Archive for March, 2010

4 Laman Web Upload Gambar Ke Twitter

Wednesday, March 24th, 2010

Twitter merupakan satu aplikasi web yang sangat popular untuk anda berkongsi apa yang anda fikirkan, dalam 140 patah perkataan. Namun, kadang-kala perkataan sahaja tidak mencukupi. Bagaimana pula jika anda ingin menyertakan gambar dalam Twitter ?

Terdapat banyak laman web yang menyediakan khidmat upload gambar ke Twitter seperti TwitPic, img.ly, TweetPhoto dan twitgoo. Ia memudahkan kerana apabila anda upload gambar ke laman web tersebut, link bagi imej akan dihantar sebagai tweet secara automatik. Anda juga dapat mengetahui berapa kali gambar anda telah dilihat.

Di sini saya akan ulaskan tentang keempat-empat laman web ini, supaya anda boleh memilih mana yang lebih sesuai :

1. TwitPic

  • Boleh hantar gambar menggunakan MMS.
  • Komen orang lain di TwitPic akan dihantar sebagai @reply kepada anda, manakala komen pada gambar sendiri akan dikira sebagai satu tweet baru.

(more…)

Popularity: 4% [?]

TAGGED By Sham :=)

Wednesday, March 24th, 2010

Ahah..selama aku berblogging nih, rasanya aku di Tag 3 kali. Sebelum ni oleh Miss XOXO , Cik Eyda and Nina. Okeh kali nih plak aku di Tag oleh sahabat blogger aku yang baik hati nie. Siapa lagi kalau bukan Sham ataupun dikenali sebagai Sham Wings pemain gitar utama, akekeke gurau jer Sham, ngee :=) :D

1. Siapakah diri anda di rumah..?

Saya merupakan seorang lelaki yang sunyi, kadang2 macam takde life, agak penyabar dan kadang2 baran jugak, ceria bila time ceria, sedih bila time sedih, agak kalut sikit orangnyer, meminati music, kereta dan komputer, cepat mesra kalau dah lama kenal, kaki merapu no 1, buat lawak sampai orang tak gelak, kuat makan, 99% human 1% alien :D

2. Siapakah diri anda di samping rakan..?

Seorang sahabat, seorang yang kaki merapu, suka melawak dan buat lawak tak jadi, jarang serius dan dengar lawak member, pastu gelak.. :evil:

3. 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai..

1.Toyota Caldina @ Honda Jazz (boleh tengok orang pakai jer skrg)
2. Nak beli pc baru daa, laptop mals dah (InsyaAllah nanti ada rezeki)
3. Buka cyber cafe sendiri untuk buat duit sampingan
4. Nak ada anak dan family sendiri
5. Pi Umrah atau Haji bersama family

(more…)

Popularity: 3% [?]

Upgrade WordPress Secara Manual

Monday, March 22nd, 2010

Para pembangun WordPress sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah ciri – ciri yang ada pada platform blog yang popular ini. Sebab itulah setiap kali versi baru WordPress dikeluarkan, para pengguna berlumba – lumba untuk menaiktaraf blog mereka kepada versi yang terbaru ini.

Kini, dengan WordPress 2.9.2, proses menaiktaraf menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu klik pada butang upgrade, dan semuanya akan dilakukan secara automatik.

Jadi, bagi yang belum mempunyai WordPress 2.9.2, anda masih perlu melakukan proses upgrading ini secara manual. Jangan bimbang, kerana ia tidaklah sesusah mana. Langkah-langkah di bawah saya terjemahkan dari panduan rasmi upgrading WordPress.

Panduan Upgrading WordPress.

Langkah 1:  Sebelum anda bermula.

  • Backup blog anda terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga. Sekiranya proses upgrading tak berjaya, anda boleh restore kembali fail backup ini untuk memulihkan kembali blog anda.
  • Lihat panduan untuk backup blog di sini (Bahasa Inggeris).
  • Deactivate ke-semua plugin anda. Anda boleh aktifkannya semula setelah proses upgrading berjaya.

(more…)

Popularity: 2% [?]

Sundown At Kuala Perlis

Sunday, March 21st, 2010

Cantik pemandangan. Ciptaan Ilahi. Buat apa kat sana ? ada apa dengan sana ? kat sini selalunya tiap2 hari ahad, bermakna hari cuti kat Perlis, memang banyak pengunjung. Mat rempit, mat kereta, awek cun2, awek tak cun, balak hensem dgn tak hensem, bohsia, pondan semua ada. Kalau tak percaya cuba datang lepak kat sini time hari ahad. Bagi kaum lelaki, silap2 dapat awek sorang. Bagi kaun perempuan pulak, dapat balak. Orang duk projek dalam kereta pun ramai gak kat sini. Boleh cuci2 mata :lol:

Dulu aku memang rajin duk lepak sini. Kat tepi pantai tu. Kadang2 beli makan dulu, selalu aku suka beli kfc atau rojak, then lepak sambil makan. Ushar2 orang duk lalu. Best rasa. Tapi segan la nak ushar orang lama2, kang silap2 diorang mai bagi penumbuk niayaaa. Geng kuala kadang2 tak boleh buat main. Diorang main2 takpa plak. Tapi ada yang baik. Tak semua orang jahat kan ?

Jangan suka tumbuk orang, nanti kena tumbuk balik, padan muka.

(more…)

Popularity: 3% [?]

Mencantikkan Blog Anda Dengan Twitter Badge

Sunday, March 21st, 2010

Penggunaan Twitter akhir2 ini terdapat peningkatan dan orang mula ‘nampak’ kemudahan dan kelebihan Twitter dalam menjalankan beberapa perkara. Hampir setiap lapisan generasi menggunakan servis aplikasi ini. Ramai berpendapat twitter banyak membantu mereka dalam banyak hal misalnya untuk memberitahu rakan2 tentan filem yang anda tonton di panggung wayang dan sebagainya. Terdapat banyak widget2 yang menarik digunakan pada blog untuk memeriahkan lagi penggunaan Twitter ini. Twitter widget yang diletakkan pada blogger anda adalah bertujuan untuk mencantikkan penampilan blog anda, malah disamping itu ianya dapat menarik lebih banyak pengikut2 Twitter. Bagi anda yang berminat untuk memasang widget Twitter ini, ikuti langkah2 berikut :

Cara2 :

1. Pilih salah satu gambar pada web ini.
2. Untuk mengelakkan berlakunya kehilangan gambar, sila download @ save as gambar tersebut dan uploadkan pada image hosting seperti imageshack, photobucket atau pixelshack.us.
3. Copy kod dibawah :

4. Masukkan link akaun Twitter dan url gambar Twitter anda pada bahagian code tersebut.
5. Jika mahukan widget ini kelihatan disebelah kiri, tukar kan “right” kepada “left”.

A.Untuk Pengguna WordPress.

1. Pergi pada bahagian Widgets > HTML dan pastekan code tadi pada bahagian HTML. Dan setelah letak di sidebar, pada ruangan title biarkan kosong. Tekan save :D

B.Untuk Pengguna Blogspot.

1. Pergi pada Layout > Page Element dan klik add a gadget. Pilih pada HTML/JavaScript Add dan pastekan code anda. Pada ruangan title biarkan saja kosong. Tekan save :D

Lihatlah hasilnya.

Kredit n coding : Acapz

Popularity: 4% [?]

5

Misteri Topeng Darth Vader Di Dalam Star Wars

Saturday, March 20th, 2010

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spielberg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.

Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.

Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat yang agak gentlemen ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.

Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars ?

Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk melihatnya.

Penerbitan Filem Starwars.

Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era perang galaksi.

Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran filem-filem Bombay.
(more…)

Popularity: 5% [?]

9

Yahudi Masuk Islam Kerana Keadilan Seorang Hakim

Friday, March 19th, 2010

Satu kisah menarik betapa seorang yahudi telah masuk islam setelah dia mendapati islam menyuruh umatnya bersikap adil, terutama seorang hakim yang mengadili antara dua orang yang bersengketa, mestilah bertindak adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu melibatkan seorang khalifah atau ketua negara.

Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang khalifah islam yang ke-4 sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’ Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah bersamaan 656 hingga 661 masihi.

Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan Siffin,Beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang yahudi. Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ ini milik saya”, kata Saiyidina Ali.” Tidak baju itu milikku sejak dulu”. Jawab yahudi. Keduan-duanya bertengkar. Masing-masing mengaku haknya. Akhirnya mereka berdua bersetuju menemui Hakim Syuraih untuk membuat keputusan.

“ yang Arif Tuan Hakim! Baju besi yang dipakai oleh orang ini adalah kepunyaanku.Ia hilang daripada tanganku didalam peperangan Siffin yang lalu”’,kata Khalifah Ali kepada Hakim.”Bagaimana dengan kata-kata Amirul mukminin?.”T anya Hakim kepada kepada yahudi itu.

“ Tidak tuan.Baju itu milik saya”.jawab Yahudi dengan sungguh-sungguh.Wahai Amirul Mukminin! adakah tuan ada saksi yang membenarkan baju ini kepunyaan tuan ?”.”Ada,Tuan Hakim.Puteraku Hassan dan Husain tahu,baju ini milik saya.” jawab Khalifah.” saksi anak sendiri untuk bapanya tidak boleh diterima menurut hukum Islam yang ada”.Kata hakim sambil menggeleng-geleng kepalanya.Yahudi mula tersenyum mendengar kata-kata ini.
(more…)

Popularity: 7% [?]