Archive for May, 2010

11 Fakta Yang Hampir Benar

Sunday, May 30th, 2010

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium, kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan. Haha.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. “Laksa kedah” pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita ” laksa mana ni? ”

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu ‘babi queue’ haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap ‘cibai’ kat depan orang tua – tua. Huhu.

7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat ke dalam mulut. Hoho.

8. Si Bohsia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P. Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L. Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau – kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau – kalau mati esok.

* Sumber dari forum : Friendkorner Dot Net. Thanks too Stan :)

Popularity: 5% [?]

Honda Civic Sepupu Kena Curi

Tuesday, May 25th, 2010

1st sekali aku sgt terkejut dgn perkara nih. Aku baru tahu semalam jer daripada sepupu aku. Tanya dia kat Facebook. Aku simpati sangat dengan dia. Apa punya pencuri sanggup buat macam nih. Siap curi kat rumah plak tu. Berani sungguh. Tak kesian kat orang ker ? Aishh pencuri mana ada sifat kesian. Huhu. Beli kereta bukan dengan air liur. Duit titik peluh sendiri. Harap dia bersabar. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Setahu aku, sepupu aku beli Honda nih pada tahun 2006. No plat pun WFM 2006. Kereta nih lama dah keluaran dia. Tapi beliau convert kepada model 99′ EG.

Daripada warna standard, beliau tukar ke warna putih. Setahu aku rim 15 inci SSR dia saja beli dalan harga RM2500. Kat kedai potong. Bodykit tukar ke Civic EG 99′ RS Type -R termasuk sunroof. Tak silap aku dia abis dalam RM40k untuk modifikasi sahaja termasuk tukar enjin ( V-Tec ). Banyak tu. Kalo aku jadi dia , dah lama aku nangis siang malam. Buat apa pun takde mood. Mesti duk pikiaq.

(more…)

Popularity: 8% [?]

[PERSONAL] Kronologi Afrina Safiya 2006 – 2010

Tuesday, May 18th, 2010

Salam. Buat apa tu kawan2 ? Dah makan ke ? Kalo belum jum layan entri nih dulu. Hehe.

Idea nak taip takde dan malas sama hehe. Layan gambar, tentang anak saudara aku ( Nur Afrina Safiya Binti Zulfikar ) yang sekarang nih dah berumur nak masuk 4 tahun. Lahir pada 07 – 09 – 2006 kat Alor Setar, Kedah. Ni pun aku jumpa gambar yang ada kat pc. So aku teringat nak update pasal dia ( Afrina Safiya ). Lagipun aku memang suka dengan budak2 nih.

Setahun ( Baru Duk Merangkak )

Owh gambar anak saudara aku masa baby ada kat ayah ngan mak dia. Malas nak mintak plak.

Hampir 2 tahun ( Boleh Berjalan Dah Kut Masa Nih/ Macam Gangster Cina )

(more…)

Popularity: 5% [?]

[QUICKPRESS] Dajjal Adalah Manusia Berjasad ?

Friday, May 14th, 2010
Tazkirah Jumaat.

Dajjal = Illuminati ?


(Copy Paste) : Pandangan kedua dari blog saudara ibnuyaacob dot com ialah Dajjal adalah manusia berjasad dan sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Islam.

Pada zaman dahulu, umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah suatu makhluk hidup yang ganas yang akan muncul pada akhir zaman. Menghancurkan setiap manusia yang tidak patuh kepadanya. Dajjal juga dianggap berbadan besar, bertaring, ganas dan menakutkan :o .

Tapi kini semua itu telah mula diperbaiki setelah berlaku beberapa penemuan-penemuan manuskrip dan kajian yang menyeluruh terhadap permasalahan Dajjal. Pemikir – pemikir Islam kini mula mengkaji kitab – kitab Injil asli dan Taurat asli sambil mengutip pandangan – pandangan ulama’-ulama’ Yahudi yang percayakan akan kewujudan Dajjal pada akhir zaman.

Hasil kajian yang menyeluruh membuatkan seorang pengkaji terkenal Muhammad Isa Dawud mengemukakan teori barunya berkenaan Dajjal. Teorinya masih berpegang kepada teori lama iaitu Dajjal adalah makhluk hidup yakni manusia, bezanya dari segi identiti dan pertumbuhan Dajjal. Berikut adalah teori dan mengenainya.

==================================================

Dajjal “One Eye ”

Lagi Mengenai Dajjal.

Nama Asal Dajjal : As-Samiri (diambil dari al-Quran, Injil & Taurat).

Tempat Asal : Samirah, Palestin (diambil dari manuskrip).

Tarikh Lahir : 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa (dari manuskrip kuno).

Umur : Berumur panjang & masih hidup (dari al-Quran, hadith & manuskrip kuno).

Tempat Tinggal Dahulu : Sebuah pulau batu antara Syria dan Iraq (hadith & manuskrip kuno).

Tempat Tinggal Sekarang : Segitiga Bermuda (pendapat Jin Islam, sarjana barat, ulama’ Yahudi & manuskrip kuno).

* Sumber dari saudara  : Ibnuyaacob :)

Takbir !!

Allahhu Akbar

Popularity: 6% [?]

9

Teknik Crop Image Dengan Image Background Remover Plugin

Saturday, May 1st, 2010

Update untuk bulan Mei. Hanya entri ringkas. Masih lagi berkaitan dengan photoshop. Kali nih aku ingin berkongsi kepada anda dengan satu lagi plugin photoshop yang paling aku gemari. Plugin nih dikenali sebagai Image Skill Background Remover. Plugin nih ialah untuk memudahkan kita crop/potong sesuatu gambar mengikut bentuk. Susahkan bagi beginner kalau kita nak crop menggunakan tools2 di photoshop. Such as magic wand, lasso tools, eraser tool.

Aku memang tak boleh crop/potong gambar dengan cantik jikalau guna tools2 berikut. Memang tangan aku terketar2. So, sebagai jalan penyelesaian, aku gunakan plugin ini ( Image Skill Background Remover ).

Apakata anda download dulu software nih dahulu ( Kalau Berminat ) hehe. Peringatan : Software nih hanya boleh load jika anda menggunakan Adobe Photoshop Full Version CS ( Creative Suite ). Full version, tak kira sama ada cs2, cs3 mahupun cs4. Dan yang terbaru cs5. Aku pakai cs3. Portable Version memang tak boleh. Maaf ye.

Download ( RapidShare Link ) :

Image Skill Background Remover Photoshop Plugin

Gambar Asal Sebelum Di Crop/Potong ( Background Putih )

Gambar Selepas Di Crop/Potong Mengikut Bentuk ( Aku tambah Stroke + Shadow )

(more…)

Popularity: 22% [?]


side digi award 120 Banner