Alborz Fallah Dengan Keretanya
Pada bulan Jun 2006 seorang anak muda telah mula berblog dengan tiga buah blog. Tapi antara ketiga – tiga blognya, hanya satu yang berjaya, bukan sekadar berjaya tapi sangat berjaya. Nama anak muda tersebut ialah Alborz Fallah dari Australia dan nama blognya ialah CarAdvice.com.au. Dari nama blog pun kita tentu dapat agak pastinya berkisar tentang kereta. Pencapaiannya (pendapatan) memang menakjubkan walau hanya berblog selama dua tahun sahaja. Kini blognya merupakan diantara top ten traffic di Australia dan meraih pendapatan berbillion dollar dari pengiklanan.
Dengan berblog juga beliau telah dapat pergi ke Eropah untuk memandu uji kereta – kereta yang berprestij yang pernah direka. Dengan blognya juga Alborz boleh dikatakan sebagai seorang amat bertuah dan perniagaan sebenarnya adalah blognya.
Apa yang menarik tentang beliau ialah, beliau telah memulakan langkah berblog sebagai seorang yang tidak dikenali. Pada awalnya beliau tidak pasti apa jenis blog yang hendak dikendalikannya dan beliau membuat keputusan untuk membuka tiga blog sekaligus. Bila beliau dapati blognya yang berkisar tentang kereta yang meningkat naik maka, dua lagi blognya telah dibatalkannya.
Pada awal beliau telah meletakkan iklan AdSense pada blognya, pendapatan yang diperolehi adalah sekitar $10.00 sehari. Selepas beberapa bulan pendapatannya telah meningkat sekitar $100.00 sehari. Dari situ beliau mula menggunakan kaedah pengiklanan yang lain pula. Pada ketika itu pendapatannya melalui iklan telah meningkat kepada $30,000.00 sebulan. Dianggarkan pendapatannya dari blognya sekarang adalah sekitar setengah juta ke satu juta dollar setahun.
Seperkara lagi yang menarik ialah, pada waktu itu beliau menguruskan blognya secara separuh masa (part time). Bila beliau merasakan beliau sudah sepatutnya menguruskan blognya secara sepenuh masa, sebahagian dari blognya telah dijual kepada pelabur dan bermulalah kariernya sebagai blogger sepenuh masa.
Popularity: 6% [?]







