Archive for August, 2010

[CONTEST] Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Sunday, August 29th, 2010

Salam. Hehe. Gelak dulu sebelum mulakan ayat. Saja nak buat style baru.

Contest 2010 : Menang Duit Raya Sehingga RM200 Dari Cdiqlife

Nih saja2 join contest dari saudara cdiqlife.com. Nickname beliau di alam maya, Haru. Saja2 cuba nasib lagi. Banyak gak la aku join contest dari blogger2 lain sebelum nih. Contest nih di namakan  contest menang duit raya sehingga rm200. Kalau dalam cheque, dia tulis  ” dua ratus ringgit  sahaja “. Bab2 duit free nih memang aku pulun sikit. Sapa yang tak mau duit. Ada duit semua jalan. La nih benda semua bukan free. Nak pi kencing kat toilet pun kena 3 kupang dah la nih.

Saudara cdiq nih dari Unimap Perlis. Student situ. Aku kenal pun kat alam maya jer walaupun aku nih orang Perlis gak. Tak nah jumpa lagi. Harap2 suatu nanti akan jumpa beliau jugak,  sebab contest yang beliau anjurkan nih, aku lah bakal pemenangnya itewww, dapat nombor 1, lagi  senang beliau nak bagi duit raya tu hand by hand siap ngan sampul duit raya yang cun. Baru la nampak kemeriahan raya sikit. Hehe. Melawak ja yang nih.

Sebenarnya, contest yang beliau anjurkan nih sempena pemindahan “rumah baru” beliau sebagai blogger tegar, dari platform Blogspot ker WordPress. Tahniah.

Ok la, tak nah celoteh panjang dah , terus ke contest cdiq kenapa dia perlu bagi duit raya kat aku.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com sebab raya tahun nih saya dapat anak saudara sorang lagi. Jadi saya ada dua orang anak saudara tahun nih. Saya jer masih takde anak, sebab acuan takde lagi. So kalau saya dapat duit raya dari saudara cdiq nih, saya nak belikan baju raya dan kasut crocs untuk diaorang. Sebab masa raya time saya kecik2 dulu, parents yang tolong belikan untuk saya, tak silap saya brand abibas dan poma (Made in Thailand). Sekarang saya dah besar panjang tapi rendah, so giliran saya pulak untuk belikan kat diorang. Tapi kalau diorang kata takpe lak pakcik Nine (panggilan saya dari diorang), kami tak perlukan duit raya buat masa sekarang sebab kami masih kecik lagi dan kesian kat pakcik Nine sama, pakcik Nine guna lah duit tu dulu yer. Buat beli hosting ker, domain ker, kami tahu pakcik Nine minat semua tu kan. Sebab kami tengok pakcik duk mengadap pc jer hari2. Buat benda yang sama. Kalau tak buka belog, buka redtube youtube. Teruk jugak pakcik kami sorang nih yer, nasib baik pakcik tak kawen lagi  (kata diorang kepada saya, tapi dalam hati je, sebab diorang tahu saya garang). Haa, nampak tak  ? anak saudara saya pun boleh tahu mengapa saya memang perlukan duit contest nih, paham2 jer la noo. Merapu giler slogan aku =( =(

Hadiah Idea Kreatif :

  • Tempat pertama : RM100.
  • Tempat kedua : RM30.
  • Tempat ketiga : RM20.
  • 2 hadiah saguhati : RM10.

Hadiah Blog Referral Terbanyak :

  • 3 orang referral terbanyak akan memenangi RM10.

Tarikh Tutup Penyertaan :

  • 19/09/2020 iaitu seminggu selepas raya.

* Kalau nak tahu lebih lanjut syarat2 anjuran contest beliau kat sini.

** Banner contest ini yang  bersaiz 125px X 125px (Cdiqlife contest, warna kuning) ada di bawah bahagian comment form. Click jer senang, kalau tak click anda tak menang  :) .

*** Nih mungkin penyertaan pertama contest dari cdiq di blog gapura . IsyaAllah kalau berkesempatan, aku nak try di blog satu lagi.

**** Aku  perlu mendapatkan rawatan Medula Oblaganta dan Serebrum secepat mungkin .

Popularity: 7% [?]

Kelebihan Bulan Ramadhan

Saturday, August 28th, 2010

Nak merapu jap, maaf, aku tak sempat reply komen2 lagi dan juga blogwalking buat sementara waktu nih. Dugaan baru datang pulak, dugaan di bulan puasa, screen lappy aku kadang2 flickering lagi, tapi tak selalu jadi dan tak teruk sangat. Masih ok. Baru semalam jer jadi (on9 tak sampai 1 jam pun). Hari tu dah hantar kedai , dah ok, nih jadi pulak. Tak berapa nak best bila on9, sebab kadang2 screen luppp blank terus. Nih, kadang2 aku guna pc. Takpe, nanti aku akan hantar kedai. Kasi ok balik. Yang pasti aku tak pi dah kat kedai “hanya aku nak install software saja, tiba2 macamana webcam boleh hilang tanpa sebab, aiyakkk“. Sabar itu separuh daripada Iman, Dengki itu sifat Syaitan :) Artikel nih aku google, n jumpa. Duk cari dari semalam lagi,  pasal keajaiban bulan Ramadhan. Jumpa, tapi dalam Bahasa Indon. Takpe dapat yang nih pun ok, janji boleh update walaupun copy n artikel agak panjang, ketagih beb. Hehe. Suka pasal keyword sama la nih. Cheywahh.

Sebelum tu apa kata anda layan dulu,  video awek  hilang sabar. Bila emosi terganggu macam2 perkataan keluar. Kesian2, tapi kalau sabar n diam dulu lagi ok kut.

Sempat Buat Typo

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu – pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. – Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi -

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi -

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik, Ahmad dan Baihaqi -

(more…)

Popularity: 5% [?]

[SEO CONTEST] Senarai Peserta Hidup Seorang Blogger

Tuesday, August 24th, 2010

Contest SEO datang lagi pada tahun ini, seperti biasa, contest HIDUP SEORANG BLOGGER yang dianjurkan oleh saudara denaihati mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan2 bloggers yang hebat2 belaka. Lebih kurang macam kita beli ayam percik masak kurma untuk berbuka puasa dekat bazar ramadhan sekarang nih. Bukan sahaja bloggers2 dari Malaysia, malah dari negara jiran kita pun ada iaitu Indonesia. Semuanya otai2 belaka. Pakar dalam teknik SEO. Ada juga yang ingin saja2 hendak  cuba try test main SEO secara senyap2  :) gud2. Positive thinking. Entri semuanya mantap2. Gaya penulisan yang tersendiri & amat kreatif. Aku baca semua entri perserta2 contest ini sampai terlupa nak sahur & berbuka. Punya asyik. Kisah kehidupan seorang blogger yang sangat menarik yang telah dikongsi bersama oleh para peserta2 ini. Thanks diucapkan. Syabas buat kalian semua. Gudluck dari aku yer.

Contest SEO 2010 : DenaiHati Hidup Seorang Blogger

Saja nak update senarai2 peserta contest ini. Kalau nak ikutkan semua ada 70 peserta yang menyertai contest ini. Aku cuma sempat update yang nih dulu. A – Z.

01. Anarm.Net (Malaysia) - http://anarm.net (PR2)

02. Azmanishak.Com (Malaysia) – http://azmanishak.com (PR4)

03. AzizanKadir.Com (Malaysia) - http://azizankadir.com (PR2)

04. Aizuddin.Com (Malaysia) – http://aizuddin.com (PR3)

05. Apiih.Com (Malaysia) – http://apiih.com (PR3)

06. AzuanRazi.Com (Malaysia) - http://azuanrazi.com (PR4)

07. AizatShafiq (Malaysia) - http://apieceofaword.blogspot.com (PR2)

08. Azizie.Com (Malaysia) – http://azizie.com (PR3)

09. AndyHowtt (Malaysia) – http://andyhowtt.gapuranetwork.net (PR2)

10. Amirez.Com (Malaysia) – http://blog.amirez.com (PR3)

11. Bro Framestone (Malaysia) – http://broframestone.com (PR3)

12. Bang Iwan (Indonesia) – http://amriawan.blogspot.com (PR4)

13. Cuzshar.Com (Malaysia) – http://curshar.com (PR3)

14. Donnyien.Com (Malaysia) - http://donnyien.com (PR2)

15. Dwi Wahyudi (Indonesia) – http://bloggerborneo.com (PR3)

16. EmilaYusof.Com (Malaysia) – http://emilayusof.com (PR4)

17. Faarihin (Malaysia) – http://faarihin.blogspot.com (PR2)

18. Fais (Indonesia) – http://belajar-bersama-pemula.blogspot.com (PR3)

19. Hans (Malaysia) – http://hanspunyablog (PR3)

20. Hurulaini.Net (Malaysia) - http://hurulaini.net (PR4)

(more…)

Popularity: 4% [?]

Masyarakat Barat Mula Mencari Dajjal ?

Monday, August 23rd, 2010

Aku agak tertarik dengan gaya penulisan serta kajian dari saudara ibnuyaacob.com. Boleh dikatakan hari2 aku sering baca dan layari blog beliau. Terutama bab2 kemunculan Dajjal, gerakan Freemason dan Illuminati, pasal video The Arrival, konspirasi barat terhadap Islam dan bermacam2 lagi.  Bila aku perhatikan di sidebar blog beliau ada tulis “Kami menggalakkan mana2 artikel ini disebarkan untuk umum” , so aku pun mula terpikir, bagus juga tujuan saudara ibnuyaacob . Boleh juga aku update blog, sambil menyebarkan penulisan serta kajian beliau.

New World Order ?

Pada lewat 1990-an, sejak beberapa penyiasat konspirasi Yahudi mendedahkan pelbagai perkara tentang Illuminati, Freemason, Bilderberg dan sebagainya, kelihatan muncul juga seiring bersamanya teori – teori tentang, siapa sebenarnya Dajjal ?

Masyarakat Barat mula kelihatan menggila mencari individu yang digelar AntiChrist atau Dajjal ini. Masing – masing (secara inidividu atau kumpulan) mula mendedahkan teori masing – masing tentang siapa sebenarnya Dajjal (AntiChrist).

Teori – teori ini dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada orang terkenal, individu biasa atau peminat konspirasi.

Teori Muhammad Isa Dawud (MID) Tepat.

Yang nih, aku tak pasti , sebab aku tak pernah baca buku2 keluaran beliau. Hanya baca artikel diblog sahaja.

Apakah teori beliau ? Telah diterangkan dengan panjang lebar sebelum ini. Namun dapatlah kita ringkaskan bahawa masyarakat barat 90% sehaluan dengan teori Muhammad Isa Dawud walaupun mereka belum tentu membaca bukunya.

Buku MID (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda sebenarnya telah diterjemah dan telah pun memasuki pasaran US dan Kanada. Amat menghairankan buku ini ditempah banyak oleh kebanyakan perpustakaan – perpustakaan di Amerika dan Kanada (Malangnya di Malaysia, jarang dilihat buku ini ada di perpustakaan).

Pengaruh buku ini yang diterbit sejak 1997 amat mempengaruhi pemikiran masyarakat Barat. Ini kerana kajiannya meliputi semua aspek metodologi penyelidikan. Masyarakat barat langsung tidak menganggap bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai raksasa, makhluk gergasi, haiwan ganjil atau makhluk asing. Mereka tetap menganggap ianya seperti manusia biasa tetapi amat berpengaruh. MID (Muhammad Isa Dawud) telah menyatakan dalam kajiannya bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penguasa dan sebagai manusia biasa tetapi ada pengaruh.

(more…)

Popularity: 12% [?]

[PERSONAL] Kereta Lama Untuk Dijual

Saturday, August 21st, 2010

Salam Ramadhan dan selamat hari sabtu. Semoga bulan ramadhan nih kita di berkati Allah selalu.

Entri Personal.

Setelah difikirkan banyak kali, dah lama nak buat entri nih sebenarnya, tapi malu sebab kereta agak buruk. So sesiapa yang berminat, kalau boleh orang utara (Kedah or Perlis) sebab senang aku nak deal. Yang penting boleh datang tengok keadaan kereta nih. Kereta nih pun dah lama aku abis bayar. Sekarang, kadang2 cuma adik laki aku yg masih menuntut di Gombak sedang pakai kereta ni kalau dia balik cuti semester.

Pandangan Dari Depan

Geran kereta semua ada kat aku. Nama kereta nih memang la nama aku. Kereta nih berada di rumah ayah & mak aku di Perlis. Tak de siapa yang bawak kecuali adik laki aku tu. Harga boleh di runding. Kalo mengikut harga market value memang tak sampai RM12K kut. Sebab tahun 1996 tu. Kereta lama.

Exterior (Luaran).

  • Bodykit original Mivec (sideskirt, spoiler, bumper, bonet & lip).
  • Warna Black Metallic.
  • Rim Sparco White 15 inci (8 Hole).
  • Ekzos custom made.
  • Tinted Goldust & Black.
  • Tayar masik elok, 55 series.
  • Enjin 1.6 Injection.
  • Disc Break depan & belakang tapi bukan Brembo.

Interior (Dalaman).

  • Seat Sparco Red.
  • Audio Sony cd player.
  • Stereng Nardi (Italy Original).
  • Turbo Timer FET, Tacometer & Battery Auto Gauge.
  • Carpet Mivec.
  • Door panel Mivec.
  • HKS Air filter.

(more…)

Popularity: 14% [?]

Berbillion Dollar Hanya Dengan Berblogging

Thursday, August 19th, 2010

Alborz Fallah Dengan Keretanya

Pada bulan Jun 2006 seorang anak muda telah mula berblog dengan tiga buah blog. Tapi antara ketiga – tiga blognya, hanya satu yang berjaya, bukan sekadar berjaya tapi sangat berjaya. Nama anak muda tersebut ialah Alborz Fallah dari Australia dan nama blognya ialah CarAdvice.com.au. Dari nama blog pun kita tentu dapat agak pastinya berkisar tentang kereta. Pencapaiannya (pendapatan) memang menakjubkan walau hanya berblog selama dua tahun sahaja. Kini blognya merupakan diantara top ten traffic di Australia dan meraih pendapatan berbillion dollar dari pengiklanan.

Dengan berblog juga beliau telah dapat pergi ke Eropah untuk memandu uji kereta – kereta yang berprestij yang pernah direka. Dengan blognya juga Alborz boleh dikatakan sebagai seorang amat bertuah dan perniagaan sebenarnya adalah blognya.

Apa yang menarik tentang beliau ialah, beliau telah memulakan langkah berblog sebagai seorang yang tidak dikenali. Pada awalnya beliau tidak pasti apa jenis blog yang hendak dikendalikannya dan beliau membuat keputusan untuk membuka tiga blog sekaligus. Bila beliau dapati blognya yang berkisar tentang kereta yang meningkat naik maka, dua lagi blognya telah dibatalkannya.

Pada awal beliau telah meletakkan iklan AdSense pada blognya, pendapatan yang diperolehi adalah sekitar $10.00 sehari. Selepas beberapa bulan pendapatannya telah meningkat sekitar $100.00 sehari. Dari situ beliau mula menggunakan kaedah pengiklanan yang lain pula. Pada ketika itu pendapatannya melalui iklan telah meningkat kepada $30,000.00 sebulan. Dianggarkan pendapatannya dari blognya sekarang adalah sekitar setengah juta ke satu juta dollar setahun.

Seperkara lagi yang menarik ialah, pada waktu itu beliau menguruskan blognya secara separuh masa (part time). Bila beliau merasakan beliau sudah sepatutnya menguruskan blognya secara sepenuh masa, sebahagian dari blognya telah dijual kepada pelabur dan bermulalah kariernya sebagai blogger sepenuh masa.

Alborz Fallah Start To Blog :)

(more…)

Popularity: 6% [?]

Islamic Icons Pack 2010 Percuma

Wednesday, August 18th, 2010

Di sini aku ingin kongsikan 52 set Islamic Icons yang berkualiti tinggi dan juga agak menarik. Icon ini disajikan dalam format PNG dan ICO. Boleh digunakan samaada untuk Windows, Linux dan juga Mac. Aku kumpulkan serentak semuanya, aku kutip dari web DeviantART dan Rar kan ke dalam satu folder. Terdapat dalam size 512px X 512px dan juga 325px X 327px.

Apa definasi Icon ? (sumber google).

1. A graphic symbol (usually a simple picture) that denotes a program or a command or a data file or a concept in a graphical user interface

2. Picture : a visual representation (of an object or scene or person or abstraction) produced on a surface;  ” they showed us the pictures of their wedding “; ” a movie is a series of images projected so rapidly that the eye integrates them”.

3. A logo is a graphic mark or emblem commonly used by commercial enterprises, organizations and even individuals to aid and promote instant public recognition. In plainer words a logo is a symbol that represents a company.

Koleksi icon ini juga percuma untuk digunakan secara komersial atau kegunaan peribadi dan anda boleh meletakkannya pada website, blog atau dijadikan sebagai logo.

Sila muat turunnya dibawah jikalau anda berminat (Mediafire & 4shared / 10 mb).

Download :

52 Sets Islamic Icons Pack 2010

Or

52 Sets islamic Icons Pack 2010

** Dugaan banyak juga kat aku dalam bulan Ramadhan yang indah nih :woot:

Popularity: 5% [?]

Doa Anak Yang Soleh Dapat Menebus Dosa Ibu Bapa

Tuesday, August 17th, 2010

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam lagi. Kalau free2 nanti bacalah naa, sebab tak sempat nak update buat sementara waktu nih. Tengah buat part time cari duit skit. Untuk lepas beli baju melayu sepasang :D (susahkan aku) . Rasa tahun nih duk berkenan kaler Peach. Ada tengok seorang hamba Allah tu pakai time solat jumaat hari tu, nampak cool gak. Peach ok ker ? Hmm takpe biar yang tu, artikel bawah nih pun main rembat dari paper je. Tak dapat nak online seperti selalu,  5 or 10 jam setiap hari. Sekarang 3 jam jer abis lama. Kalo tak sedap juga, sempat nak update penulisan (walaupun tak berapa pandai) or BW. Cuma weekend jer la agak free sedikit.

Ok, straight to Ampang Point & Maju Junction.

Nabi Musa adalah satu – satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T.  Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi – nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. ” Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku ? “.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. ” Apa hal ini ?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

(more…)

Popularity: 17% [?]


side digi award 120 Banner