Archive for the ‘Blog’ Category

[QuickPress] Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

Sunday, January 22nd, 2012

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist ! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..

(more…)

Popularity: 2% [?]

0

[Tazkirah] Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW

Friday, December 2nd, 2011

Fizikal Nabi.

Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya : Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata :

Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kebiasaan Nabi.
Kataku pula :

Sifatkanlah kepadaku mengenai kebiasaannya!Jawab pamanku: Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

Berkata Al-Hasan lagi : Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku lama juga. Kemudian aku berbicara mengenainya kepada Al-Husain bin Ali, dan aku dapati ianya sudah terlebih dahulu menanyakan pamanku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dan dia juga telah menanyakan ayahku (Ali bin Abu Thalib ra.) tentang cara keluar baginda dan masuk baginda, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah SAW itu.

(more…)

Popularity: 3% [?]

0

[TAZKIRAH] Menangis Kerana Takut Kepada Allah

Friday, November 18th, 2011

Rasulullah S.A.W telah bersabda : “ Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”


Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata :  “ Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan
bin Fulan sebab sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut
kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan. ” (Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-Nabi dengan ucapan, “ Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “ Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata :  “ Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibril berkata, “ Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “ Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.”

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “ Wahai Jibril, Apakah air itu ?” Maka Jibril berkata,

“Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku
diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “ Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Wallahhu’alam.

Popularity: 2% [?]

0

Bersyukur Kepada Allah S.W.T

Monday, October 10th, 2011

Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.

Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.

Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam ? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

Allah berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud : “Katakanlah lagi : “Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat.

Tuhan yang manakah lagi selain Allah yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya ? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat ?”

Cuba pula kita bayangkan bagaimana sekiranya sistem badan kita tidak lagi mempunyai antibodi yang berfungsi menentang serangan kuman dan penyakit. Sudah tentu badan kita tidak akan kekal lama dan kita tidak akan mampu hidup dengan selesa.

Allah berfirman dalam surah Az-Zariat ayat 20-23 yang bermaksud : “Di bumi terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang yakin. Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak melihatnya. Dan di langit rezeki kamu dan apa yang dijanjikan kepada kamu”. Ini semua adalah nikmat yang berkaitan dengan hidup dan mati kita.

(more…)

Popularity: 2% [?]

2

Subwoofer Sonic Gear Pilihan Ku

Friday, August 12th, 2011

Salam.

Yayy dapat gaji. Ada bonus sikit bulan nih. Alhamdullilah. Tadi lepas solat jumaat , saya sambar lagi satu subwoofer untuk lappy saya. Hari tu beli untuk PC. Subwoofer PC dah jual kat Mudah.My. Brand Edifier M1310. Ada orang beli. COD jer kat tempat saya. Yang Lappy sebelum nih guna Altec Lansing BXR1121. Lama dah beli, tahun 2008. Tak jual, sebab guna untuk iPod saya.

Sonic Gear Armageddon A5 ( PC )

Saya suka bab2 speaker nih. Sebab rajin dengan lagu / MP3 bila online. Pilihan saya kali nih, saya ambik brand Sonic Gear pulak. Saja nak try rasa dentuman dia. Memang best dan terbaik. PC saya pakai soundcard Creative Sound Blaster. Lappy memang tak boleh letak soundcard. Tapi kira ok sebab Subwoofer bass kuat.

Agak puas hati dan memang tak tukar dah sampai rosak. Memang akan jaga elok2.

Sonic Gear Armageddon A3 ( Lappy )

Tempat saya barang2 komputer agak mahal sikit dari KL. Kalau kat Lowyat memang boleh dapat murah. A5 saya beli RM269, A3 saya dapat RM180 saja.

Tapi yang best bila dengar kat OS Ubuntu. memang masyukk bunyi. Bass, Treble boleh control. Then ada remote. Remote untuk volume.

Pendapat saya, memang tak rugi dengan barang Sonic Gear nih. Memang terbaik. Dulu saya minat Altec Lansing, tapi sekarang dah bertukar. Lagipun design dia pun cantik.

Tahan memang tahan. Nampak kukuh. Warna pun ok. Tapi Sonic Gear keluar berbagai jenis. Yang EVO pun cantik. Boleh Google tengok. Macam2 jenis ada. Saya suka Armageddon lagi :)

(more…)

Popularity: 9% [?]

[TAZKIRAH] Selamatkan Masjidil Al-Aqsa

Friday, August 12th, 2011

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa sama ada dalam keadaan terang atau tersembunyi. Marilah kita bersama-sama berusaha memelihara dan mengelakkan diri kita daripada azab Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan amal-amal soleh dan menjauhi setiap larangan-Nya.

Masjidil Al- Aqsa

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadith dan Kitab-kitab Sejarah ialah :

1. Sebagai qiblat pertama umat Islam.
2. Terdapat Masjidil-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi. Dan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi .
3. Tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
4. Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari qiamat.
5. Tempat kelahiran Para Anbia’

Kezaliman yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanahair, maruah dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oIeh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjidil-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasululah s.a.w. sebelum dimikrajkan ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oIeh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 1 :

Bermaksud: “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

(more…)

Popularity: 4% [?]

2

Wordless Wednesday #8 : Murtabak

Wednesday, August 10th, 2011

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.Answers.com

* Suka makan lepas berbuka. Kena lak dengan bawang dia. Perghh :o:

Popularity: 3% [?]

6

10 Steps To Improve Your English – In Malay

Tuesday, August 9th, 2011

Salam.

Beberapa langkah untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris anda. Saya juga telah mencubanya setiap hari dengan kaedah yang menarik dan menyeronokkan. anda hanya perlu sabar dan sedikit keyakinan untuk melakukannya. Dalam mempelajari bahasa kita tidak perlu terburu-buru. apa yang penting anda belajar dengan gembira dan jangan merasa tertekan.

Bacalah bahan bacaan bahasa inggeris yang anda suka seperti buku cerita, majalah, Surat khabar dan sebagainya. Bacalah bahan bacaan yang anda suka dan elakkan memaksa diri anda untuk membaca bahan yang anda sendiri tidak suka.

1. Tontonlah filem inggeris. Bagi anda yang sangat lemah dalam bahasa inggeris, cuba mula menonton kartun terlebih dahulu. Kebanyakan ayat yang digunaka adalah ayat-ayat yang mudah dan memudahkan anda memahami cerita tersebut. Kemudian bolehlah anda beralih kepada filem-filem yang mempunya jalan cerita yang lebih kompleks dan cuba fahami cerita tersebut.

2. Dengarlah dan hafal lagu-lagu inggeris. Cuba sebut dengan betul disamping fahami maksud lagu yang hendak di sampaikan.

3. Mula menulis blog dalam bahasa inggeris. Latih diri anda menulis dalam bahasa inggeris. Mulakan dengan apa yang anda suka. Sekiranya anda adalah peminat filem inggeris mulakan dengan cerita yang anda sukai, pelakon yang anda minati dan cubalah terlibat dalam menulis forum.

4. Sekiranya anda tidak berminat untuk menulis blog anda boleh memulakan dengan menulis surat kepada sahabat pena anda. Ia mungkin menyeronokkan apabila anda mempunyai sahabat daripada negara lain. sekiranya ia terlalu mahal untuk mengutus surat kepada sahabat pena anda di luar negara kenapa anda tidak menulis surat kepada sahabat anda di negeri lain. Cuba ketahui cerita menarik mereka dan berkongsi pendapatlah dengan mereka.

5. Tulislah diari anda dalam bahasa inggeris. Tetapi pastikan anda menyimpan diari anda dengan baik.

6. Berdampinglah dengan kamus. Pastikan disisi anda sentiasa ada kamus tak kira kamus oxford mahupun kamus mini. Sekiranya anda terjumpa perkataan yang anda tidak fahami maksudnya rujuklah segera jangan biarkan sehingga anda terlupa untuk mengetahui maksudnya.

7. Cubalah bercakap dalam bahasa inggeris walaupun ia menyulitkan anda. Wujudkan zon-zon bahasa inggeris contohnya di kantin sekolah, di dewan atau hari berbahasa inggeris contohnya hari isnin.

8. Tambahkan perbendaharaan kata bahasa inggeris anda setiap hari dengan menghafal sekurang-kurangnya 5 perkataan baru setiap hari.

9. Mulakan dengan nama anggota badan anda dan kemudian di kawasan sekitar anda.

10. Cubalah menyebut perkataan bahasa inggeris yang bunyinya hampir sama. Cuba bezakan cara menyebut di samping ketahui maksudnya.

* Knowledge is power.

Popularity: 3% [?]

6