Archive for June 30th, 2010

Mardan Palace Antara Hotel Termahal

Wednesday, June 30th, 2010

Tahu kan Mardan Palace ? Antara hotel2 yang paling hebat dan yang  termahal di Eropah. Bilik suitenya pun berharga RM64,200 hanya untuk satu malam. Isk2. Jenuh duk cari duit. Pendapat aku la, pada yang mampu seperti billionare, millionare atau yang dah tak tau nak buat apa dengan duit tu, pasti akan menginap di hotel nih. Mesti takkan lepaskan peluang (dunia). Anda sanggup nak habiskan duit hanya kat hotel ? Kalau aku kaya mcm kenyataan di atas tu pun, memang tak sanggup nak check in hotel nih. Sayang woo duit. Bukan senang nak dapat. Baik aku gi melancong jer kalau ada peluang. Tido di hotel2 yg biasa pun cukup dah. Tapi tak mengapa lah bagi diorang yang mampu, rezeki diorang & masing2 kan. Lagipun Allah yang bagi rezeki , selain kita berusaha cari duit & rezeki di dunia nih :) .

Pemandangan Mardan Palace Di Waktu Siang

Hotel nih terletak di Antalya, Turki, dan hotel ini juga dibangunkan oleh bilionaire Russia, Telman Ismailov, yang melaburkan wang lebih dari RM5.6 bilion.
Antara fakta2 menarik mengenai hotel nih :
  • Bilik suite Mardan Palace ini menggunakan kemasan 2,500 tan emas, 500,000 kristal dan 23,000 meter persegi marmar buatan Itali.
  • Jika mahu menyeberangi kolam renangnya dengan menaiki gondola, ia akan mengambil masa kira2  setengah jam.
  • Spa di dalamnya menyediakan pemandangan bersalji, bilik mandi dilengkapi cermin berbingkai emas, bukan di dinding, sebaliknya di lantai, manakala tandasnya dikendalikan melalui alat kawalan jauh dan pelanggan boleh memilih bantal daripada menu yang disediakan bagi memenuhi kehendak tahap kelembutan yang pelanggan @ kita ingini. Huhu..sakan eh :)
  • Sebotol champagne (haram bagi umat Islam) pula dijual pada harga RM140. Yang nih kita kita takyah duk cuba2 la. Semua orang tahu arak @ minuman keras adalah haram bagi umat Islam.
  • Landskapnya pula dicipta untuk menghasilkan pantai persendirian hasil penambakan 9,000 tan pasir yang diimport dari Mesir.

(more…)

Popularity: 3% [?]


side digi award 120 Banner