Author Archive

Allah Sayang Kita

Sunday, April 22nd, 2012

Allah sayangkan hambaNYA,

Allah kasihkan khalifahNYA,

Allah sayangkan kita..

Sebab itu kita diberi ujian,

Kerana itu kita diberikan dugaan.

Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah.

Tapi, pernahkah kita terfikir ?

Kasih SayangNYA ?

Tentang NikmatNYA ?

Hakikat RahmatNYA ?

RezekiNYA ?

Tidak terkira banyaknya.

DIA beri kita UJIAN,

Kita menangis.

DIA beri kita digunakan,

Kita mengeluh.

DIA beri kita MASALAH,

Kita marah.

Pernahkah kita merungut bila lelah ?

Pernahkah kita merengek tika sakit ?

Pernahkah kita marah tika masalah menimpa ?

Tapi kan,

(more…)

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] Kegawatan Di Padang Mahsyar

Friday, April 20th, 2012

Siri Khutbah Jumaat.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk : ” KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR “

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal. Dunia yang kita duduki dan diami pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama bermulanya kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3 :

Maksudnya :

” Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu”.

(more…)

Popularity: 1% [?]

0

Memilih Kawan Yang Baik

Thursday, April 19th, 2012

” Seseorang berada di atas agama kawannya.”

Demikian pesan Nabi kita.

Kenapa ya ?

Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita. Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.

Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.

Nak cari di mana ? Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai ‘kawan’ dalam hidup kita. Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka ‘istimewa’lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.

Bagaimana menghargai ? Oh ! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi’.

Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan ?

Kalau kawan tu tak beragama, macam mana ? Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai ‘kawan baik’, perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.

Apa kata ulama yang kita sayangi ?

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan : ” Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”

Syarat-syaratnya ialah :

1. Orang yang berakal : Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3. Orang yang soleh : Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia : Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5. Orang yang benar perkataannya : Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Popularity: 1% [?]

0

[QuickPress] 10 Golongan Allah SWT Laknat Disebabkan Arak

Tuesday, April 17th, 2012

Ibn Mas’ud berkata : “ Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu :

  • Yang memerah.
  • Yang minta diperah.
  • Yang minum.
  • Yang memberi minum.
  • Yang membawa.
  • Yang menghantar.
  • Yang membekal.
  • Yang menjual.
  • Yang membeli.
  • Yang menyimpan.

Sedutan dari kitab Tanbihul Ghafilin.

Popularity: 1% [?]

0

[Video] Warga Amerika (Buta) Memeluk Islam Setelah Mendengar Al-Quran

Monday, April 16th, 2012


 

Nota :

Kenapa kita tidak sebarkan kepada golongan mereka yang buta dengan Al-Quran dan terjemahan bertulisan braille.

Betapa luasnya peluang kita untuk menduduki Syurga Allah SWT- SubhanAllah.

 


Popularity: 1% [?]

0

[Video] Memeluk Islam Melalui Siaran Langsung

Sunday, April 15th, 2012

 

Nota :

Betapa luasnya Rahmat dan Hidayah Allah SWT di zaman ini, Islam boleh disebarkan dengan begitu cepat dan alam semesta menjadi saksi pengIslaman mereka.

Sesungguhnya kemudahan IT dan Teknologi boleh menggandakan pahala orang-orang Mukmin di zaman moden sebegini jika Nikmat IT dan Nikmat Teknologi disebarkan bersama Cahaya Keimanan Kepada Allah SWT- SubhanAllah.


Popularity: 1% [?]

0

Wordless Wednesday #20 : Grand Mosque Abu Dhabi, UAE

Wednesday, April 11th, 2012

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.Answers.com

Popularity: 1% [?]

0

3 Perhiasan Syaitan Pada Orang Kaya

Monday, April 9th, 2012

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Syaitan laknatullah berkata : “ Orang kaya tidak dapat selamat dari tiga macam iaitu :

  • Saya perhias didalam pandangannya sehingga tidak dikeluarkan kewajipannya atau
  • Saya ringankan tangannya sehingga dikeluarkan tidak pada tempatnya atau
  • Saya cintakan dalam hatinya sehingga ia berusaha mendapatkannya walau tidak halal

 

Popularity: 1% [?]

2

side digi award 120 Banner