June 21st, 2010

Dadah! Kalau kita lihat di akhbar2 tempatan sekarang, makin hari makin ramai yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ni, tak kira samaada golongan remaja, dewasa, veteran, artis/selebriti, GRO  dan ramai lagi. Tapi tak semua orang maksud aku ni. Setiap hari  mesti ada artikel pasal penyalahgunaan dadah nih di berita mahupun media semasa. Seronok ke stone / stim / high nih ? Maybe seronok bagi yang pernah mencubanya. Apabila kepala dah “high” , buat kerja semua lancar bagi penagih tegar. Tapi bila takde duit nak beli “barang” dan nak “high”, mulalah mencuri,pecah rumah, ragut ke apa ker. Ye la, mana taknya,  badan dah sakit2, buat apa pun mesti tak boleh punyalah. Aku sure & gerenti sangat yang ni (Hai, macam pengalaman jer ?). Takla, aku isap rokok jer. Daripada isap dadah baik isap benda lain. Ada lagi  yang boleh buat bagi kita stim . Hehe. Gurau jer.

Ok, disini aku ada info sedikit pasal 5 orang Raja Dadah Dunia  (Otai/ Tokan Dadah). Nih pun sumber aku amik dari Kosmo 3 hari lepas.

1. Pablo Emilio Escobar Gavira.

  • Raja dadah terkenal dan paling ganas daripada rangkaian Medellin Cartel.
  • Pada tahun 1993, Escobar mati di bawah tangan sekumpulan polis Columbia.
  • Selepas kematian, kumpulan Mendellin Cartel berpecah – belah dan pasaran dadah jenis kokain mula diambil alih oleh pihak lawan, Cali Cartel.

2. Amado Carillo Fuentes.

  • Penyeludup dadah utama di Mexico.
  • Bekalan kokain yang dibekalkan Carillo ke Amerika Syarikat (AS) adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyeludup – penyeludup lain di dunia.
  • Memiliki empayar kekayaan bernilai lebih RM81.58 bilion.
  • Turut dikenali sebagai El Senor De Los Cielos (Raja Langit).
  • Merintis penggunaan lebih 22 buah pesawat peribadi untuk menghantar kokain keluaran Columbia ke sejumlah lapangan terbang utama dan lapangan terbang kecil di serata Mexico.

3. Osiel Cardenas Gullen.

  • Raja dadah daripada kumpulan Gulf  Cartel yang asalnya beliau adalah seorang mekanik.
  • Menerima jolokan Pembunuh Kawan kerana tindakannya membunuh Chava Gomez yang mengemudi Gulf Cartel pada ketika itu.
  • Banyak kontroversi yang ditimbulkan oleh Cardenas sehinggakan Biro Siasatan Persekutuan AS menawarkan RM6.5 juta untuk penangkapan Cardenas.
  • Ditangkap Tentera Mexico dalam satu pertempuran dengan Gulf Cartel pada 14 Mac 2003 di Matamoros, Mexico.

4. Joaquin Guzman Loera.

  • Selepas Cardenas, Loera menjadi ketua pengedar dadah utama di Mexico.
  • Bijak dan gemar menggunakan terowong – terowong yang rumit untuk menyeludup kokain dari Mexico ke AS sekitar awal tahun 1990 – an.
  • Pada tahun 1993, usaha Loera unutk menyeludup 7.3 tan kokain ke AS terkandas. Taktik penyeludupan yang menggunakan bertin – tin serbuk lada sebagai tempat simpanan dadah terkandas apabila bekalan itu dirampas oleh pihak berkuasa di Tecate, Baja California.
  • Dipenjarakan pada tahun 1993 dan berjaya meloloskan diri dengan merasuah pada tahun 2001.

5. Gilberto Rodriguez – Orejuela & Jose Santacruz – Londono.

  • Merupakan pengasas kumpulan Cali Cartel sekitar tahun 1970 – an.
  • Menggunakan status sebagai pengguna halal.
  • Mulanya, mereka terlibat dalam aktiviti penculikan dan penghasilan barangan tiruan. Kemudian, perniagaan itu berkembang kepada penyeludupan kokain dari Peru dan Bolivia ke Colombia.

Adakah Kita Mahu Jadi Seperti Ini ???

*Peringatan dari kata2 Zakian Anas (999) dahulu : Jenayah Membawa Padah.

** Sumber : listverse.com

Popularity: 27% [?]

Related Posts

  • Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai
  • Islam Agama Kedua Terbesar Di Itali
  • Dalam Dua Hari Tentera Perang Salib Membunuh 40 Ribu Orang Islam
  • 15 Keajaiban Kaabah
  • Nik Aziz Disenarai Sebagai Tokoh ISLAM Ke 42 Tersohor Di Dunia

Tags: , , , , , , , ,

BicaraHartanah

About the Author

“Reflection is the lamp of the heart. If it departs, the heart will have no light.” - Imam Al-Haddad.

23 Responses to “Senarai 5 Raja Dadah Dunia”

  1. wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    Best gak info ni,sesekali usha pasal sindiket dadah luar negara . keep it up bro
    .-= wazy´s last blog ..Selamat Hari Bapa 2010 =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    tq bro, saja jer, tak tau nak update ape..

    diorang nih maybe setakat bunuh org tu dah biasa jer.. :woot:

    [Reply]

  2. AyieBlog MALAYSIA Google Chrome Windows says:

    Salam,nine hebatlah kau erk? tahu pasal pusher2.. sorrylah kau massage aku tak reply tak ada mood :) .. sorry sangat2
    .-= AyieBlog´s last blog ..Terengganu Nelang….. =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    Wsalam Ayie, tahu pun dari paper jer..pasal pusher2 kat sini tak amik port sgt..tak brani hehe..

    owh pasal sms tu no prob lah..its ok ayie.. :)

    [Reply]

  3. acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    bro. apa yg hsp bnda len kasi kite stim?!. hahaha. siut. grr ;P. btw nice artikel pasal dadah ni. bnyk dadah dari mexico r kn. huh.

    bob marley!. yey. tiba2 ;P
    .-= acapz´s last blog ..Happy Father’s Day =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    a ah betul bro, mexico ngan columbia mmg top 10 pasal dadah nih…

    hehe bob marley..mmg kaki stim nyer dia ..R.I.P dah..

    ko mesti paham nyer isap yg lain tu haha :D

    [Reply]

    acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    haha. bob marley tetap legend. terbaik ;P

    haha!. mmng aku sntiasa phm bro. dun worry. hee ;D
    .-= acapz´s last blog ..Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5 =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    No woman no cry, ngan shot the sheriff best hehe yup dia legend mcm kurt cobain gak..bidang music & stim sama..

    hehe..yup pasal stim lain tu aku tau ko paham.. :love:

    [Reply]

  4. tak ada untung nya isap dadah..mgdar dadah…

    apa yg pasti akan dapt mati copek adelah..huhu..

    BELIA SIHAT TANPA DADAH!

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    betul tu Suri..kalo kaya ngan dadah pun tak berkat..dah la jadi buruan polis..

    Say no to drug :D

    [Reply]

  5. Liyana MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    woah, kagum ah. bukan kagum sebab diorang mengedar, tpi kagum sbab time diorang mati ada nama.. hehehe.. ish, mintak dijauhkan anak Malaysia jadi macam ni. nak carik duit cepat tak fikir akibat.. haih
    .-= Liyana´s last blog ..SMS oh Hadiah =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    haha betul tu Liyana..ada nama, ada duit, tapi musuh pun pasti ramai..

    baik kije biasa tapi rezeki halal.. :)

    [Reply]

  6. Wan Perlis Mozilla Firefox Windows says:

    stok tempah maut

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    hehe betul tu Wan..

    [Reply]

  7. azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    geng2 amerika ni,..mmg kuat la dadah..nak2 colombia..raja tu..huhu
    .-= azizan4444´s last blog ..Selamat Hari Jadi ; 1K Hadiah Daripada Nuffnang =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    yup setuju Zan, columbia mmg kokain top..tak silap aku dah jadi sumber kewangan diorang.. ;-(

    [Reply]

  8. lazaac MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    saiful apek termasuk sama tak..? :)

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    Hehe..dia silap sikit jer, sebab kena marijuana tu n dia pun org kenal..jgn mengedar dah la..lagi tempah maut.. :D

    [Reply]

  9. syahrilhafiz MALAYSIA Mozilla Firefox Ubuntu Linux says:

    erm selalu nak tawu info pegi pameran2 tu aje.. tak de plk dia tunjujk raja2 dadah..
    thnk share
    .-= syahrilhafiz´s last blog ..Muka Aku Ketat Ker??? =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    yup kalo pameran dia selalu tunjuk dadah2 , penggunaan, dan akibat dia kan..selalu gak tengok ..

    raja dadah mmg takde sebab rasanya tak ok dgn pameran kut hehe.sebab kadang2 student2 sekolah gi tgk..

    sama2 bro, tq sudi komen :)

    [Reply]

  10. kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    Ada seorang kawan aku guna nama Pablo Escobar tu.. tak tau pula yg tu raja dadah nombor 1..

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    ye ke..saja2 kut bro kulanz kwn bro guna nama tu…nick name dia kut hehe… :)

    [Reply]

  11. armouris MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    info tentang dadah di SIHAT SELALUFaktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah

    [Reply]