Archive for March 18th, 2010

Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ??

Thursday, March 18th, 2010

Ramai yang selalu lihat logonya. Anda sering melihatnya di kebanyakan blog dan web terkenal. Tetapi tahukah anda apakah itu RSS ? Saya menulis artikel ini disebabkan baru-baru ini, saya banyak berhubung dengan ramai para blogger untuk membuat sedikit kajian untuk produk saya di masa hadapan tetapi dengan terkejutnya mendapati, masih ramai lagi yang tidak tahu apakah itu RSS.
Agak menghairankan perkara nie sedangkan di website mereka ada memaparkan logo berkenaan.. walaupun ramai yang dah baca tentang apa itu RSS di blog2 yang menerangkan kegunaannya, masih ramai yang keliru dan tidak pasti adakah perlu RSS di web mereka. Betul2 tak tahu ke atau sajer2 buat tak tahu nie ? Di internet, jika anda rajin mencari, RSS mempunyai 2 maksud iaitu ‘Really Simple Syndication’ atau ‘Rich Site Summary‘. RSS menggunakan XML sebagai penyenarai isi kandungan web berbentuk text. Tak perlu la tau apa tu XML, nanti lagi pening. Biar saya ceritakan dengan cara saya sendiri apa sebenarnya itu RSS.?

Just Another Blog

CARA MUDAH MENJELASKAN APA FUNGSI RSS.

Ok begini.. Katakan anda adalah seorang web ‘surfer yang tegar’ dan sering melayari web-web yang anda gemari. Katakan anda masuk ke web saya dan anda membaca artikel – artikel yang saya tulis. Anda suka dan bookmark web saya dan esok anda nak masuk lagi..Katakan saya tidak update web saya selama seminggu, adakah setiap hari anda nak masuk dan periksa ada artikel baru atau tak?.. Setiap kali anda masuk, sudah tentu anda kecewa sebab masih belum ada artikel baru. Masuk dan masuk lagi ke web saya dan masih tidak ada artikel baru.. Huh.. memang sungguh mengecewakan dan memenatkan walaupun hanya pegang mouse dan buat beberapa click jer.. Itu baru web saya, katakan anda hendak membaca 20 web blogger kegemaran anda. Takkan la anda nak masuk semua 20 website setiap hari untuk check samada ada artikel baru atau tidak. Kalau anda adalah individu yang mempunyai aktiviti seperti yang saya ceritakan nie, anda sebenarnya masih belum faham apa itu RSS.
(more…)

Popularity: 3% [?]

8

ForeverSMS : Hantar SMS Percuma Melalui Laman Web

Thursday, March 18th, 2010

Anda ingin menghantar sms percuma dengan bebas kepada teman anda ? Jika ya ForeverSMS akan melalukannya untuk anda. Berdasarkan teknologi perkomputeran, ForeverSMS adalah perkhidmatan sms percuma terbesar US, dimana ianya membolehkan anda menghantar sms kepada semua operator telefon dengan menggunakan web tanpa sebarang kos. Website ini di-host di Google App Engine, Google’s Cloud Computing Platform dan dibangunkan oleh Lawyer Depp.

” You can send free text messages from this website to almost anywhere in the world.” Seperti yang dicakap ForeverSMS.

Servis ini sememangnya percuma dan boleh digunakan saat anda kehabisan kredit atau anda perlu membuat “private message” kepada awek yang diminati dan lain2. Hehe.

Cara untuk menggunakan ForeverSMS :

Anda hanya perlu mengisikan nombor telefon bimbit teman anda dengan menambahkan kod negara [60 bagi Malaysia] dihadapan. Selepas itu isi mesej yang anda ingin sampaikan dan semak [captcha verify] kod bagi pengesahan bahawa anda bukannya bot. Apabila mesej sudah berjaya dihantar terdapat mesej yang terpapar.

(more…)

Popularity: 24% [?]

7

side digi award 120 Banner