Archive for February 20th, 2010

Pengasas Dan Asal Usul Facebook

Saturday, February 20th, 2010

Anda ada account Facebook ? Hmm, semua orang pun ada rasanya. Tapi dari mana sebenarnya datang Facebook nie yer ? Ok, gambar di bawah adalah Mark Zuckerberg iaitu pengasas Facebook yang kini bergelar billionaire. Hohh. Bayangkan dia menjadi billionaire pada usia 23 tahun. Memang sesuatu yang mengejutkan kan ?. Dasyat eh !!

Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan Facebook pada 2004 di Havard University [muke pun nerd + pandai Mark nie..mesti ramai awekss nih].

Sebenarnya, Facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan – rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan Facebook tetapi Facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej2, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.
(more…)

Popularity: 7% [?]