August 17th, 2010

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam lagi. Kalau free2 nanti bacalah naa, sebab tak sempat nak update buat sementara waktu nih. Tengah buat part time cari duit skit. Untuk lepas beli baju melayu sepasang :D (susahkan aku) . Rasa tahun nih duk berkenan kaler Peach. Ada tengok seorang hamba Allah tu pakai time solat jumaat hari tu, nampak cool gak. Peach ok ker ? Hmm takpe biar yang tu, artikel bawah nih pun main rembat dari paper je. Tak dapat nak online seperti selalu,  5 or 10 jam setiap hari. Sekarang 3 jam jer abis lama. Kalo tak sedap juga, sempat nak update penulisan (walaupun tak berapa pandai) or BW. Cuma weekend jer la agak free sedikit.

Ok, straight to Ampang Point & Maju Junction.

Nabi Musa adalah satu – satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T.  Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi – nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. ” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. ” Apa hal ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium, kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “ Wahai saudara ! Apa agama kamu ? “. ” Aku agama Tauhid “, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. ” Habis, mengapa kamu membela babi ? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

” Wahai tuan hamba “, kata pemuda itu. ” Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari – hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. “ Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.“, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ” Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah – mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.

* Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

** Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Tags: , , , , , ,

BicaraHartanah

About the Author

“Reflection is the lamp of the heart. If it departs, the heart will have no light.” - Imam Al-Haddad.

17 Responses to “Doa Anak Yang Soleh Dapat Menebus Dosa Ibu Bapa”

  1. ashraf AUSTRALIA Google Chrome Windows says:

    betul apa yg ko kata nine..bila ibu bapa kita dah tiada hanya doa anak yg soleh mampu membantu ibubapa kita di akhirat. allah ampunkan dosa ibu dan bapaku serta ku sekeluarga..amin :wink:
    .-= ashraf´s last undefined ..Response cached until Tue 17 @ 21:07 GMT (Refreshes in 55 Minutes) =-.

    [Reply]

    ashraf AUSTRALIA Google Chrome Windows Reply:

    haha, raya dah dekat bro. tak sabar lak rasanya..aku tak tahu lagi nak raya mana tahun ni kalau raya perlis leh la ko mai umah aku tapi kalau rumah mertua tak jumpa la kita raya ni…Kelantan wei….
    .-= ashraf´s last undefined ..Response cached until Tue 17 @ 21:13 GMT (Refreshes in 54 Minutes) =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    yup, betul tu bro, hanya anak yg soleh mampu berdoa unutk ibubapa kita, hapuskan dosa2 mereka di dunia..

    owhh, takpe tengok raya nih camner..Azza org klate ek..aku ingat org Perlis gak hehe, tq bro sudi ajak aku.. :)
    .-= Nine´s last blog ..Doa Anak Yang Soleh Dapat Menebus Dosa Ibu Bapa =-.

    [Reply]

  2. wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    Kita sebagai anak hendaklah sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapa
    .-= wazy´s last blog ..Seksyen 302 Langkah Wajar Elak Buang Bayi =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    Yup betul tu bro, tumpang diorang masih ada, nanti kalo dah takde, nyesal pun tak guna dah kan.. ;-(
    .-= Nine´s last blog ..Islamic Icons Pack 2010 Percuma =-.

    [Reply]

  3. iRfan Johan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    secara ilmiah nyer..jdi lah anak yg baik, jgan derhaka…sume akan selamat! amin.
    .-= iRfan Johan´s last blog ..Zawani =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    yup setuju ngan jawapan irfan tu, mmg betul .. :)
    .-= Nine´s last undefined ..Response cached until Thu 19 @ 2:25 GMT (Refreshes in 48 Minutes) =-.

    [Reply]

  4. Farah Nasir MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    thanks di atas info nih, yup kita sebagai anak mmg sentiasa doakan untuk ibi bapa kita…

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    yup sama2 Farah, yup betul tu..kita sama2 doa ek ..
    .-= Nine´s last blog ..Berbillion Dollar Hanya Dengan Berblogging =-.

    [Reply]

  5. diden MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    kta kna cma mnghargai ibu bapa sbaik mnkin.. dan ak cba nk mnyampaikan rsa maaf ak kpd ibubapa ak d hri rya ni.. dan hari2 pun
    .-= diden´s last blog ..Auto resize images on every blogger post =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    aku kdg2 ada gaduh gak Diden, bukan gaduh teruk2 la, cuma kdg2 aku mberontak..tapi aku cakap semula n mintak maaf balik..

    bagus niat ko tu Diden..
    .-= Nine´s last blog ..Berbillion Dollar Hanya Dengan Berblogging =-.

    [Reply]

  6. acapz Mozilla Firefox Windows says:

    aku xsmpt bce lagi. aku share kt fb dlu. hee.
    .-= acapz´s last blog ..Blogger Memperkenalkan Komen Spam Filtering =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    ok no prob bro, share jer kat FB, sebar sebarkan :)
    .-= Nine´s last blog ..Berbillion Dollar Hanya Dengan Berblogging =-.

    [Reply]

  7. zik MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    doakannya setiap hari..
    .-= zik´s last blog ..Komunikasi yang berkesan =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    ya Zik betul, doa selepas kita selesai solat sbaiknya… :)
    .-= Nine´s last blog ..Berbillion Dollar Hanya Dengan Berblogging =-.

    [Reply]

  8. ermayum MALAYSIA Google Chrome Windows says:

    mintak kebenaran sharing tq

    [Reply]

    Nine Mozilla Firefox Windows Reply:

    ok jer..amik jer..takde hal :)

    [Reply]