February 24th, 2011

Salam. Hari nih hari Khamis iaitu malam Jumaat, pasti ramai sahabat2 saya membaca surah Yassin pada malam hari. Di sini saya ingin kongsikan kebaikan & 14 fadhilat membaca surah Yassin ini.

Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu :

  • Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi “kenyang”.
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat “pakaian”.
  • Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  • Jika “terpenjara” akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
  • Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al- Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al- Quran sebanyak 10 kali.
  • Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
  • Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  • Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang – orang yang munafik.

** Berwasiat – wasiatan lah dengan kebenaran dan kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.

Tags: , , , , , ,

BicaraHartanah

About the Author

“Reflection is the lamp of the heart. If it departs, the heart will have no light.” - Imam Al-Haddad.