Archive for the ‘Merapu’ Category

Ubuntu Theme Untuk Windows XP

Monday, March 28th, 2011

Apa itu Ubuntu ? Hek eleh poyo lah Nine. Rasanya semua orang dah tahu. Ubuntu adalah satu OS (Operating System) dari Linux. Tapi saya masih belum cuba lagi menggunakan sistem operasi Ubuntu ini. Masih lagi belajar pasal Ubuntu. CD saya baru jer shipit untuk dapatkan CD Ubuntu secara percuma. Malas saya hendak download lama2 sangat di website Ubuntu.

Ok, berbalik pada tajuk entri nih, bukan nak cerita pasal Ubuntu sebenarnya. Sebab saya pun masih tak pandai lagi. Dalam erti kata lain, memang tak pandai lansung pasal Ubuntu ni. Hehe. Kalau nak tahu pasal Ubuntu , leh tanya saudara blogger Hafiz, ataupun join jer forum Ubuntu Malaysia.

Ok, bila saya tengok tutorial di blog Hafiz, iaitu 5 cara tukar Windows 7 ke Ubuntu, saya pun teringin juga hendak mencuba. Tapi sayang sekali, saya masih menggunakan operasi Windows XP. Jadi saya pun google. Akhirnya terjumpa juga theme Ubuntu untuk Windows XP di website deviantART.

Theme Ubuntu Termasuk Bootscreen Dan Logon Yang Saya Buat

Theme Ubuntu Untuk Windows XP boleh dapatkan di sini : Ubuntu Light Theme For windows XP.

Selepas download dan extract file zip tersebut, saya tukar theme Ubuntu tadi dengan menggunakan software TuneUp utilities 2011. Boleh dapatkan software tersebut di website TuneUp Utilities 2011. Free trial kan ? Tidak mengapa, saya sediakan serial key untuk dapatkan software tersebut secara penuh.

* Serial Number Untuk TuneUp Utilities 2011 : 9J4C1Y-2Y366A-A04EVN-QX5THY-W4P3TV-A3T7X­J. Serial ini berfungsi dengan baik sekali.

Cara tukar theme dengan menggunakan TuneUp Styler di perisian TuneUp tadi. Anda juga boleh tukar bootscreen serta logon untuk Windows XP. Saya menggunakan bootscreen Ubuntu juga. Boleh dapatkan di sini : Bootscreen Ubuntu For Windows.

Manakala Logon pula, saya dapatkan di website Customize.Org. Senangkan, cuma guna tema Ubuntu untuk Windows XP. Dan saya cukup berpuas hati sekali. Rasa teruja pula bila tengok dekstop saya. Rasa semangat nak online lama2. Hehe. Peghak sikit saya nih =(

Bagi yang ingin menukar icon2 lain pada Windows, anda boleh menggunakan perisian percuma yang mudah iaitu IconTweaker. Boleh muat turun secara percuma di sini. Tak perlu serial2 number. Download dan install terus jer. Dan lepas itu boleh lah dapatkan icon2 Ubuntu atau icon2 lain yang anda minat. Saya google dan jumpa icon2 Ubuntu IconTweaker set yang cantik serta percuma di sini.

 

** Widget2 lain di desktop ini, saya hanya menggunakan RocketDock dan Rainmeter sahaja.

Popularity: 6% [?]

[CONTEST] Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Monday, February 21st, 2011

Assalammualaikum.

Contest 2011 : Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Pada tahun nih iaitu 2011, inilah contest pertama saya join. Sahaja cuba nasib & rezeki untuk tahun nih. Mana tahu kan rezeki, sebelum ni ada juga join beberapa contest dari rakan2 blogger yang lain, saya cuma bertuah sekali sahaja. Hehe. Seronok juga bila rasa menang contest. Hmmm  contest nih di beri nama Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 yang di anjurkan oleh saudara pemilik blog 2dayblogger.com.  1st time bagi saya join contest bab2 design. Sebab kepakaran mengedit, berphotoshop kurang mahir lagi. Tapi tak pe saja cuba try test 8)

Mengapa saya join contest ini ?

(more…)

Popularity: 5% [?]

Saya Panggil Dia Gaban

Wednesday, December 8th, 2010

Salam, quick update & entri serius + ringkas, dah tengah free terus update je. Booking sebelum bulan Ramadhan hari tu, sampai tepat pada 1 December 2010 baru2 nih.. Plat amik Perlis jugak. Booking plat RM250. Masih lagi standard dan akan standard sampai bila2. Maybe akan tinted cermin je, yang lain tak. Saya panggil ye gaban sebab depan yer macam Transformer.

(more…)

Popularity: 6% [?]

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 1st, 2010

Assalammualaikum.

Nak try ayat skema. Aku nak try belajar penulisan bagi better skit dari hari ke hari.  Entri ringkas, tapi tak menarik.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin (E-card Raya Tak Seberapa Dari Aku Untuk Semua Kenalan)

Mungkin entri nih terlalu awal untuk aku publish. Salah satunya aku update awal2 nih, sebab pada tahun lepas, sebelum Raya, kalau tak silap aku,  aku tak buat pun @ malas nak buat entri berkaitan dengan ucapan Selamat Hari Raya. Rasa tak best plak. So pada tahun nih, aku buat awal. Takut bila duk biar lama2, jadi malas plak nanti. Then terbantut nak update. Sebab nih lah aku buat awal2. Prob lappy satu hal.

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10hb nih (10hb September 2010), jatuh pada hari Jumaat. So di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf  Zahir Dan Batin buat semua rakan2 yang aku kenali tak kira samada di alam maya, luar mahupun dalam. Aikk, apa yang dalam tu Nine? Ntah aku pun tak tau nak jawab. Aku sentiasa happy dengan anda semua. Sentiasa buat aku tersenyum selalu. Kadang2 aku duk berangan sebelum tido, kita ramai2 duk lepak sekali dalam bilik. Duk sembang2 sekali. Pelik dak aku berangan  :) ?sebab aku dah tak macam dulu, aku dah jarang keluar lepak2. Asyik terperap jer. Umur aku dah semakin meningkat tua. Aku harap  semoga anda semua berada dalam situasi yang menggembirakan gak. Tak kira di mana korang berada. Terima kasih aku ucapkan. Selamat Hari Raya lah buat semua. Kalau ada salah silap, terkasar bahasa, termengurat ka,  maafkan daku. Kadang2 ada jugak aku melawak kasar dengan anda semua.

(more…)

Popularity: 6% [?]

[CONTEST] Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Sunday, August 29th, 2010

Salam. Hehe. Gelak dulu sebelum mulakan ayat. Saja nak buat style baru.

Contest 2010 : Menang Duit Raya Sehingga RM200 Dari Cdiqlife

Nih saja2 join contest dari saudara cdiqlife.com. Nickname beliau di alam maya, Haru. Saja2 cuba nasib lagi. Banyak gak la aku join contest dari blogger2 lain sebelum nih. Contest nih di namakan  contest menang duit raya sehingga rm200. Kalau dalam cheque, dia tulis  ” dua ratus ringgit  sahaja “. Bab2 duit free nih memang aku pulun sikit. Sapa yang tak mau duit. Ada duit semua jalan. La nih benda semua bukan free. Nak pi kencing kat toilet pun kena 3 kupang dah la nih.

Saudara cdiq nih dari Unimap Perlis. Student situ. Aku kenal pun kat alam maya jer walaupun aku nih orang Perlis gak. Tak nah jumpa lagi. Harap2 suatu nanti akan jumpa beliau jugak,  sebab contest yang beliau anjurkan nih, aku lah bakal pemenangnya itewww, dapat nombor 1, lagi  senang beliau nak bagi duit raya tu hand by hand siap ngan sampul duit raya yang cun. Baru la nampak kemeriahan raya sikit. Hehe. Melawak ja yang nih.

Sebenarnya, contest yang beliau anjurkan nih sempena pemindahan “rumah baru” beliau sebagai blogger tegar, dari platform Blogspot ker WordPress. Tahniah.

Ok la, tak nah celoteh panjang dah , terus ke contest cdiq kenapa dia perlu bagi duit raya kat aku.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com sebab raya tahun nih saya dapat anak saudara sorang lagi. Jadi saya ada dua orang anak saudara tahun nih. Saya jer masih takde anak, sebab acuan takde lagi. So kalau saya dapat duit raya dari saudara cdiq nih, saya nak belikan baju raya dan kasut crocs untuk diaorang. Sebab masa raya time saya kecik2 dulu, parents yang tolong belikan untuk saya, tak silap saya brand abibas dan poma (Made in Thailand). Sekarang saya dah besar panjang tapi rendah, so giliran saya pulak untuk belikan kat diorang. Tapi kalau diorang kata takpe lak pakcik Nine (panggilan saya dari diorang), kami tak perlukan duit raya buat masa sekarang sebab kami masih kecik lagi dan kesian kat pakcik Nine sama, pakcik Nine guna lah duit tu dulu yer. Buat beli hosting ker, domain ker, kami tahu pakcik Nine minat semua tu kan. Sebab kami tengok pakcik duk mengadap pc jer hari2. Buat benda yang sama. Kalau tak buka belog, buka redtube youtube. Teruk jugak pakcik kami sorang nih yer, nasib baik pakcik tak kawen lagi  (kata diorang kepada saya, tapi dalam hati je, sebab diorang tahu saya garang). Haa, nampak tak  ? anak saudara saya pun boleh tahu mengapa saya memang perlukan duit contest nih, paham2 jer la noo. Merapu giler slogan aku =( =(

Hadiah Idea Kreatif :

  • Tempat pertama : RM100.
  • Tempat kedua : RM30.
  • Tempat ketiga : RM20.
  • 2 hadiah saguhati : RM10.

Hadiah Blog Referral Terbanyak :

  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10.

Tarikh Tutup Penyertaan :

  • 19/09/2020 iaitu seminggu selepas raya.

* Kalau nak tahu lebih lanjut syarat2 anjuran contest beliau kat sini.

** Banner contest ini yang  bersaiz 125px X 125px (Cdiqlife contest, warna kuning) ada di bawah bahagian comment form. Click jer senang, kalau tak click anda tak menang  :) .

*** Nih mungkin penyertaan pertama contest dari cdiq di blog gapura . IsyaAllah kalau berkesempatan, aku nak try di blog satu lagi.

**** Aku  perlu mendapatkan rawatan Medula Oblaganta dan Serebrum secepat mungkin .

Popularity: 7% [?]

Aku Syok Sendiri Lagi

Monday, August 9th, 2010

Salam.

Nine Wanna Be ROCKSTAR or WHAT ??

Apa yang aku nak tulis nih. Camnih, sebenarnya entri nih boleh dikatakan entri syok sendiri jugak la. Bukan apa, apa yang aku duk cuba buat, aku belajar & sebab tu lama juga la aku tak belogwaking (tapi kadang2 ada juga aku sempat RT), aku bz sikit. Ada kerja aku yang perlu settlekan. Bukan berkaitan dengan kerja aku. Takde kaitan langsung. Tapi aku bz duk buat website peribadi.  Just suka2. Website newbie lagi, sebab aku pun masih duk belajar cara2 edit & juga penulisan.

Aku pun tak tau dengan diri aku nih, bila datang time boring, aku suka buat & try belajar buat website. Tak rugi bagi aku rasanya. Sebab aku minat sangat. Cuma tu la kadang2 masa aku tak sempat, erti kata lain, tak mengizinkan. Nak tulis entri berkaitan dengan blog plak, aku tak berapa pandai la sangat. Duk merangkak lagi. Tak teh tak teh. So baik baca baca blog orang jer dulu. Cari llmu & topup pengetahuan. Blog personal pun aku suka baca. Tak kisah niche apa pun blog tu. Semua layanzz. Hmm, pasal blogging plak, aku rasa bulan 11 / november nih cukup 2 tahun aku berblog . Aku start blog secara aktif (aktif biasa2) pada bulan 11 / november 2008. Tak ingat pula tarikh aku sign up. Tapi 1st blog yang aku ingat aku sign up wordpress.com (bukan yang nih) tahun 2007. Tapi berkubur jer, sebab tak godek2 lagi masa tu. Then aku sign up blogspot. 1st blog aku carnine9.blogspot.com, lepas setahun, aku beli domain sahaja. Jadi www.carnine9.com (aku simpan blog ni bila2 terdesak nanti, mungkin update juga). Susah nak handle blog banyak2. Jarang orang buat blog banyak2 sangat. Selalu satu or dua jer yang aku duk tengok.

Then pada tahun nih juga (bulan 2 / february), thanks to Fizz sebab bagi aku guna sub dan hosting beliau, aku try belajar WordPress Self Hosted pula. Rasa seronok pula dengan WordPress hosting nih. Hehe. Memang rasa tak nak tukar dah. Bukan apa, sebab aku rasa lebih senang guna WordPress dari blogspot. Tapi tak kisah mana2 pun kan, ikut citarasa masing2 kan yang nih.

Ok, berbalik pasal tajuk entri nih, sebenarnya, selepas aku tahu guna FTP & guna Cpanel hosting, aku try belajar buat website. Bukan susah sebenarnya. Sama macam upload theme or plugin macam WordPress gak. Cuma kena satu2 file jer. Masuk ikut path dia. Tapi sebelum upload tu, baik edit & test kat local host dulu. Cuma sekarang aku masih guna hosting free. Kalau hosting beli, memang best, tak nafikan, sebab time upload & loading pun laju. InsyaAllah aku akan beli juga domain dan hosting  nanti. Tapi aku takkan buat blog. Cukuplah, pakai yang nih jer dulu. Tu pun aku bukan duk update sangat. Tengok orang lain laju jer update.

Website yang aku maksud kan nih, ada yang dalam bentuk Flash, plain HTML, XHTML. Aku rasa semua orang boleh buat, kalo dia dah tahu cara2 dia. Cuma sifat sabar perlu ada. Bagi aku yang beginner nih, aku rasa kalau otai tengok, dia anggap biasa jer. Mesti kita nak komen positive dari diorang kan. Untuk improve kan lagi hasil kerja kita.

Tak lupa juga pada rakan2 yang aku kenal selama berblog, memang banyak sangat membantu, kalau aku nak sebut nama kat sini memang banyak sangat la. So thanks aku ucapkan kepada semua. Tanpa korang, takde la aku. Dan mungkin aku takkan tau semua nih.

 

Ok pasal website tu, aku ada buat tiga jer sekarang.

(more…)

Popularity: 4% [?]

Benarkah Hadiah Paling Diminati Kaum Perempuan ?

Wednesday, July 21st, 2010

Aku tak taulah samada anda, lelaki di luar sana telah ada yang punya, sedang cari untuk dipunya atau tak ada siapa yang sudi untuk dipunya. Tetapi untuk mereka – mereka yang sudah berpunya (isteri, tunang, awekss atau sedang mengayat / ekjas), pernah tak anda terfikir untuk memberi hadiah buat pasangan anda. Tidak kiralah untuk sambutan apa hadiah tersebut. Selalunya, buat yang sedang bercinta, waktu ini lah kaum lelaki rajin memberi hadiah. Sanggup makan maggie selama setengah sebulan semata – mata untuk membelikan hadiah yang “grand” @ erti kata lain barang yang agak mahal buat si dia.

Tetapi bila dah berumah tangga, jangan kan hadiah, tarikh lahir isteri pun silap2  haribulan boleh terlupa, buat kaum Adam / lelaki jangan marah, tapi ni kenyataan yang perlu diakui, tapi tak la semua, ada juga yang baik sampai tak terkira, hingga isteri @ awek sendiri pun tak tau hadiah yang diberi tu sempena apa, sebab setahun sampai 14 kali beri hadiah (ayat nak jaga hati ni) Hikss..

Ok, bercakap tentang memberi hadiah buat gadis / wanita / isteri / awekss yang tersayang, selalunya si lelaki ni kurang peka apa hadiah yang patut diberi. Lelaki selalu beranggapan hadiah yang mahal merupakan pilihan si dia, betul ke ?Aku rasa tak.

Kita cuba lihat, kalau soalan ini ditanya pada lelaki dan wanita, apa jawapan mereka (ni aku kutip dari sebuah forum).

Aku buat kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan.

* Soalannya : Apakah hadiah dari pasangan anda yang paling anda impikan ?

Jawapan dari kebanyakkan perempuan :

1. Barang kemas atau bunga, terutamanya bunya rose.
2. Novel cinta.
3. Ciuman, pelukan, cinta, pendengar yang terbaik, dapat berbual dengan selesa, bunga dan coklat atau pun rantai leher.
4. Barang kemaslah..!!
5. Bunga.
6. Jangan anggap semua gadis atau wanita itu suka dengan bunga atau coklat, bagi saya lebih baik barang kemas melainkan wanita yang dikenali tu memang tak suka barang kemas, pelik sikit nih :)
7. Semuanya bergantung pada seseorang gadis atau wanita itu tapi saya belum pernah jumpa gadis yang menolak bila diberi barang kemas. Haha.
8. Kredit kad yang saya tak perlu fikir tentang nak bayar balik.
9. Kad ATM pun tak saya tak kisah.
10. Frame gambar, lilin yang diukir, losyen atau apa – apa barang untuk gadis.
11. Tiket konsert pun ok kan.
12. Shopping tanpa had.

* Soalannya : Pada pendapat anda apakah hadiah kepada pasangan anda yang paling sedia impikan ?

Ni jawapan bagi kebanyakkan lelaki pula :

1. Bagi hadiah kereta, mesti dia suka. Hehe.
2. Aku hantar bunga setengah kedai pada dia.
3. Saya takkan membelanjakan lebih dari RM20.00 untuk membelikannya hadiah.
4. Teddy Bear atau keychain.
5. Saya belikan apa yang saya mampu pada waktu itu,  saya tak mahu sebab nak berlebih, kemudian saya nampak macam papa kedana dan makan maggie jer.
6. Saya belikan barangan Gucci, Guess, DKNY atau apa – apa saja lah.
7. Bagi bunga yang masih fresh dan wangi.
8. Aku pernah belikan makwe aku kucing sebab dia suka kucing.
9. Tak mahu belikan apa – apa yang bernyawa atau mahal.
10. Ipod, mp3 pun boleh juga..
11. DVD @ CD kot.
12. Kenapa mesti nak beri hadiah, dia tak pernah bagi kat aku hadiah pun..(yang nih memang tak tolak ansur langsung, baik tak payah kapel, hehe)

** Ok, sekarang boleh tak anda bayangkan, yang mana satu jawapan di atas tu sesuai dengan anda atau pasangan anda ? Atau mungkin ada yang lain. Haha  gila ah entri cam nih 1st time dalam blog aku. Aku tak pandai bercinta & aku memang tak romantik. Sebab tu susah awek nak kat aku kadang2. Tapi aku tak kisah pun. Haha.

*** Siyes aku tak reti nak reply komen bab2 nih.

Popularity: 22% [?]

Adolf Dassaler Pengasas Adidas

Monday, July 19th, 2010

Sapa yang tak tahu & tak minat dengan brand Adidas ? memang terkenal dari dulu sampai sekarang. Tak lekang dek zaman orang kata. Bukan Abibas yer. Tapi Adidas. Kalo nak brand Abibas pun ada, boleh ke padang besar kat utara Perlis sekarang juga. Macam2 brand yang tak pernah jumpa pun ada kat situ (Poma, Bom equipment, Danhill etc). Haha. Tapi tahu kah anda siapa pengasal mula2 brand Adidas nih, kalo ingin tahu meh baca. Pendek jer nih.

Adolf Dassaler

Adolf (Adi) Dassaler merupakan pengasas pada pakaian & peralatan sukan jenama Adidas yang berasal dari Jerman. Pada mulanya Adolf membuka syarikat membuat kasut di Herzogenaurach berdekatan Nuremberg pada tahun 1920 dan dibantu oleh adiknya ketika itu. Tapi selepas itu, adiknya menubuhkan sebuah syarikat kasut lain iaitu Puma. Kemudian barulah Adolf menubuhkan syarikat lain pada tahun 1948 & mengambil dua pangkal namanya, Adi & Das sebagai nama syarikat. Selepas kematian Adolf, perniagaannya diambil oleh anak lelaki nya iaitu Horst Dassler pada tahun 1987. Tapi dua tahun kemudian, Adidas telah dibeli oleh seorang usahawan Perancis bernama Bernard Tapie & beralih tangan ke atas beberapa orang kerana pelbagai masalah kewangan. Bagaimanapun, Adidas mampu menjadi pengeluar pakaian sukan kedua terbesar di dunia. Dan pada tahun 2005, Adidas telah mengambil alih syarikat Reebok dengan harga US$ 3.8 bilion. Pengambilalihan ini akan membuat Adidas menguasai pasaran seluruh Amerika Syarikat & ini membolehkan ia bersaing dengan syarikat Nike.

* Facebook Fans Adolf Adi Dassaler kat sini : www.facebook.com/adolf-dassaler.

** Kat tempat aku banyak orang sebut Adidas nih = Ada Duit Isteri Dua Apa Salah  :D   Hmmm…masih pasal info lagi.

Popularity: 6% [?]


side digi award 120 Banner