Archive for the ‘Buku’ Category

Mencari Pendapatan Dengan Menjual E-Book

Thursday, July 21st, 2011

Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu pendapatan dengan bekerja kuat, membanting tulang, pergi kerja balik kerja dan bersesak di jalan raya ( ini paling tension ). Begitulah sampai tiba hari persaraan. Ia dinamakan sebagai “active income” . Maksudnya, kalau tidak kerja, maka tidak dapat gaji /duit.

Satu lagi jenis pendapatan ( income ) yang jika boleh wajib setiap orang ada adalah pendapatan pasif ( passive income ). Ia adalah di mana kita buat kerja sekali dan mendapat pendapatan berterusan tanpa melakukan lagi kerja yang sama berulang kali.

Contoh sumber pendapatan pasif yang boleh dilakukan melalui Internet adalah :

1. Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.

2. Buat satu website review . Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.

3. “Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.

4. Hasilkan e-book dan website jualan untuk e-book tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan e-book, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi e-book itu dijual.

Sudah pasti promosi termasuk sekali dalam usaha di atas. Promosi juga boleh disetkan secara ‘automatik’. Itulah kelebihan Internet.

Sebagai contoh, salah satu e-book iaitu Pakej Kit Blogger, ia mula dijual pada tahun 2006. Kini jualannya hampir genap 4 tahun ! Dan masih ada yang membelinya dari hari ke hari. Saya tidaklah kerap melakukan “hard selling”, tetapi sebaliknya secara ‘automatik’ daripada hasil usaha promosi awal yang dilakukan.

Usaha awal itu adalah seperti menulis artikel, membuat “backlink”, e-book viral dan program affiliate.

Promosi automatik boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti :

1. Email Marketing (Autoresponder).
2. Article Marketing atau SEO.
3. Pengiklanan bagi tempoh yang lama.
4. Affiliate Program.

Adalah amat rugi jika tidak memanfaatkan “kuasa internet” ini. Sebahagian besar perkara boleh berlaku secara automatik walaupun kita sedang tidur dengan nyenyaknya.

Contoh paling mudah adalah laman web jualan. Ia umpama pekerja kita (salesman) yang bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Berterusan tanpa rehat ! Pelanggan dapat membuat pembelian walaupun pada waktu tidur kita. Inilah ia pendapatan pasif. Sedang tidur pun dapat duit.

Perniagaan E-book.

Kita masih lagi berada di era informasi. Segala maklumat boleh dicapai dengan hujung jari sahaja. Semakin pantas manusia, semakin cepat manusia mahukan sesuatu maklumat. Mereka tidak kisah jika perlu membayarnya. Di sinilah tugas kita untuk memenuhi keperluan mereka ini iaitu dengan menjual ( membekalkan ) maklumat itu kepada mereka dalam bentuk yang tersusun, jelas, padat dan boleh diguna-pakai.

Bagi anda yang mahu belajar perkara-perkara asas yang penting dari cara mendapat idea ebook sehingga kaedah promosi, Pakej Pakar Ebook boleh membantu. Boleh dapatkan pakej tersebut sebelum harga dinaikkan atau mungkin jualan akan ditutup selama-lamanya.

* Saya selalu Torrent E-Book =(

Popularity: 2% [?]

7

Buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik

Saturday, January 15th, 2011

Assalammualaikum.

Buku Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik

Selepas buku Membongkar Misteri Dajjal, penulis Bestseller iaitu Tuan Muhammad Nurani Maarif berjaya mengeluarkan buku kedua beliau yang baru berada di pasaran akhir November 2010. Buku bertajuk “Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik” ini mempunyai kelainannya yang tersendiri.

KEANEHAN DALAM BUKU BELIAU.

Berita Arab Saudi mengarahkan Amerika menyerang Iran (baca) terdapat dalam buku ini. Ketika beliau menulis setahun yang lalu semuanya kelihatan berbalam-balam tapi kini ketegangan itu makin memuncak. Berbetulan dengan keluarnya buku ini senario yang dulu tertulis sebagai hipothesis kelihatan semacam nyata. Sebetulnya kalam asalnya bukan dari beliau, tapi ada matan nubuwah mengenai insiden itu cuma hurainya dari beliau sila baca di halaman 203 – bagaimana penulis menghuraikan krisis Arab-Iran ini terjadi.

KELAINAN DALAM BUKU BELIAU.

Setakat ini belum ada yang membongkar siapa pencetus sebenar di balik angka 2012 & kenapa. Dalam buku ini memberi gambaran apa, siapa & kenapa 2012. Baca halaman 34 hingga 50 cari jawapannya…

KEINDAHAN DALAM BUKU BELIAU.

Gambar dan grafik warna yang mengujakan. Jika anda takjub dengan cerita – cerita aneh 2012 yang pernah anda dengar – tunggu! baca dan lihat dulu buku ini ia diselangi dengan gambran indah galaksi dan cakrasuria bersama ayat al – Quran tentang penciptaan langit. Tauhid anda akan terusik bila membaca dan menatapi grafik ini.

KEJUTAN DALAM BUKU BELIAU.

Tahukah anda siapa, bagaimana & dimana IMAM MAHDI akan muncul. Dihujung buku ini beliau abadikan pencarian beliau tentang insan aneh yang disebut – sebut akan muncul sebelum Dajjal. Ada maklumat yang belum pernah anda ketahui akan terjumpa di antara helaian ini.

* BERMINAT UNTUK DAPATKAN BUKU INI ?

Penerbit : Hijjaz Record Publishing.

Harga : RM34.00 (beli online)   RM37.90 (kedai buku).

Untuk tempahan klik sini @ email kan ke nuranimaarif@gmail.com untuk pesanan (harga diskaun & juga tandatangan beliau).

Sumber : ibnuyaacob.com.

Popularity: 12% [?]


side digi award 120 Banner