Archive for the ‘Contest’ Category

Mr Rileks Nak Bagi Design Banner Animasi Percuma

Saturday, July 30th, 2011

Contest Dari Mr Rileks

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba, saya Mr Rileks nak bagi Design Banner Animasi Percuma untuk korang yang memerlukan. Banner nie akan di’design dalam saiz 125px x 125px sahaja dalam format gif. Hanya 10 orang sahaja yang layak dan siapa yang cepat join segmen khas nie. Ini adalah segmen pertama dari Rilekslah! – Mr Rileks

Jalan2 kat bloh Azah tadi, jumpa entri nih. Best jugak. Join pi lah. Selalu gak duk tgk MR Rileks duk blogwalking , kekadang tinggal jejak kat chatbox.

Hadiah kepada 10 pemenang bertuah dapat banner bersaiz 125 x 125 design by MR Rileks. Ok gak tu. Saya teringin banner gif macam blog Andyhowtt.Gapuranetwork.Net tu. Tapi tak pandai buat image .Gif guna Photoshop. Huhu.

Ada simpan lagi banner tu. Upload kat sini, senang, nak tunjuk kat MR Rileks,  kalau menang contest bertuah nih nak buat cam Andy gak kalau boleh , cuma text lain.

Mr Rileks banner camni bro saya nak, tapi ayat lain  :) :

Boleh tak ? Hehe. Suka design nih lawa. Kalau tak boleh , yang lain pun takpe. Hehe janji dapat banner percuma.

Hmm syarat2 join leh tengok kat sini . Tarik tutup tak pasti lak. Join jer :o:

Senarai Peserta Setakat Sekarang :-

1) Izwan Nizam Ruslim

2) Pelik Oh Pelik

3) Nadia

4) Juan

5) Wrizuan

6) Danish

7) Zik

8 ) Azah

9) Madammondoq

10) Citra Nanizam

11) Yuyue

Nanti saya pun mungkin di listkan.

* Wish me luck again yer :o:

Popularity: 2% [?]

2

Contest : Tagline Kreatif By AlyaEsprezzo

Wednesday, July 27th, 2011

Contest 2011 : Tagline Kreatif By AlyaEsprezzo

Join contest lagi ! Hehe. Saja jer tak tau nak buat apa. Saya suka join contest blogger kalau takde idea nak update. Syok sama kut2 la kalau menang dapat jugak hadiah. Blogwalking tadi, tiba2 jumpa contest dari AlyaEsprezzo nih. Terus join.

Contest dari Alya nih ingin mencari nama blog atau tagline paling kreatif. Blog saya biasa2 jer, alah saja cuba nasib.

Nama Blog :

Just Another Blog By Nine’s ( Nine’s Blog )

Tagline :

Seek To Understand, Then To Be Understood

 

Kreatif tak ? Haha , tak pun kan. Takpe saja meriahkan contest2 dari rakan2 blogger.

Syarat2 contest nih boleh rujuk di sini.

Hadiah yang bakal dimenangi bila join contest ni :

Tempat Pertama : Domain FREE untuk setahun
Tempat Kedua : Barangan BodyShop
Tempat Ketiga : Selendang Pashmina
10 Hadiah Saguhati :
Goldbox Chocolate

 

* Tarikh tutup sebelum jam 3 petang 30 Julai = Tarikh lahir Alya Esprezzo

 

** Wish me luck :o:

Popularity: 2% [?]

8

[CONTEST] GiveAway Julai Bersama Blogger By Andyhowtt.Com

Thursday, July 14th, 2011

Salam. Hmm camna saya mulakan ayat ek. Takpe, hentam jer.

GiveAway Julai Bersama Blogger From AndyHowtt.Com

Join GiveAway dari blogger AndyHowtt untuk entry bulan Julai nih. Taktau lagi pasal contest nih dah bermula, tapi sebelum nih ada @Andy duk tweet kat Twitter pasal GA. Cari sponsor kut masa tu. Hmm ok, GA pun bermula so saya pun minat nak join and meriahkan lago GA kawan2 blogger.

Ok nih merapu pasal camna kenal Andy, saya kenal Andy rasanya dalam tahun 2008. Andy abang kepada Elyass. Depa nih orang Sabah, Tawau. Kenal Elyass dulu kat Ftalk. Masa tu zaman Friendster. Tweaking coding JavaScript. Memang top. Ya, saya ingat lagi, Andy pun ada, yang saya ingat avatar dia pakai Superman Tee :) Lepas tu kami lepak kat forum Eykal.

Waktu tu saya tak blogging sangat, jarang blogwalking. Andy pun pakai blogspot masa tu, tak silap killerguy999 kut url dia. Betul la, saya ingat lagi. Rajin edit template. Tukar macam2. Hehe. Lepas tu, Andy berpindah ke AndyHowtt.Gapuranetwork.Net. Tahu jugak blog tu. First Andy pakai theme Phunk Attack background custom warna pink, ada pic dia bersayap, biasa la, orang power photoshop maa. Lepas tu dia beli domain VanillaAis.Com then baru ke AndyHowtt.Com sampai sekarang. Syabas bro :)

Blogger yang rajin update blog, gath even tengah study. Dan dia juga suka ketawa kat komen. “Hahaha”, mesti ada ayat ni.

Giveaway Julai Bersama Blogger ini dianjurkan oleh andyhowtt.com, dan hadiah telah disponsor oleh Nisa Kay, Akmal Hilmi, Faizal Fredley, Nota Kosong, Saya Doodle, NorfanilMohd Khairi, Munzir Shafie, Azri Johan,  Alya Esprezzo, Kaizen Shinobi dan Malcube

 

* Pemilihan pemenang akan dipilih dengan mengunakan random.org. Tarikh tutup GA nih 21 Julai 2011. Syarat2 peraduan bloh check it out kat Giveaway Julai Bersama Blogger By Andyhowtt.Com

P/S : Bagi aku menang Andy. Hadiah saguhati pun jadi la. Random.org tu ko pusing banyak kali sampai kuar blog aku ok. Haha.


Popularity: 2% [?]

3

Menang Domain Dari Exabytes : Contest MrSays

Saturday, June 18th, 2011

Petang tadi saja online Twitter. Saya selalu Retweet timeline. Salah satu sebab , tak berapa pandai nak chat dengan orang. Kekadang jer bila rasa otak fresh, jadi ramah plak kat Twitter.

Time tengah online Twitter tu, dapat Tweet dari @MrSays :

@carnine9 Tahniah ! anda telah menangi 3nd Prize MrSAYS Opening Ceremony. Sila email anda kepada mrsays@hotmail.my.

Saya dapat 3rd prize. Hadiah berupa domain untuk setahun. Alhamdulllilah syukur dan terima kasih juga buat MrSays dan pihak Exabytes kerana anjurkan contest giveaway tu.. Jadi ler dapat 3rd pun, rezeki, hehe, domain saya tak pikir lagi nak ambik apa. Rasanya nak letak kat Tumblr saya kut. Tak tahu lagi, duk pikir dulu. Mungkin ambik dot biz. Sebab dot com dan dot net saya dah ada.

Contest dari MrSays tu boleh lihat di Opening Ceremony Giveaway – Hosting And Domain. Dan para pemenang2 contest tu petang semalam, MrSays umumkan.

Berikut adalah senarai2 pemenang Opening Ceremony Contest di blog MrSays :

  • Hasrulhiteg ( 1st Prize )
  • Anarm ( 2nd Prize )
  • Nine ( 3rd Prize )
  • Kaka1407 ( Early Bird Prize )

Tahniah buat semua pemenang. Best jugak sertai contest2 dari blogger. Selama saya berblogging nih, baru jer menang 3 contest. Jadi lah, menang sikit2 kalau ada rezeki. Tak sia2 jugak taip komen di blog MrSays :o:

Popularity: 1% [?]

2

Segmen Khas Ar-Rifke | Jom Review Blog Bersama Aried !

Tuesday, May 17th, 2011

Contest Review Blog Aried 2011

 

Update untuk contest blog 2011 dari saudara Aried. Seorang tenaga pengajar yang suka mengajar dalam bidang pelajaran untuk pelajar – pelajar. Hehe. Di anugerahkan  Cikgu terbaik dan cemerlang Malaysia tahun 2011. Kali nih beliau telah menganjurkan contest semudah a,b,c sahaja. Hadiah pun lumayan. 3 tiket penerbangan ke Disneyland, Hong Kong selama seminggu dan wang tunai berjumlah RM5000 kepada setiap penyertaan contest blog beliau ( nih saya melawak ja noo ) :o: .3 pemenang bertuah akan di pilih secara rawak. Just copy ayat di blog beliau. Tak percaya ? Boleh rujuk di sini. Tarikh tutup beliau akan umumkan kemudian.

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini ! Sama – sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger – blogger lain juga.

 

* Ni ja yang nak update. Ringkas. Moga2 saya bertuah dalam contest nih. Amin 8)

Popularity: 2% [?]

5

[CONTEST] Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Monday, February 21st, 2011

Assalammualaikum.

Contest 2011 : Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011

Pada tahun nih iaitu 2011, inilah contest pertama saya join. Sahaja cuba nasib & rezeki untuk tahun nih. Mana tahu kan rezeki, sebelum ni ada juga join beberapa contest dari rakan2 blogger yang lain, saya cuma bertuah sekali sahaja. Hehe. Seronok juga bila rasa menang contest. Hmmm  contest nih di beri nama Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 yang di anjurkan oleh saudara pemilik blog 2dayblogger.com.  1st time bagi saya join contest bab2 design. Sebab kepakaran mengedit, berphotoshop kurang mahir lagi. Tapi tak pe saja cuba try test 8)

Mengapa saya join contest ini ?

(more…)

Popularity: 6% [?]

[CONTEST] GiveAway Domain From Melromeo.Com

Tuesday, November 2nd, 2010

Contest 2010 GiveAway Domain Dari Melromeo.Com

Salam. Yeeahhh contest menarik kembali lagi, kali nih saudara MelRomeo pula menganjurkan sebuah contest yang amat menarik buat saya. Terus hati tertambat dengan contest ini setelah saya di tag oleh rakan blogger dari utara juga iaitu saudara SyahrilHafiz. Tq bro.  Contest ini memang amat mudah, padat dan penuh bergaya. Yang paling bestnya cara pemenang di pilih secara rawak iaitu meggunakan Random.Org. Macam kira luck juga lah contest nih.

Hadiah memang menarik. Satu domain .com/ .net/ .org kepada seorang bakal pemenang.

Kalau yang sudah ada domain tu boleh tambah lagi satu domain kan, buat koleksi ker, bagi kat awek ker, adik ker. Kalau yang belum mempunyai domain lagi, boleh letak kat blogspot ker kan. Nak pakai WordPress ? Haaaa, kalau ada rezeki lebih sikit, cuma perlu beli hosting saja. Terus leh guna WordPress.  Ada domain sendiri nih syok. Bukan kita nak menunjuk – nunjuk, tapi kepuasan tu. Lagi satu trademark. Betul tak ?

GiveAway Domain Dari MelRomeo.Com.

Menang 1 Domain .Com/ .Net / .Org

Tag 5 orang kawan BLOGGERS :

1. Wazy84.Com

2. AzizanKadir.Com

3. Cybernetic88.Com

4. AyieBlog.Com

5. SeniAku.Com

* Syarat2 boleh lihat di blog beliau, Melromeo.Com. Tarikh tutup penyertaan pula pada 30 November 2010. Jum kita sama2 meriahkan contest nih. Gudluck juga kepada sesiapa yang join.

** Tuah ayam nampak di KFC, tuah manusia sapa yang tahu kan ? Tapi bukan Hang Tuah yer.. hehe.

Popularity: 5% [?]

Another BlackBerry Curve 9300 Contest

Saturday, October 16th, 2010

Win BlackBerry Curve 9300 ( Click This Image )

Hey peeps, join this contest and you could bring home a BlackBerry Curve 9300 and some goodies if you join this contest.

This contest end 31 December 2010. Hurry, win yourself BlackBerry smartphone now :)

Click the coupon below to participate in this easiest contest :

Click This Coupons ( Win BlackBerry Curve 9300 )

** Lappy masih tak siap lagi. Dekat 2 minggu dah hidup tanpa lappy. Seksa gak la. Nak buat kerja pun susah. Sabar jer la.

Popularity: 4% [?]