Archive for May, 2011

Ubuntu 11.04 Natty Narwhal ISO Percuma Untuk Di Muat Turun

Saturday, May 28th, 2011

Salam. Update lagi. Rasa gian pulak. Walaupun entri nih biasa jer.  Hehe.

Sekarang nih saya selalu menggunakan OS Ubuntu untuk surfing. PC saya pun dah Dual Boot. Dua OS ( Operating System ). Satu Windows dan satu lagi Ubuntu. Pendapat saya tentang Ubuntu nih , tak boleh banyak saya katakan, sebab saya pun baru jer belajar pasal Ubuntu. Code2 Ubuntu kat bahagian Terminal pun banyak yang saya tak paham lagi. Cuma tahu Run jer. Cuma yang boleh saya bagi pendapat, GUI ( Graphical User Interface ) Ubuntu memang cantik dari Windows dan Ubuntu memang ringan dan laju. Kalau guna spec lama pun jadi laju jer bila buka sesuatu Web dengan Ubuntu. Ubuntu menggunakan Firefox sebagai default browser. Dan lagi satu yang saya paham, OS Ubuntu selamat dari serangan Virus dan Malware. OS Ubuntu juga adalah percuma.

Ok, berkaitan entri nih, saya ingin kongsikan File ISO Ubuntu Versi 11.04 Natty Narwhal 32 bit untuk di muat turun secara percuma. Lagi pun, sebenarnya boleh juga download di Website Ubuntu. Canonical sekarang dah tak buat lagi free Ship – It CD Ubuntu nih. Saya sempat dapat CD yang versi 10.10 hari tu.

Selepas anda muat turun file ISO nih , anda boleh Burn File ISO nih di CD, ataupun menggunakan USB. Saya burn kat CD. Guna Nero ataupun Active @ ISO Burner ( Freeware ). Kalau semasa menggunakan OS Ubuntu, hanya 3 step saja cara burn, right click file ISO tersebut, write to disc, then create image. Senang jer kan.

Boleh juga tengok tutorial cara burn ke dalam CD ataupun menggunakan USB boleh tengok di Website Ubuntu. Kat sini. Senang jer. Tu yang saya paham tentang Ubuntu buat masa sekarang nih. Banyak lagi yang perlu belajar. Memang best dan  terbaik OS Ubuntu nih. Cuma MacOS jer belum lagi.

Ok, tanpa buang masa meh download latest file ISO Ubuntu 11.04 Natty Narwhal nih.

Download :

Ubuntu 11.04 Natty Narwhal ISO

Or

Bittorent links

 

Sama ker kelajuan muat turun file ISO Ubuntu. 685 MB. Nak upload kat Mediafire file ISO tak leh, sebab kena guna account pro, saya guna account biasa jer sebab file size besar. Tadi dah .RAR kan, tapi upload tak boleh. Huhu.

Ubuntu Website Homepage : www.ubuntu.com.

Forum Ubuntu Malaysia : forum.ubuntu.com.my.

Beli Ubuntu DVDs / CDs : canonical shop Ubuntu Cds.

Popularity: 3% [?]

1

Berkebajikan Sebagai Aset Menghadapi Akhirat

Saturday, May 28th, 2011

Salam. Agak panjang sedikit entri nih. Cuma inginkan berkongsi bersama pembaca semua. Saya ambik artikel nih dari blog Tok Guru.

1. Mengikut ajaran Al-Quran, dalam surah al-Mulk bererti Kerajaan. Semua Kerajaan hendaklah mengamalkan sistem yang sama dengan kehendak Kerajaan Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah ( Al-Quran surah al-Mulk ayat 1 ) :

Bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai Kerajaan/pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

 

2. Allah Subhanahu wa Taala berkuasa buat dunia maka Dia juga penuh berkuasa membuat akhirat.

3. KPI dan standard adalah mengikut ukuran hukum Allah Subhanahu wa Taala, standard teramat baik ( ahsan ) harus sama dengan Islam, kalau tidak ia akan menjadi teramat jahat ( aswauu ).

4. Hikmah bersolat jamaah ialah ibadat dan dapat bertanya khabar hal ehwal kehidupan dengan masyarakat sekeliling.

5. Segala amalan dan pahala adalah saham ( asset ) dan pelaburan akhirat.

6. Namun kerana jarak kita dan Nabi Sallallahu alaihi wasallam adalah jauh, maka banyaklah rintangan serta halangan yang perlu kita tempuhi. Segala – galanya dapat dihadapi dengan kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam kepada kita.

7. Suci air hujan yang turun di puncak bukit biasanya akan berubah bila sampai di kuala sungai. Selalunya air itu akan keruh dan ada macam-macam di dalamnya kerana laluan airnya sepanjang sungai sejauh ribuan kilometer. Untuk minum perlulah ditapis.

8. Maka bila kita hendak terima atau menilai sesuatu agar benar-benar diterima Allah, gunalah tapisan bersandarkan Al-Quran dan as-Sunnah.

9. Sadaqah bermaksud benar, maka dengan memberi sedekah adalah satu manifestasi dan terjemahan iman seorang Muslim yang beribadat kepada Allah Subhanahu wa Taala.

10.  Surah Al-Fatihah itu adalah ikrar dan bai’ah harian orang Mukmin atas lafaz syahadahnya.

(more…)

Popularity: 1% [?]

1

2011 Adalah Tahun Yang Digeruni Bangsa Yahudi

Thursday, May 26th, 2011

Assalamualaikum dan salam hormat kepada rakan2 blogger.

Jika anda pernah menonton The Arrival, di sini saya membawakan kepada anda sebuah video yang lebih praktikal, padat dengan perkiraan, mudah difahami, dan yang terpaling penting, uslub penceritaan yang disampaikan oleh penceramah ini.

Meremang bulu tengkuk saya ketika mendengar pendedahan yang diberikan. Malah, kesimpulan kecil sebelum rakaman ini berakhir juga membuatkan air mata saya bergenang.

Inilah masanya untuk kita kembali menjadi hamba Allah yang sejati. Tinggalkanlah maksiat – maksiat yang melalaikan dan menggelapkan hati.

Kita tahu bahawa inilah zamannya bahawa melaksanakan sunnah mendapat pahala 100 syahid, tetapi sekadar tahu tanpa bertindak mengakibatkan kita tidak akan menuju kepada perubahan yang lebih baik.

2011 adalah tahun yang digeruni bangsa Yahudi. Maka perhatikanlah sekiranya kita termasuk dalam kalangan yang  menggerunkan mereka.


 

Takbirr !!

Allah Hu Akhbar !!

Popularity: 4% [?]

4

Wordless Wednesday #1 : Photoshop In Life

Wednesday, May 25th, 2011

Note : Answers.com – What is Wordless Wednesday ?

Popularity: 2% [?]

2

Terima Kasih @ZiccoTees | Social Network Tees

Monday, May 23rd, 2011

Salam hormat kepada rakan2 blogger. Harap semuanya sihat2 belaka.

#FollowFriday & Tweet @carnine9 Tees

Nak update entri personal.  Lama tak update pasal personal. Suka gak blog2 yang entri personal. Nanti bila2 dah tua, boleh baca balik. Cuma hari nih keadaan dan mood saya agak stress dengan kerja. Kerja syif maaa, memang Ubuntu sikit otak jadi nya. Kilang lak tu. Buat camner, rezeki kat sini. Terima dan bersyukur je lah kan.

Ok, berbalik kepada entri ni, saya cuma nak upload pic T-Shirt kegemaran saya yang saya order di website ZiccoTees. Ada dua helai T-Shirt Twitter dan juga sehelai T-Sirt Ubuntu.

Kain memang superb. Tak rugi dan takkan nyesal rasanya jika anda order. Harga pun cukup murah, cuma RM39.90 sahaja. Postage asing. Tapi kira ok kan. Contoh order hari Isnin, maybe akan sampai hari Rabu @pun Khamis.

Ubuntu Tees ( Depan )

 

Kalau masih tak paham nak add to cart T-Shirt to, boleh jer email kat ija@zicco.com.my, lagipun bila kita order, memang akan automatic invoice send kat email kita. Tapi nak senang , register dulu kat website Zicco tu. Phone diorang pun boleh. Ada kat bahagian contact di website ZiccoTees. Bank In diorang guna account Maybank. Senang jer. Lepas Bank In , email jer Ija cakap dah Bank In. Saya buat macam tu.

Ubuntu Tees ( Belakang )

Yang Ubuntu Tees nih , custome made. Hantar design sendiri yang kita mahu. Boleh juga macam tu. Yang penting hantar pic yang High Resolution dan font apa yang kita mahu. Boleh jer bagitahu dan send kat invoice email selepas buat order. Diorang akan print ikut kehendak kita. Memang puas hati. Sebab tu best dan saya suka. Harap2 ZiccoTees nanti buat T-Shirt warna hitam pula. Warna Hitam bagi saya lawa. Tak mudah kotor salah satu faktor saya suka.

#Tweeter Meet Up 23 Oct Twitter Tees. Belakang Ada Peta Foursquare.

Yang ni pula, T-Shirt pertama saya order kat Zicco. Duk tengok ramai blogger pakai. Saya jadi berkenan pulak. Cantik, dan belakang ada peta Foursquare. Masa nih, saya tak tahu lagi pasal laman web Design Tees. Tanya Lizarazak & Ieyra kat Twitter. Then diaorang tweet @ZiccoTees. Baru saya tahu. Hehe.

Setakat sekarang, baru ada 3 helai jer T-Shirt Social Network nih. InsyaAllah kalau ada rezeki saya nak order Facebook Tees lak. Suka kumpul T-Shirt macam nih pulak sekarang. Keluar pakai dengan short pants jer malam2 best. Lagipun saya kumpul duit Nuffnang untuk T-Shirt nih.

BDW, Thanks sangat2 kepada pihak Zicco sebab buat & jual T-Shirt2 macam nih. I LIKE !! :)

Pos Laju Dari Pihak @ZiccoTees :)

 

Update personal, entri ringkas jer. Kalau ada typo entri nih bagitau, sebab dalam keadaan kalut taip. Thanks &  Salam.

Popularity: 4% [?]

8

Peringatan Dan Pengumuman Kepada Semua Muslim Blogger !

Wednesday, May 18th, 2011

Salam. Pengumuman kepada semua blogger muslim ( terutamanya yang menggunakan domain blogspot ). Mari kita buat satu eksperimen. Cuba buangkan huruf ‘s’ yang terdapat pada URL anda masing – masing dari Blogspot kepada Blogpot ( contoh : carnine9.blogspot.com menjadi ke carnine9.blogpot.com ) maka akan terpaparlah ini :

LAMAN PENGAJIAN BIBLE TERBESAR DI DUNIA
DENGAN PENGARUH JEWISH DAN YAHUDI ISRAEL !

URL kita telah dimanipulasi ?

Bukan nak suruh anda dok ngaji benda ni tapi saya nak beri peringatan kepada semua kawan – kawan blogger muslim yang saya sayangi ini, pastikan URL yang anda tinggalkan kat mana – mana, tak kiralah kat ruangan komen ke, kat chatbox ( Shoutmix @  CBOX ),  lama Chat, Facebook, Twitter dan sebagainya adalah tepat ! Sebab semua ini adalah satu agenda permainan kaum Yahudi untuk menyesatkan umat2 Islam seluruh dunia.

* Berwaspadalah wahai umat Islam dengan kaum2 Yahudi Laknatullah dan yang pasti , Islam itu adalah benar.

 

** Terima kasih kepada saudara Qamarul Abdullah kerana sudi berkongsi artikel yang menarik ini. Saya pun baru jer tahu hal nih.

Popularity: 4% [?]

Segmen Khas Ar-Rifke | Jom Review Blog Bersama Aried !

Tuesday, May 17th, 2011

Contest Review Blog Aried 2011

 

Update untuk contest blog 2011 dari saudara Aried. Seorang tenaga pengajar yang suka mengajar dalam bidang pelajaran untuk pelajar – pelajar. Hehe. Di anugerahkan  Cikgu terbaik dan cemerlang Malaysia tahun 2011. Kali nih beliau telah menganjurkan contest semudah a,b,c sahaja. Hadiah pun lumayan. 3 tiket penerbangan ke Disneyland, Hong Kong selama seminggu dan wang tunai berjumlah RM5000 kepada setiap penyertaan contest blog beliau ( nih saya melawak ja noo ) :o : .3 pemenang bertuah akan di pilih secara rawak. Just copy ayat di blog beliau. Tak percaya ? Boleh rujuk di sini. Tarikh tutup beliau akan umumkan kemudian.

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini ! Sama – sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger – blogger lain juga.

 

* Ni ja yang nak update. Ringkas. Moga2 saya bertuah dalam contest nih. Amin 8)

Popularity: 2% [?]

5

Baguskan Ada Kawan ?

Sunday, May 15th, 2011

Bersama Sahabat Lama

 

Baguskan ada kawan,
sebab kawan buat kita hilang rawan,
sebab kawan buat kita tak berlawan,
sebab kawan buat kita punya kekuatan.

Dan selalunya,
kawan buat aku rasa kuat,
kawan buat aku rasa bersemangat,
kawan buat aku terus ligat,
kawan buat aku  rasa hebat.

Tapi ada juga,
kawan yang buat aku meluat,
kawan buat aku naik jerawat,
kawan yang buat aku macam sampah,
kawan buat aku rasa menyampah,
kawan buat aku rasa susah,
kawan buat aku serba salah.

Namun begitu,
kawankan anugerah Tuhan,
kawankan nikmat Tuhan,
kawankan ujian Tuhan.

Jadi,
bersyukurlah bila ada kawan,
berbahagialah bila ada kawan,
berbuat baiklah kepada kawan,
InsyAllah tiada musuh dan lawan  :)

Popularity: 3% [?]


side digi award 120 Banner