April 3rd, 2011

Salam di pagi ahad. Entri agak panjang tetapi untuk kebaikan kita bersama walaupun kita berjauhan di negeri masing2. Hehe. Buat lawak poyo lak Nine nih.

Kelebihan Doa Qunut.


Doa qunut ada tiga macam. Pertama, doa Qunut Nazilah, isitu doa yang dibacakan setelah ruku’ (i’tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti bencana alam, selsema burung dan lainnya.

Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra’ (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur’an) di sumur Ma’unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahawa “Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka beliau doa qunut setelah ruku’ (HR. Bukhori dan Ahmad).

Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku’ pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku’. Menurut Pengikut Imam Syafi’i (syafi’iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir solat witir setelah ruku’ pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.

Ketiga, doa qunut pada raka’at kedua solat Subuh. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad doa qunut solat Subuh hukumnya tidak disunnahkan kerana hadis Nabi SAW bahwa ia pernah melakukan doa qunut pada saat solat Fajar selama sebulan telah dihapus dengan ijma’ sebagaiman diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud :

“Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: Bahwa Nabi SAW telah melakukan doa qunut selama satu bulan untuk mendoakan atas orang-orang Arab yang masih hidup, kemudian Nabi SAW meninggalkannya.” (HR. Muslim)

Menurut pengikut Imam Malik (Malikiyyah) doa qunut solat Subuh hukumnya sunnah. Begitu juga menurut Syafi’iyyah hukumnya sunnah ab’adl (kalau lupa tertinggal disunatkan sujud sahwi) dilakukan pada raka’at yang kedua solat Subuh. Sebab Rasulullah SAW ketika mengangkat kepala dari ruku’ (i’tidal) pada rakaat kedua solat Subuh beliau membaca qunut. Dan demikian itu “Rasulullah SAW lakukan sampai meninggal dunia (wafat)”. (HR. Ahmad dan Abd Raziq) Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Majmu’nya :

“Dalam Madzhab kita (madzhab Syafi’i) disunnahkan membaca qunut dalam shalat Shubuh, baik karena ada mushibah maupun tidak. Inilah pendapat mayoritas ulma’ salaf”. (al-Majmu’, juz 1 : 504)

Kesimpulannya, ketika interpretasi sebahagian ulama bertentangan dengan pendapat ulama lainnya dan makna teks tersurat (dzahirun nashs) hadis, maka yang ditetapkan (taqrir) adalah hukum yang sesuai dengan pendapat ulama yang berdasarkan teks tersurat hadis sahih. Jadi, hukum doa qunut pada solat Subuh adalah sunnah ab’adl, yakni ibadah sunnah yang jika lupa tertinggal mengerjakannya disunatkan melakukan sujud sahwi setelah duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam. Wallahu a’lam.

Doa Qunut :

Doa Qunut Nazilah

Maksudnya :

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Bacaan Dalam Rumi :

Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.


 

Sedikit entri ini saya rujuk dari blog saudara Wazy. Thanks bro :).

Popularity: 67% [?]

Random Posts

    Tags: , , , , ,

    BicaraHartanah

    About the Author

    “Reflection is the lamp of the heart. If it departs, the heart will have no light.” - Imam Al-Haddad.

    9 Responses to “Kelebihan Doa Qunut Serta Bacaannya”

    1. wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

      terbaik
      sharing is caring
      sama-sama la kita menghayati doa qunut ni

      [Reply]

    2. iza Mozilla Firefox Windows says:

      As salam..
      perkongsian yg bagus. Sebahagian dr kita tak pandai membaca doa qunut sbb tak pernah bangun solat subuh…
      Nauzubillah…

      [Reply]

      Nine Mozilla Firefox Ubuntu Linux Reply:

      Wsalam Terima kasih Iza :)

      [Reply]

    3. suri Google Chrome Windows says:

      dulu tak hapal doa ni guru tak bagi masuk kelas..klu nak masuk kene berdiri smpi hbis kels dia huuu :choler:

      [Reply]

      Nine Mozilla Firefox Ubuntu Linux Reply:

      Ye ke, takpe skrg dah hafal kan ? hehe

      [Reply]

    4. suri Google Chrome Windows says:

      doa yg wajib di baca dlm solat subuh

      [Reply]

      Nine Mozilla Firefox Ubuntu Linux Reply:

      A Ah betul tu Suri :)

      [Reply]

    5. aizamia MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

      salam. maaf kalau nak tegur skit. rasanya, qunut yg dipaparkan dalam tulisan arab tu adalah qunut nazilah. tidak selari dgn maksud qunut dan bacaannye dalam rumi pada rakaat kedua solat subuh yg awak bg. boleh tolong cek balik x? kalau sy salah tolong bgtau ye.

      [Reply]

      Nine Mozilla Firefox Windows Reply:

      W’salam, terima kasih kerana berkongsi pendapat, ok nanti saya check balik, terima kasih kerana menegur saya, saya suka, pendapat yang membina :)

      [Reply]