Al Quran ” (Imam Nawawi)

Ada pelbagai pandangan dalam pendidikan awal kanak-kanak bergantung kepada latar belakang ibubapa kanak-kanak tersebut dalam memilih kecenderungan pendidikan untuk anak mereka. Ada yang memilih untuk mendahulukan pengajaran ilmu dunia, contohnya belajar membaca bahasa yang dipilih. Perbezaannya, mengajar yang lain selain dari Al- Quran hanya berhenti setakat ‘kenal dan baca’ tetapi tidak melatih untuk MENGHAFAL. Menghafal meningkatkan memori atau daya simpan maklumat dalam otak kanak kanak.

Jika kita perhatikan  hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Allah telah memberi pengajaran kepada kita bahawa bayi boleh diajar dengan memperdengarkan apa yang kita mahu ajarkan kepadanya. Maka adalah sebaiknya bayi yang baru dilahirkan, selalu diperdengarkan dengan ayat Al-Quran. Inilah cara memulakan pendidikan Al-Quran pada bayi.

Mereka yang baru lahir adalah umpama disket kosong yang sedia untuk ditulis apa-apa pelajaran yang didedahkan kepadanya. Menurut kajian Sains, otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak sudah menyamai 80% otak dewasa.

Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah kualiti dan kuantiti didikan yang ibubapa mereka dedahkan di waktu usia kritikal ini. Kanak-kanak jika didedahkan lebih awal, mampu mempunyai 3 kemahiran iaitu mengenal huruf, membaca dan menghafal alquran pada umur seawal 3 Tahun. Kemahiran yang diperolehi ini akan meningkatkan IQ otak mereka dan akan mempengaruhi daya berfikir dan daya menyerap pelajaran/ilmu, bila mereka dewasa nanti. Ia ibarat ‘BRAIN TRAINING’ yang akan menghasilkan daya konsentrasi, fokus, kreativiti dan kelajuan berfikir yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

 

 
Rasululullah pernah bersabda :

” Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!” (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).

Sememangya ini telah dibuktikan dalam sains bahawa jalinan saraf neuron otak pada kanak kanak sangat aktif dimana pada 3 tahun pertama bayi, sejumlah 300 trillion sel penghubung diwujudkan di dalam otak dimana sebelumnya tiada.

Sumber : http://www.islamicparentingnetwork.com/


Popularity: 2% [?]

2

6 Perkara Yang ALLAH Sembunyikan

Wednesday, November 23rd, 2011

UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA :

1. Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan  kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2. Allah menyembunyikan kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia, sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3. Allah menyembunyikan kedatangan  malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hamba-Nya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain. Oleh itu Allah menghendaki  hamba-Nya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4. Allah menyembunyikan wali-wali Allah  atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5. Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah  banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6. Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisi-Nya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegap-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Popularity: 2% [?]

0

3 Kelebihan Masjid Dan Fadhilatnya

Tuesday, November 22nd, 2011

Hadis :
“ Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut) : Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid RasulullahS.A.W. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin) ” (Bukhari).

Huraian :
1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah :

  • Masjidil Haram di Mekah
  • Masjid Nabi di Madinah
  • Masjidil al-Aqsa di Palestin.

3. Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah :

i. Kelebihan Masjidil Haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari)
sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii. Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi S.A.W. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii. Kelebihan Masjid Al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan
Mikrajnya Nabi S.A.W.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Popularity: 2% [?]

0

21 Kejayaan Dunia Dan Akhirat

Sunday, November 20th, 2011

  • Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan
  • Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
  • Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
  • Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
  • Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
  • Kunci Kejayaan adalah Kesabaran.
  • Kunci Kemanjuan/kelebihan  adalah bersyukur.
  • Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
  • Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
  • Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
  • Kunci Segala kemaqbulan adalah berdoa.
  • Kunci Kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
  • Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadaNya.
  • Kunci Bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
  • Kunci Menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
  • Kunci Mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
  • Kunci Rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
  • Kunci Kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  • Kunci Kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
  • Kunci Segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
  • Kunci Segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

* Semoga kita semua memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah Amin.

Popularity: 2% [?]

2

10 Perkara Membina Akhlak Mulia

Saturday, November 19th, 2011

Ali R.A. telah berkata -  Akhlak mulia terdapat pada 10 perkara :

  1. Memiliki akal yang sempurna.
  2. Taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT.
  3. Memiliki Ilmu.
  4. Memiliki sifat himi ( santun ).
  5. Memiliki sifat pemurah.
  6. Memiliki manfaat.
  7. Suka  berbuat baik.
  8. Bersikap sabar.
  9. Banyak bersyukur kepada Allah SWT.
  10. Lemah lembut dalam tindak tanduknya.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 199.

Popularity: 2% [?]

2

[TAZKIRAH] Menangis Kerana Takut Kepada Allah

Friday, November 18th, 2011

Rasulullah S.A.W telah bersabda : “ Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”


Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata :  “ Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan
bin Fulan sebab sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan. ” (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-Nabi dengan ucapan, “ Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “ Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata :  “ Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibril berkata, “ Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “ Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.”

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “ Wahai Jibril, Apakah air itu ?” Maka Jibril berkata,

“Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “ Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Wallahhu’alam.

Popularity: 2% [?]

0