March 18th, 2010

Ramai yang selalu lihat logonya. Anda sering melihatnya di kebanyakan blog dan web terkenal. Tetapi tahukah anda apakah itu RSS ? Saya menulis artikel ini disebabkan baru-baru ini, saya banyak berhubung dengan ramai para blogger untuk membuat sedikit kajian untuk produk saya di masa hadapan tetapi dengan terkejutnya mendapati, masih ramai lagi yang tidak tahu apakah itu RSS.
Agak menghairankan perkara nie sedangkan di website mereka ada memaparkan logo berkenaan.. walaupun ramai yang dah baca tentang apa itu RSS di blog2 yang menerangkan kegunaannya, masih ramai yang keliru dan tidak pasti adakah perlu RSS di web mereka. Betul2 tak tahu ke atau sajer2 buat tak tahu nie ? Di internet, jika anda rajin mencari, RSS mempunyai 2 maksud iaitu ‘Really Simple Syndication’ atau ‘Rich Site Summary‘. RSS menggunakan XML sebagai penyenarai isi kandungan web berbentuk text. Tak perlu la tau apa tu XML, nanti lagi pening. Biar saya ceritakan dengan cara saya sendiri apa sebenarnya itu RSS.?

Just Another Blog

CARA MUDAH MENJELASKAN APA FUNGSI RSS.

Ok begini.. Katakan anda adalah seorang web ‘surfer yang tegar’ dan sering melayari web-web yang anda gemari. Katakan anda masuk ke web saya dan anda membaca artikel – artikel yang saya tulis. Anda suka dan bookmark web saya dan esok anda nak masuk lagi..Katakan saya tidak update web saya selama seminggu, adakah setiap hari anda nak masuk dan periksa ada artikel baru atau tak?.. Setiap kali anda masuk, sudah tentu anda kecewa sebab masih belum ada artikel baru. Masuk dan masuk lagi ke web saya dan masih tidak ada artikel baru.. Huh.. memang sungguh mengecewakan dan memenatkan walaupun hanya pegang mouse dan buat beberapa click jer.. Itu baru web saya, katakan anda hendak membaca 20 web blogger kegemaran anda. Takkan la anda nak masuk semua 20 website setiap hari untuk check samada ada artikel baru atau tidak. Kalau anda adalah individu yang mempunyai aktiviti seperti yang saya ceritakan nie, anda sebenarnya masih belum faham apa itu RSS.

Dengan menggunakan RSS, kita tidak perlu masuk ke laman web dan periksa samada sudah ada artikel baru atau tidak. Sebagai contoh, jika saya update artikel baru di web saya, semua subscriber RSS saya akan diberitahu secara automatik ada artikel baru sudah ditulis. Jadi sekarang nie dah bertukar. Artikel yang cari pembaca. Inilah salah satu konsep WEB 2.0 yang di sebarkan di internet. Kesimpulannya, dengan menggunakan RSS, anda dapat menjimatkan banyak masa kerana tidak perlu masuk ke dalam website para blogger kegemaran anda hanya untuk melihat samada sudah ada artikel baru atau tidak.

Terdapat 2 cara untuk membaca RSS :

1. Menggunakan RSS readergoogle reader,my yahoo, my msn, dll.
2. Subscibe melalui emailfeedburner membolehkan RSS terus masuk ke email anda setiap kali ada artikel baru.


Kepada blogger atau webmaster, RSS merupakan keperluan wajib kepada anda. Jumlah subscriber RSS melambangkan reputasi anda sebagai blogger. Kebiasaannya kebanyakan CMS untuk blog seperti WordPress dll. Sudahpun dilengkapi dengan RSS. Oleh itu anda tidak perlu berbuat apa2 selain hanya menggalakkan pembaca anda untuk subscribe RSS di web anda. Salah satu cara terbaik untuk memberikan peluang untuk pembaca anda subscribe melalui email adalah dengan menggunakan perkhidmatan feedburner. Service dari feedburner membolehkan anda memaparkan berapa ramai orang yang sedang subscribe artikel anda.

Credit : Sifu-lan :D

Popularity: 3% [?]

Related Posts

  • Mencipta Logo Dengan SupaLogo
  • 4 Laman Web Upload Gambar Ke Twitter
  • Manfaatkan Laman Sosial Dengan Menyebar Dakwah
  • Aku Syok Sendiri Lagi
  • Canvas Dan Postcard WordPress WooThemes Percuma

Tags: , , , , , , , , , ,

About the Author

My Name Is Nine | Always Seek To Understand, Then To Be Understood.

8 Responses to “Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ??”

  1. wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    owhh baru aku faham ape itu RSS :D
    .-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    aku lak masih tak paham lagi keke :D

    [Reply]

  2. acapz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    haha. aku ade buat dlu. then trus buang. xde spe kowt nk follow pkai bnda ni. hrapan. adih =P. btw info ye. hee =D
    .-= acapz´s last blog ..GengBlogger Tak Secure? Dan Program GB Terbaru =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    napa ko buang acapz..aku rasa ramai org subcribe blog ko..sebab entri ko best2..dapat aku belajar dari situ.tq gak bro hehe.. :)
    .-= Nine´s last blog ..Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ?? =-.

    [Reply]

  3. zoul MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    Salam..
    Good info.. walaupun aku ada menggunakan RSS tp kalau suruh terangkan sahih aku tak tau..
    thanks
    .-= zoul´s last blog ..Panas…Artis Kena Terjah =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    Wsalam Zoul,

    thanks aku pun suka guna juga RSS nih..tapi aku pun tak tau juga, suka check reader jer..best pasal RSS nih.. :D

    [Reply]

  4. kulanz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows says:

    aku memang masih x tau sgt pasal RSS ni, nak kena paham betul-betul ni bro..
    .-= kulanz´s last blog ..Bila Ayam Berterima Kasih =-.

    [Reply]

    Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows Reply:

    sama kita bro kulanz, aku pun masih tak paham juga..tapi mmg suka dgn statistic RSS nih.. :)

    [Reply]



side digi award 120 Banner