Archive for August 2nd, 2010

Jom Senyum2 Kalau Masalah Datang

Monday, August 2nd, 2010

Ini bukan entri EMO.

Seperti apa yang digambarkan dalam filem, si pengkhianat akhirnya mati di tangan orang yang dikhianatinya itu. Tetapi dalam kehidupan kita tidak boleh berbuat begitu. Setiap pembunuhan dianggap jenayah berat meskipun kita berada di pihak yang benar.

Kehidupan pada hari ini, mahkamah yang akan menentukan siapa benar dan siapa salah. Mahkamah juga yang boleh menjatuhkan hukuman. Tiada siapa boleh membuat hukum sendiri. Jadi, apakah agaknya yang boleh kita lakukan sekiranya terbukti kita telah dikhianati ?

Mereka yang khianat adalah mereka yang membinasakan dirinya sendiri, seolah – olah tidak ingin keredhaan Allah. Jadi, apa nak kisah sangat kan ? Memang kita tidak akan terlawan kalau orang mahu mengkhianati kita, sebab dia (pengkhianat) berada terlalu hampir dengan kita. Orang kata, musuh di seberang masih mudah nampak, tapi kalau musuh dalam keluarga sendiri setelah mengaku pun payah hendak percaya.

(more…)

Popularity: 4% [?]


side digi award 120 Banner