Archive for April, 2011

[QUICKPRESS] Anak Jutawan Kaspersky Di Culik

Friday, April 22nd, 2011

Jutawan Eugene Kaspersky

MOSCOW : Anak jutawan perisian komputer Russia, Eugene Kaspersky diculik di bandar raya ini.
Penculiknya menuntut bayaran 3 juta euro (RM13 juta) untuk pembebasannya.

Laman berita web, Lifenews.ru melaporkan semalam, penculik yang tidak dikenali itu melarikan Ivan Kaspersky, 20, Selasa lalu dan menuntut bayaran tebusan daripada bapanya menerusi telefon.

Kaspersky yang mengasaskan syarikat antivirus komputer, Kaspersky Lab, terbang pulang dari London ke Moscow. Laman web Gazeta.ru melaporkan, sumbernya dalam pasukan keselamatan mengesahkan Ivan Kaspersky diculik. Sementara itu, agensi berita Interfax memetik satu sumber sebagai berkata, Ivan Kaspersky hilang Selasa lalu dan gerakan mencari dilancarkan oleh perkhidmatan perisikan dan polis. – AFP

* Sumber dari Metro.

** Kalau saya, mintak AV Kaspersky untuk seumur hidup cukup la. Sure dia tak marah punya. Hehe.

Popularity: 2% [?]

3

Anda Pernah Terfikir Tak Perkara2 Ini ?

Sunday, April 17th, 2011

Salam. Saya sebenarnya tak de idea sangat nak blogging 2 -3 hari nih dan letih badan sama. Sebab sekarang bila time free, saya duk kayuh basikal bagi keluar peluh. Badan saya makin naik, so jadi lemah sikit badan nih sebab dah berisi, tu yang duk bersenam dengan kayuh basikal jek. Lama dah tak bersenam, bila bersenam lama sikit, badan sakit2 otot. Nak blogwalking pun tak sempat sangat. Sorry kawan2. Nak bagi sihat badan sikit buat sementara waktu dulu. Blog pun banyak hari tak update dah.

Tapi nasib baik, coz saya terjumpa artikel nih di majalah. Copy jer. Tapi syok jugak bila saya baca artikel nih and saya tersenyum sorang2 bila baca walaupun artikel nih bukan artikel lawak. Sebabnya coz duk pikir benda nih betul ke tidak ? Atau secara kebetulan jer. Nih saja saya post. Boleh jugak kita pakat tahu sama2.

 

Artikel dia berbunyi macam nih, panjang gak sorry :

  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
  13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun caci dan cela.
  14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

* Kebetulan ker apa ek ? Kadang2 pikir macam betul pula. Haissh.

** Basikal yang saya duk kayuh tu petang2 tu, saya update kat live blog saya : live.carnine9.net.

Popularity: 2% [?]

3

Pastikan Anti Virus Anda OK

Thursday, April 14th, 2011

Salam. Entri pendek jer untuk malam nih. Tapi kalau anda berminat, jum baca sampai habis dan cuba. Saya lagi suka walaupun banyak entri saya ayat2 tak best dan banyak merapu. Kadang2 nak cuba penulisan bagi ok, tapi duk gagah juga, tak mau nak jadi elok =(

Antivirus Icons

Hmm kat dalam dunia ni ada macam2 jenis Antivirus kat pasaran. Saya mengunakan Kaspersky 2010 (baru renew 2 kali untuk dua tahun), sampai sekarang mmg puas hati sangat2. Manakala untuk PC saya menggunakan AVG Internet Security 2011. Kalau nak yang date due sampai 2018, boleh search kat Youtube. Banyak key diorang letak kat ruangan komen. Tak kisah la anda guna apa pun jenis Antivirus kan, jom kita buat satu eksperimen mudah untuk periksa Antivirus kita tu ok ke tak, berfungsi untuk halang virus2 masuk atau tidak.

Jom cuba try test.

1. Pertama sekali buka Notepad anda.

2. Copy dan paste ayat ini dalam Notepad anda -> X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3.  Save note tadi sebagai -> virus.com

4. Kalo Antivirus anda berfungsi dgn baik, dia akan block virus tadi. Macam saya tak sempat nak save tapi Antivirus sudah detect sebagai virus.

5. Kalo tak detect, mungkin anda dah sampai “seru” untuk guna Antivirus lain. Kemungkinanlah.

Camner ? Detect tak ? Rasanya semua detect. Saya cuba di kedua2 AV saya, terus detect.

* Kredit entri kepada nick budak botak kat forum Carigold.

Popularity: 3% [?]

6

Pastikan RAM Rosak Sebelum Membeli

Sunday, April 10th, 2011

Salam. Anda tahu kan RAM (Random Access Memory) komputer ? Suka beli kan ? Kalau dapat dan guna yang 2Gb ke atas memang komputer kita masyukkk kan ? Laju macam jet ski kan ?  Ok, nih saya ambik dari sumber di salah satu forum. Nih adalah salah satu  tips daripada pakar repair komputer. So baik anda baca nih sebelum beli RAM baru. Sebab sebelum nih, saya pun tak tahu. Huhu.

Ok, selama beliau berkecimpung dalam bidang komputer dan repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi beliau adalah RAM. Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak.

Caranya2 memang mudah saja :

1. Kenalpasti masalah RAM.
Cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep. Bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard (papan induk) anda. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS (Basic Input Output System) mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak diletakkan dengan betul. Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna.
2. Cabut RAM anda.
Banyak komputer saya dah cuba bagi tips ni. Cabut RAM anda daripada motherboard.Gunakan pemadam pensel (yang putih tu, masa zaman belajar dulu2) gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering, sebab apa ? Salah satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan (cap jari @ sebagainya) atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.
3. Berus Slot RAM.
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker ? Tak kisahlah yang penting (berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya). Proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.
4. Pasang semula RAM anda.
Anda boleh pasang semula RAM anda,jika ada masalah lagi, barulah confirm RAM anda memang dah rosak.

* Cuba dulu tips ni sebab banyak komputer yang beliau baiki, pelanggan cakap RAM rosak. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
** Jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
*** Anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, Network card @ Soundcard.

Popularity: 6% [?]

[QUICKPRESS] Gambar Botol Coca Cola Mengikut Tahun Dan Sejarah

Friday, April 8th, 2011

Botol Coke Dari Tahun 1899 Hingga 1986

Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada 8 Mei 1886 oleh John Styth Pemberton, seorang ahli farmasi dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Dialah yang pertama kali mencampur sirap karamel yang kemudian dikenali sebagai Coca-Cola. Frank M. Robinson, sahabatnya sekaligus akuantan John, menyarankan nama Coca-Cola kerana berpendapat bahawa dua huruf C akan nampak menonjol untuk periklanan. Kemudian, dia menciptakan nama dengan huruf-huruf Spencer, dan lahirlah logo paling terkenal di dunia ini.

Dr. Pemberton menjual ciptaannya dengan harga 5 sen per / se- gelas di rumahnya dan mempromosikan produknya dengan membagi ribuan kupon yang dapat ditukarkan untuk menikmati satu minuman ini secara percuma. Pada tahun tersebut ia menghabiskan sebanyak US$46 untuk membiayai periklanan. Pada tahun 1892, Pemberton menjual hak cipta Coca-Cola ke Asa G. Chandler yang kemudian mendirikan perusahaan Coca-Cola pada 1892.

Resepi Coca-Cola :

  • Fluid extract of Coca : 3 drams USP.
  • Citric acid : 3 oz.
  • Caffeine : 1 oz.
  • Sugar : 30 (unclear quantity).
  • Water : 2.5 gal.
  • Lime juice : 2 pints, 1 quart.
  • Vanilla : 1 oz.
  • Caramel : 1.5 oz or more for color.

Rahsia perisa 7X (guna 2 oz perisa untuk 5 gals sirap) :

  • Alcohol : 8 oz.
  • Orange oil : 20 drops.
  • Lemon oil : 30 drops.
  • Nutmeg oil : 10 drops.
  • Coriander : 5 drops.
  • Neroli : 10 drops.
  • Cinnamon : 10 drops.

** Apa macam ? Dah dapat secret resepi yer kat atas tu, jum kita buat plak, kut2 boleh jadi kaya macam dia. Hehe.

Popularity: 6% [?]

Kelebihan Doa Qunut Serta Bacaannya

Sunday, April 3rd, 2011

Salam di pagi ahad. Entri agak panjang tetapi untuk kebaikan kita bersama walaupun kita berjauhan di negeri masing2. Hehe. Buat lawak poyo lak Nine nih.

Kelebihan Doa Qunut.


Doa qunut ada tiga macam. Pertama, doa Qunut Nazilah, isitu doa yang dibacakan setelah ruku’ (i’tidal) pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunnah hai’ah (kalau lupa tertingal tidak disunatkan bersujud sahwi). Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (mushibah) yang menimpa, seperti bencana alam, selsema burung dan lainnya.

Qunut Nazilah ini mencontohi Rasulullah SAW Yang memanjatkan doa Qunut Nazilah selama satu bulan atas mushibah terbunuhnya qurra’ (para sahabat Nabi SAW yang hafal al Qur’an) di sumur Ma’unah. Juga diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. bahawa “Rasulullah SAW kalau hendak mendoakan untuk kebaikan seseorang atau doa atas kejahatan seseorang, maka beliau doa qunut setelah ruku’ (HR. Bukhori dan Ahmad).

Kedua, qunut solat witir. Menurut pengikut Imam Abu Hanifah (hanafiyah) qunut witir dilakukan dirakaat yang ketiga sebelum ruku’ pada setiap solat sunnah. Menurut pengikut Imam Ahmad bin Hambal (hanabilah) qunut witir dilakukan setelah ruku’. Menurut Pengikut Imam Syafi’i (syafi’iyyah) qunut witir dilakukan pada akhir solat witir setelah ruku’ pada separuh kedua bulan Ramadhan. Akan tetapi menurut pengikut Imam Malik qunut witir tidak disunnahkan.
(more…)

Popularity: 55% [?]

9

Manfaatkan Penulisan Blog Untuk Perjuangan Islam

Saturday, April 2nd, 2011

Manfaatkan Penulisan Blog Untuk / Dalam Perjuangan Islam

Salam. Nih cuma petikan saya ambik dari salah satu suratkhabar di Malaysia. Ada betulnya juga bila baca, tapi harap kepada blogger2 jangan pulak  terasa, sebab saya mahu berkongsi sahaja. Sebab saya pun bukannya baik sangat dan arif pasal agama. Just untuk renungan kita bersama sahaja yer.  Sebab entri2 saya pun banyak juga yang merapu – merapan.

Pada hari ini,kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar pembaca dan rakyat yang ada disekitar kita.

Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun. Hehe, macam saya juga, sebab saya pun jarang update selalu.

“Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan laman rumah dipenuhi dengan lalang dan semak samun, lepas tu dia menjemput kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tidak payah buat blog,” tegas beliau.

Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah – kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa. Nota :  Jangan terasa yang ini yer, sebab bukan pendapat saya tetapi pendapat seorang ustaz. Macam saya kata tadi cuma untuk renungan sahaja.

Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.

“ Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing – masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini. ”

Nabi Muhammad S.A.W dahulu, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda.

Ini adalah pendapat dari Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

* Siggy Typo tu silap ayat – dalam, actually – untuk, malas nak alter lain, terlupa buatkan dalam bentuk psd tadi. Kalau nak siggy / business card PSD tu boleh download di sini.

Popularity: 2% [?]

2

side digi award 120 Banner